Hari ini ramai wanita menolak perkahwinan. Antara sebab mereka menolak perkahwinan kerana mereka memandang perkahwinan sebagai suatu bebanan yang menyekat kebebasan mereka. Ini kerana apabila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan mereka terbeban dengan kerja-kerja mengurus rumah tangga dan anak-anak.
Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberikan kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan kerana terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Hakikatnya, terlalu banyak kerugiaan bagi wanita yang tidak mahu berkahwin.
Pada perkembangan sebegini bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap sebegini bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain.
Justeru itu, pada pandangan Islam orang yang memilih hidup membujang dianggap jelek lebih daripada kaum lelaki. Ini kerana umumnya kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada disekitar rumah tangga, suami dan anak-anak. Bagi kaum wanita, untuk menjadi wanita solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat kelak adalah amat mudah.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang dia kehendaki.”
Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, dia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan sebagai wanita solehah. Walau hebat mana sekalipun dia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak mendapat kelebihan mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya. Bagi seorang wanita, redha Allah bergantung kepada redha suami.
Selain itu, antara kelebihan wanita yang berkahwin ialah dia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah ketika dia mengandung. Apabila dia menyusukan bayinya, setiap titik air susu yang diminum akan diberi satu kebajikan oleh Allah. Apabila dia berjaga malam kerana menguruskan anak, dia akan diberikan pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada seksaan neraka. Begitu juga wanita yang mencuci pakaian suaminya, dia akan diberikan 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi, wanita yang tinggal dirumah kerana menguruskan anak-anak, dia akan dapat tingal bersama-sama Rasulullah SAW di syurga kelak. Wanita yang rela dirinya disetubuhi oleh suaminya akan mendapat pahala daripada Allah. Wanita yang meninggal dunia kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Kesemu kelebihan ini tidak akan dapat diperoleh oleh wanita yang menolak perkahwinan. Sebaliknya mereka akan terdedah kepada fitnah dunia serta menjadi golongan yang rugi di akhirat kelak. Oleh itu, wanita dianjurkan berkahwin apabila sudah menemui pasangan yang sekufu dengan mereka. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah daripada segi iman.
Sabda Rasulullah SAW:
“Apabila datang kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak kan timbul fitnah dan kebinasaan.”
Para sabahabat bertanya, “Bagaimana kalau dua sudah berkahwin?”
Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tanpa perlu bersusah payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakkan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah, dan melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, mereka sudah memperoleh pahala yang banyak daripada Allah. Sekiranya suami redha dengannya, dia akan masuk syurga Allah tanpa melalui kesukaran.
Dasatnya pahala bagi wanita yang sudah berkahwin!
No comments:
Post a Comment