Pengajaran ayat lepas dan kaitannya dengan ayat hari ini. Pengajaran, Allah mengingatkan kepada bani Israel tentang nikmat Allah yang tak pernah putus kepada bani Israel dan kepada hambanya. Kamu takkan mampu menghitungnya. Nikmat apa? 1. Terselamat daripada Firaun dan pengikutnya. 2. Ulama beza pendapat bila kezaliman yang dilakukan oleh Firaun dan pengikutnya kepada bani Israel. Ada kata sebelum Musa dilantik jadi Rasul. Ada yang kata sebelum Musa dilahirkan. Dalil sebelum Musa dilahirkan, buka surah Al-Qasas ayat ke-7.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَأَوْحَيْنَآ إِلٰىٓ أُمِّ مُوسٰىٓ أَنْ أَرْضِعِيهِ ۖ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِى الْيَمِّ وَلَا تَخَافِى وَلَا تَحْزَنِىٓ ۖ إِنَّا رَآدُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ
"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami."
(QS. Al-Qasas 28: Ayat 7)
Kami ilhamkan kepada ibu Musa supaya menyusukan Musa di rumahnya. Ada pendapat kata 3 bulan. Dalam keadaan kamu takut. Sebelum Musa lahir, maknya dah ketakutan. Kalau kamu masih takut campaknya ke laut. Jangan takut jangan sedih.
Cuba tengok Allah perintah mak Musa jangan sedih waktu bila? Lepas dia lepaskan Musa yang masih baby ke sungai. Masa menyusu kat rumah Allah tak kata jangan takut jangan sedih. Sedangkan campak ke sungai lebih berisiko. Nak pergi campak kat sungai lagi menakutkan. Macam mana tu?
Macam kita cakap kat anak kita, kat luar ada harimau. Lepas tu kita kata, keluar je jangan takut. Maknanya apa? Maknanya kamu akan hilang rasa takut sedih bila ikut perintah Allah. Ramai takut pasal rezeki, kematian. Punca? Tak ikut perintah Allah. Sepatutnya orang makin ikut perintah Allah, makin berani. Buat apa aku nak takut.
Contoh, orang yang langgar perintah polis dengan yang ikut perintah polis mana lebih takut? Yang langgar perintah.
Kalau Allah wahyu kepada selain Nabi, Allah bagi ilham. Ilham, campakkan dalam fikiran. Sama macam ayat kepada Nabi Adam. Siapa yang ikut petunjuk Aku, dia akan hilang rasa takut dan sedih.
Tapi kalau jumpa ular, takut, itu fitrah. Nabi Musa ahli sihir campak tongkat jadi ular mula-mula takut. Yang kata takut ni, takut rezeki, takut kematian.
Pendapat kedua kata, Firaun suruh semua anak lelaki dibunuh selepas Musa dilantik menjadi Rasul. Dalilnya, Surah Ghafir ayat 35. Firaun perintah bunuh anak lelaki orang yang beriman. Maknanya dah ada risalah masa tu. Wallahua'lam. Khilaf ulama'. Kebesaran, kekuasaan Allah yang hebat. Boleh lembutkan dan keraskan air sekelip mata. Pernah dengar tak mukjizat Nabi yang lebih hebat?
Saad b. Abi waqqas, berjalan di atas air tapi air tak bertukar jadi tanah. Mana lebih berani nak lalu? Kalau kita dua-dua tak berani nak lalu. :)
Kenapa Firaun berani nak lintas? Sebab geram, marah, dendam sampai terlupa akibatnya.
Ayat 49, Allah bagitau kezaliman Firaun dan pengikutnya yang sembelih bani Israel. Ayat 50, Allah bagitau akibatnya iaitu Allah lemaskan mereka. Allah juga bagitau nikmat kepada bani Israel iaitu melihat Firaun mati depan mereka.
-Mula-
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَإِذْ وٰعَدْنَا مُوسٰىٓ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً ثُمَّ اتَّخَذْتُمُ الْعِجْلَ مِنۢ بَعْدِهِۦ وَأَنْتُمْ ظٰلِمُونَ
"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 51)
Ingatlah ketika mana kami telah berjanji dengan Musa. Mula-mula Allah sebut 30 malam. Lepas tu tambah 10 jadi 40. Untuk Musa munajat dan untuk Allah bagi kitab Taurat kepada Musa. Boleh tak nak bagi dalam 1 malam saja? Boleh. Kenapa 40 malam? Allah nak uji kaum dia. Ada pendapat di bawa 70 orang yang terpilih.
