Wednesday 21 June 2017

ISTIGFAR : TERAPI JIWA


Allah SWT Berfirman Surah Nuh:

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (10)

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11)

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).(12)


Allah SWT meminta hambaNya memohon ampun dan banyakkan istigfar. Manusia banyak sangat dosa. Maka, Allah SWT meminta manusia kembali dengan menyucikan diri dengan istigfar. Kesan istigfar, Allah SWT akan meluas dan melapangkan rezeki serta memakbulkan permintaan hamba-hambatNya. Allah SWT juga membuka jalan penyelesaian dalam hidup.

Semoga, berakhirnya Ramadan ini, Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita.


Tuesday 20 June 2017

BRAIN AND NEURONS

  • New born brain - 100 billion brain cells (neurons) ready to operate -  but   the   brain cells/neurons  sure  not  ‘connected’ yet. 
  • Neurons are   cell bodies with  nucleas, composed  of  DNA (which contains  the  cell’s genetic  programming).
  • As  the  brain  grows - the  cell  migrate  to various  parts - spread out  to perform   different  functions - they sprout  axons & dendrites.
  • Cells.
  • First 3 years of life - children’s brain are actively building and developing connections between  the neurons cells.
  • Connections   are   developed when the brain are actively receiving   stimulus - process between   receiving and   sending impulses between the cells.
  • Through axons/dendrites - send signals to other neurons & receive   incoming message through connection called synapses.
  • The message transmission process  from  one   neuron  to the   other is   done  through synap -  with the  aid  of   neurotransmitter – that  moves  through   the  gap between  axon  of  one  cell   and  dendrite  of  another .
  • The  neurons  networking developed  based  on  children’s  experiences  - where  each   experience leads  to  the development  of  new  brain  cells - as  more  information’s  gain.
  • With proper stimulation, the synapses become stronger - information moves faster.
  • Thus, enhancing their  development  is   very  crucial



MANUSIA BERBEZA






Tiada dua manusia yang dilahirkan serupa tetapi setiap satunya berbeza antara satu sama lain terutama dari segi pembawaan semula jadi (personaliti, minat, nilai, pencapaian, motivasi, sikap), seorang sesuai untuk sesuatu pekerjaan sementara yang seorang lagi sesuai untuk pekerjaan yang lain. Kesimpulannya setiap individu adalah unik dan berbeza. Oleh sebab itu bukan semua orang boleh menjadi misalnya jurutera, doktor,  arkitek, kaunselor, usahawan dan akauntan yang berjaya dan cemerlang.

Perkara ini diperakukan oleh pakar antaranya:

Individu akan cuba mengimplimentasikan konsep kendirinya dengan memilih pekerjaan yang akan membenarkan ekspresi dirinya.(Donald E. Super)

Kepuasan kerja dan kepuasan hidup bergantung kepada sejauhmana individu berupaya mencari jalan keluar untuk menyalurkan ciri-ciri yang ada pada dirinya.(Donald E. Super)

Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinaan seseorang itu untuk Berjaya.
(Klien & Wiener)


Tingkah laku individu iaitu motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran. (John, L. Holland)