Thursday 20 July 2017

HEALTH


Definition of Determinant of Health

“Any factor, whether event, characteristic, or other definable entity, that brings about change in a health condition or other defined characteristic.”(Last, 1995)

Individual Factors
(age, gender, size, appearance, personality, physical & emotional state)

A Housing

  • (Some Issues  - Overcrowding, Number of Rooms, “Sick Building Syndrome”,        surrounding environment, for eg. Near land-fill, Water & Electricity supplies)
  • Improvements in housing and improved mental health and general health
  • The possibility of improved housing leading to rent rises, impacting negatively on     health.
  • Movement of original tenants after housing improvement and therefore not benefiting from the improvements.
  • Housing tenure, outdoor temperature, indoor air quality, dampness, housing design, rent subsidies, relocation, allergens and dust mites, home accident prevention, and fire prevention.
  • Homelessness.
B - Environment              

  •     All that which is external to the individual human host.
  •     Can be divided into physical, biological, social, cultural, etc
  •    Any or all of these can influence health status of populations (Weather, Population density,
  •     Pollution of the habitat, Housing, Public transport and health facilities)

C - Educational level

  •     Most research studies reveal that there is a direct relationship between educational level and positive health outcomes
  •      Explanation
  •      Formal
  •      Informal including education into a religious, ethnic or professional sub-culture
D - Accessibility to Health Services

  •    Plays an important part to ensure accessibility to medical care especially when people are sick for curative care
  •      Can be public or private health care facilities
  •     Current policy ensures health services is easily available except for those in remote areas for eg. The Orang Asli Community and those in Sabah & Sarawak
E - Cultural Influences

F - Socio-economic Status

G - Transport

  •          Accidents between motor vehicles, bicycles and pedestrians (particularly children     and young people)

  •          Pollution from burning fossil fuels such as particulates and ozone

  •          Noise from transportation

  •          Public Health/Community Health is an integral part of Medicine

  •          Environmental Health is part or a sub-discipline of PH

  •          Environment is also a Determinant of Health
H - Food & Agriculture

 I - Waste

J - Urbanization

Friday 14 July 2017

4 IN 1




Ingin menjadi pemburu, jadilah pemburu bijak dan ilmu. Tamak untuk  mempunyai 4 ciri yang dikatakan RSAW  atau 4 in 1 sebagai calon berpotensi untuk menjadi teman seumur hidup. Rahsia Allah bab JODOH. Hidayah Allah akan memberi isyarat pada hati, kalau dah jodoh tak kemana. Manusia hanya boleh usaha dan doa untuk mendapat yang terbaik.

Sebab itu, perempuan kene cantik cantik. Kecantikan adalah mukadimah. Permulaan. Selepas itu, barulah komukasi, mengenali personaliti dan kefahaman agamanya. Kalau dah berjaya sehingga berkahwin, jadilah wanita solehah, perbetulkan niat berkahwin, elak mengungkit dan janganlah mudah emosi.


Orang bujang boleh berkata dari segi teori dan ilmu je. Realitnya, hanya jauhari mengenal manikam..huhu

Friday 7 July 2017

SOLAT KHUSYUK


Mengapa manusia perlu solat? Solat khusyuk. Sebabnya, Allah berkata dalam surah Al-Ma'aarij

·Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);
·Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
·Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
·Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
·Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

Apabila kita dah faham erti solat tuh, manusia mula bertindak

  • Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum
  • Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);
Orang mukmin percaya hari akhirat
  • Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);
  • Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya, -
  • Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;
Tanggungjawab kepada keluarga

  • Dan mereka yang menjaga kehormatannya, -
  • Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;
  • Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
  • Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya
  • Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);
Maka, jagalah solat

  • Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
  • Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.
Allah SWT mengetahui segala-galanya isi hati manusia seperti dalam Surah Qaaf

  • Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,
  • Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya.
  • Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya
  • (Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
  • Dan berkatalah malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk dibicarakan)".
  • (Setelah tiap-tiap orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; -
  • "Yang sering menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum agama, lagi yang meragukan kebenaran,
  • "Yang menyembah benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".
  • (Semasa ia dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".
  • Allah berfirman: "Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang bersalah).
  • "KeputusanKu itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambaKu".
  • (Peringatkanlah manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"
  • Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka).

·         (Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);

·         "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat".

·         (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".

·         Mereka beroleh apa yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).

·         Dan berapa banyak kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri. (Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?


Surah As-Sajdah

·    Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

Surah Taha
Rendahkan diri

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.