Kemudian kamu telah mengambil patung menyerupai anak lembu daripada emas dan perak. Lepas Firaun tenggelam, bani Israel kembali ke Mesir dan menguasai Mesir. Mereka ambil saki baki barang kemas firaun dan buat tuhan berhala, patung anak lembu. Samiri yang buat.
Yang buat patung zaman bani Israel, tapi Allah kata kamu, seolah tuju kat zaman Nabi Muhammad. Kenapa? Sebab bila atuk ambil cucu pun sama. Seolah-olah cucu mengiakan. 2x5. Selepas Musa pergi, bila Musa pergi je Samiri ambil, buat patung dan dia kata Musa lupa. Tuhan dia dan kita adalah ini.
وَأَنْتُمْ ظٰلِمُونَ
Makna zalim, meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Zalim yang paling zalim ialah mensyirikkan Allah. Apa yang jadikan Bani Israel zalim dan bodoh? Zalim sebab sembah selain Allah. Bodoh sebab apa? Ambil emas buat patung, sembah. Orang buat cekodok lepas tu sembah, bodoh. Tapi kita buat kawan pula. Kawan saya Cina India tapi sembah patung.
Tapi sekarang orang kata orang paling cerdik kat dunia Yahudi. Yahudi 30 juta je tapi menguasai dunia. Cerdik ke bodoh? Cerdik jahat. Sebab tu Allah sifatkan dalam surah al-Jumu'ah. Perumpamaan orang yang ada kitab tapi tak faham seperti keldai yang pikul kitab.
Antara keldai dan kuda siapa lebih bodoh? Ikut kajian, keldai lagi cerdik dari kuda. Kalau ada benda meletup, kuda terus cabut. Keldai tengok dulu. Kadang dia cerdik juga. Jadi orang kata keldai cerdik menipu. Yahudi cerdik tapi menipu. Dia buat sesuatu dia sembah. Keldai biasa diguna untuk bawa kitab. Macam Yahudi, dia ada kitab tapi tak ikut
Surah al-Saffat ayat 125.Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
أَتَدْعُونَ بَعْلًا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ الْخٰلِقِينَ
"Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?"
(QS. As-Saffat 37: Ayat 125)
Kata-kata Nabi Ilyas kepada kaumnya. Kata-kata nak mencela. Sebab apa cela? Sebab bodoh. Tuhan sebaik-baik pemberi rezeki dia tinggalkan.
Pelajar pergi sekolah tapi tak dengar cakap cikgu tapi dengar cakap guard kat luar. Bodoh tak? Bodoh. Bani Israel tinggal Tuhan tapi sembah berhala, bodoh.
Ayat 52, Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
ثُمَّ عَفَوْنَا عَنْكُمْ مِّنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Kemudian sesudah itu Kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 52)
Sebelum ayat ni, Allah bagi nikmat selamat daripada Firaun, dapat lihat firaun mati dll. Dalam ayat ni nikmat apa? Nikmat kemaafan. Walaupun dah buat kesalahan besar tapi Allah maafkan. Ramai yang tak perasan keampunan Allah adalah nikmat yang sangat-sangat besar. Kenapa?
Bila dapat keampunan Allah dia dapat elak azab neraka, masuk syurga. Kat dunia apa dia dapat? Surah Nuh ayat 9. Lepas minta ampun, Allah turunkan hujan lebat, bagi anak yang banyak. Allah bagi kebun, Allah bagi sungai yang mengalir. Berapa ramai yang atas sebab dosa lah rezeki dia sempit, masalah tak selesai. Nikmat keampunan sangat besar. Kaab b. Malik, lepas Allah terima taubat, dia buka baju bagi kat orang. Jumpa Rasulullah SAW dia sujud syukur. Dia kata sejak lahir dia dapat 2 nikmat besar. 1. Kalimah syahadah. 2. Allah terima taubat aku.
Lepas tu dia kata nak bagi semua hartanya. Kenapa? Sebab bila Allah terima taubat maknanya dia dapat syurga.
Apa makna syukur? Syukur ada 3 tahap. Kalau tak cukup 3 ni dia belum bersyukur. Rukun syukur.
