Thursday 8 September 2016

TIADA ISTILAH PENCEN MENUNTUT ILMU


Firman Allah SWT:


“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama TUHAN-mu yang menciptakan (sekalian makluk). DIA menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah dan TUHANmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. DIA mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. – Surah al-Alaq:1-5

Firman Allah SWT:

“Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) ALLAH dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. – Surah Fatir:28

Firman Allah SWT:

“DIAlah yang telah mengutuskan dari kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad SAW) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat ALLAH (yang membuktikan KeESAan ALLAH dan kekuasaanNya) dan membersihkan mereka (dari iktikad yang sesat) serta mengajarkan mereka Kitab ALLAH (alQuran) dan Hikmah (Pengetahuan yang mendalam hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata – Surah al-Jumuah:2

Sabda Rasulullah SAW:

Menuntut ilmu adalah fardu kepada setiap muslim, lelaki mahupun wanita. – Riwayat Ibnu Majah

Firman Allah SWT:

“Tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari Akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluanmu dan bekalanmu) dari dunia. – Surah al_Qasas:77

Sabda Rasulullah SAW:

Perumpamaan seorang yang berilmu di atas muka bumi ini adalah ibarat bintang bergemerlapan yang terang benderang di sisi gugusan bintang dan cakerawala yang lain yang menerangi kegelapan di daratan dan di lautan. Apabila bintangitu tidak bergemerlapan hampir-hampir menyebabkan manusia tesesat dan tersasar dari matlamatnya. – Riwayat Ahmad

SAIDINA ABU BAKAR PERIHATIN SOLAT



Saidina Abu Bakar adalah seorang yang sangat prihatin apabila tiba waktu solat fardu. Beliau terlalu bulat hati untuk menumpukan sepenuhnya kepada kewajipan.

Semua perkara yang boleh mengganggu ibadat tersebut akan dikikis bersih supaya solatnya sentiasa khusyuk dan diterima Allah SWT.

Abu Bakar sering memberi peningkatan kepada para sahabat yang lain apabila hendak solat, dilanjutkan padamkan apa yang sedang menyala sama apa api di dapur atau api pelita.

Untuk pengetahuan, api ketika itu adalah keperluan hidup yang agak sukar untuk menyala kerana sumbernya dari bahan semula jadi seperti dedaun kering atau kapas.

Abu Bakar menasihati para sahabat supaya apai berkenaan dipadamkan kerana boleh mengganggu semasa solat. Ini kerana apai tiada kawalan boleh menyebabkan terbakar.

Abu Bakar berpendapat bergelap lebih selamat daripada hati diganggu bimbang semasa solat.

Hati berperanan mengingati Allah SWT ketika solat. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya aku ini adalah Allah, tiada Tuhan selain Aku mendirikan solat untuk mengingati Aku”. (Surah Toha Ayat 14)

Solat hendaklah didirikan benar-benar berkualiti dengan hati yang tenang tanpa gangguan.