1. Syukur bil qalbi, dengan hati. Yakin dalam hati, segala nikmat harta, sihat, pangkat semuanya daripada Allah. Kalau terdetik dalam hati, betul la daripada Allah tapi ada juga usaha aku, dia tak bersyukur. Sebab tu pintu orang Arab ada tulis, haza min fadli rabbi (ini adalah kurniaan daripada Tuhanku).
Kalau orang tanya, macam mana kita sihat, kita kata saya makan kismis, exercise setiap hari. Tak bersyukur.
2. Lisan. Ucap apa yang dalam hati tadi. Saya sihat sebab semua dengan izin Allah. Bukan dengan jus kurma. Yang jual produk, akidah kena cek. Ada usaha tapi kalau Allah tak izin tak sihat juga. Sejak saya makan ubat ni, saya tenang. Boleh jatuh syirik.
3. Bil jawarih. Syukur dengan buat kebaikan. Kalau kita guna nikmat untuk buat maksiat, kita kufur nikmat. Mata tengok haram, mulut mengumpat.
Yang keempat, khas untuk orang Melayu. Bila bersyukur buat kenduri kesyukuran. Sepatutnya bila sihat setiap hari, buat kenduri setiap hari lah.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَإِذْ ءَاتَيْنَا مُوسَى الْكِتٰبَ وَالْفُرْقَانَ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami turunkan kepada Nabi Musa kitab (Taurat) dan keterangan-keterangan (yang terkandung di dalamnya, yang membezakan antara yang benar dengan yang salah), supaya kamu mendapat petunjuk."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 53)
Musa anak Imran. Diberi kitab dan furqan. Apa kaitan kitab dan furqan? Furqan sifat kepada Taurat. Sifat kitab Taurat, dia tahu ini haq ini batil. Furqan ini juga sifat kepada Al-Quran.
لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Supaya kamu mendapat petunjuk.
Apa tujuan kitab diberikan kepada Musa? Sebagai panduan kan. Semua kitab diberi kepada Nabi supaya dijadikan panduan. Kedua, kalau kamu nak petunjuk Allah, mesti dengan kitab. Cari lain daripada kitab, mustahil kamu dapat hidayat.
Daripada kitab tu ini, syeikh, mimpi. Kalau nak petunjuk dengan Al-Quran sahaja. Hadis, aku tinggalkan kamu dua perkara kalau kamu ikut kamu takkan sesat, kitab Allah dan sunnahku. Tak ada Nabi kata pendapat guru, syeikh.
Musa dengan Maryam adik beradik. Tapi Maryam lain, bukan mak Nabi Isa. Kakak Musa, mak dia pesan kamu iringi Musa ke sungai.
Dalam banyak-banyak nikmat kepada Firaun, yang mana nikmat paling besar? Kitab. Orang tu dapat tak keampunan bila tak dipandu oleh kitab? Tak dapat. Sebab tu semua para Nabi diberikan kitab. Buka surah al-Baqarah ayat 231. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
ۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَمَآ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِّنَ الْكِتٰبِ وَالْحِكْمَةِ يَعِظُكُمْ بِهِۦ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ وَاعْلَمُوٓا أَنَّ اللَّهَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Dan kenanglah nikmat Allah yang diberikan kepada kamu, (dan kenanglah) apa yang diturunkan kepada kamu iaitu Kitab (Al-Quran) dan ilmu hikmat, untuk memberi pengajaran kepada kamu dengannya. Dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 231)
Ingat nikmat Allah sunat ke wajib? Wajib. Dalilnya ayat ni. Tapi bila kita tanya orang, apa rukun iman? Dia jawab 6 saja. Ingat nikmat Allah pun wajib juga. Tapi ingat nikmat Allah, termasuk dalam beriman dengan Al-Quran. Ingat nikmat Allah jadikan kira taat. Lupa nikmat Allah jadikan kita kufur.
Dalam ayat ni, Al-Quran bukan ke dah termasuk nikmat Allah. Kenapa Allah sebut secara khusus? Sebab ini nikmat paling besar. Surah al-Rahman, Allah Maha Penyayang. Macam-macam nikmat Allah cipta. Tapi dalam banyak-banyak Allah sebut, al-Rahman, 'allamal Quran. Buka surah Ali imran, 174.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِّنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ ءَايٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِى ضَلٰلٍ مُّبِينٍ
"Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang-orang yang beriman, setelah Ia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (kandungan Al-Quran yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 164)
Apa persamaan manna yang diberikan kepada bani Israel dengan ini? Makanan manna bani Israel. Mudah dapat tak payah buat apa-apa. Buka pintu dapat terus. Manna, anugerah. Allah telah anugerahkan kepada orang beriman. Apa dia? Harta pangkat projek? Allah utuskan rasul. Rasul daripada diri mereka sendiri. Tapi mereka tak beriman. Kalau Allah utus kaum lain sebagai Rasul pun mereka tak beriman juga.
Rasul bawa apa? Baca ayat-ayat-Nya, adalah anugerah terbesar. Sebab tu semua rasul miskin, semua kerja gembala kambing. Nabi paling kaya sebab Nabi bawa kitab. Nabi dapat ilmu yang membawa ke syurga. Al-Quran beri panduan dan jalan untuk dapat lebih baik daripada dunia.
Tapi kita tak rasa. Sebab apa? Sebab tak faham. Ada satu kisah semasa Perang Hunain. Ada yang baru masuk Islam di Mekah 2,000 orang. Dari Madinah 10,000 orang. Lepas buka kota Mekah, berlaku perang antara Hunain dan Taif. Nabi banyak dapat harta rampasan, Nabi bagi kat Quraisy yang baru masuk Islam. Yang lama masuk Islam Nabi tak bagi apa-apa. Ada yang Nabi bagi sampai 100 ekor unta kat orang Mekah.
Orang Ansar bercakap kat belakang, kata Nabi dah mulakan ada perkauman, utamakan orang Mekah. Kita dah lama masuk Islam Nabi tak bagi apa-apa. Berita ni sampai kepada Nabi. Nabi panggil jumpa Ansar. Nabi tanya, bukankah kamu dahulu sesat, tapi kamu dapat petunjuk kerana aku? Bukankah kamu dulu bergaduh berpuluh tahun tapi kamu berkasih sayang kerana aku? Jadi kamu tak redha ke kamu balik ke Madinah dengan Nabi, orang Mekah balik dengan unta? Orang Ansar menangis.
Nabi yang ajar, bimbing, pandu kamu ke syurga, ajar cara sembah Allah dengan betul. Unta ada tak ajar cara wudhu? Sebab tu ramai tak orang sekarang tinggal Al-Quran sebab nak kejar dunia? Susah nak masuk dalam hati.
Kalau diberi projek nilai 1 juta atau kelas tadabbur, pilih yang mana? Tadabbur, sebab dah meresap dalam hati.
Tadabbur Surah Al-Baqarah ayat 54-55
Pengajaran ayat lepas dan kaitannya dengan ayat hari ini. Ayat 51, dalam tempoh peninggalan 40 hari, kaum Nabi Musa buat Tuhan berbentuk anak lembu, Allah kata mereka zalim. Allah ampunkan dosa mereka, kesilapan yang sangat besar iaitu syirik dan kufur. Semoga mereka jadi orang yang bersyukur kepada Allah. Pengajaran, Allah menerangkan kejahilan dan kebodohan bani Israel sehingga tak dapat membezakan antara berhala yang dicipta dan Tuhan yang mencipta. Tahap kebodohan yang paling bodoh.
1. Punca manusia sentiasa kufur kepada Allah, walaupun nikmat banyak ialah kerana tidak kenal Tuhan. Lepas dapat nikmat besar terselamat daripada Firaun, Firaun ditenggelamkan oleh Allah, terus minta nak sembah patung lembu sebagaimana mereka lihat satu kaum menyembah berhala. Manusia dapat la nikmat banyak mana pun dia takkan kembali kepada Allah selagi dia tak kenal penciptanya.
2. Menyembah selain Allah adalah satu kezaliman, iaitu menzalimi diri sendiri.
3. Luasnya rahmat Allah walaupun dosa yang dilakukan terlalu besar iaitu syirik dan kufur setelah mendapat nikmat.
4. Keampunan Allah kepada seseorang mewajibkannya bersyukur kepada Allah. Kerana keampunan Allah ialah nikmat terbesar.
Ayat 53, nikmat seterusnya kitab dan furqan, membezakan haq dan batil, supaya kamu dapat hidayat. Pengajaran:
1. Allah turunkan kitab kepada manusia sebagai satu nikmat yang terbesar supaya manusia dapat kenal Tuhan dan tahu jalan kebaikan dan keburukan.
2. Semua kitab Allah bersifat al-furqan iaitu membezakan antara haq dan batil, membezakan antara ilmu dan kejahilan.
3. Semua kitab Allah bertujuan memberi panduan dan hidayat kepada manusia. Bukan sekadar untuk dibaca dan dihafal.
4. Sesiapa yang ingin mencari hidayat Allah maka. wajib ia mencari dari kitab Allah, bukan daripada manusia.
Ayat hari ini, bagaimana kaum Nabi Musa bertaubat kepada Allah setelah mereka syirik kepada Allah iaitu dengan menyembah berhala.
-Mula-
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَإِذْ قَالَ مُوسٰى لِقَوْمِهِۦ يٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنْفُسَكُمْ بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوٓا إِلٰى بَارِئِكُمْ فَاقْتُلُوٓا أَنْفُسَكُمْ ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 54)
Sebelum إِذْ ada أذكروا (uzkuruu), ingatlah. Allah perintah kepada Nabi Muhammad. Wajib ingat kisah Musa. Menunjukkan apa? Musa tu bukan sembarangan orang. Allah tak sebut sesuatu kisah melainkan orang tu hebat. Ambil pengajaran.
Apa kelebihan Musa? Kalimullah, orang yang bercakap dengan Allah. Paling banyak kisah disebut dalam Al-Quran. Kalau ikut ranking Nabi Musa yang ke-3, Nabi Ibrahim no. 2. Nabi dipilih no. 1 sebab dia paling taat. Sebab tu Nabi Muhammad Allah sebut hambaNya. Semakin manusia bersikap hamba, semakin tinggi darjatnya.
Wahai kaumku, bahasa pujuk, kasih sayang. Kalau anak kita buat dosa besar kita cakap tak lembut-lembut?
يٰقَوْمِ إِنَّكُمْ ظَلَمْتُمْ أَنْفُسَكُمْ
Pendidikan. Zalim pada diri sendiri. Tak ada dalam silibus pendidikan. Sejak tadika. Yang ada jangan zalim pada orang. Dosa besar, dosa kecil, semua zalim pada diri sendiri. Tapi dia rasa tak dia zalim pada diri sendiri? Hantuk kepala kat dinding dengan mengumpat, siapa lebih zalim pada diri sendiri? Biasa kita akan jawab hantuk kepala.
Contoh, surah al-Kahfi, kisah pemilik kebun, dia kata kat kawan dia yang miskin, aku lebih banyak harta daripada kamu. Dia masuk kebun dia dalam keadaan dia zalim pada diri dia sendiri.
Sahabat Nabi, saya tak pernah zalim pada orang dan tak pernah buat baik pada orang. Dia nak bagitau, bila dia buat zalim pada orang, sebenarnya dia buat zalim pada diri sendiri. Mengumpat orang, nampak macam zalim pada orang tapi dia sebenarnya buat zalim pada diri sendiri. Aku tak pernah buat baik pada orang, maknanya aku hanyalah berbuat baik pada diriku sendiri. Bila saya bantu orang miskin saya bantu diri saya sendiri. Kita akan semakin rajin sebab aku buat ini untuk aku.
بِاتِّخَاذِكُمُ الْعِجْلَ فَتُوبُوٓا
Ambil patung anak lembu sebagai Tuhan. Segeralah bertaubat. تاب kembali. Sama dengan ruju'. Taubat, tinggal maksiat dan taat perintah. إِلٰى بَارِئِكُمْ .
Plan - خالق
Jadi betul-betul macam plan. بارئ
Kenapa Musa tak guna rabbikum? Musa nak bagitau tindakan kamu sangat tidak patut. Kembalilah pada kewarasan. Kamu cipta kamu sembah, akal kamu tak waras. Macam mana cara bertaubat? فَاقْتُلُوٓا أَنْفُسَكُمْ.
Adakah tikam diri sendiri? A ambil pisau bunuh B. Atau dia bunuh diri sendiri.
Dia banyak pendapat. 1. Bukan bunuh diri tapi saling membunuh sesama sendiri.
ولا تلمزوا انفسكم
Jangan cela diri kamu sendiri. Orang Islam bersaudara. Kalau kita cela orang, kita cela diri sendiri. Jangan buat sesuatu sampai tercela diri sendiri. Sama macam ni.
Pendapat pertama, tak mungkin bunuh diri sendiri. Bunuh diri kamu, macam bunuh orang lain. Perkara yang sangat tak patut. A bunuh B, B bunuh A.
Pendapat kedua, yang tak sembah, bunuh yang sembah berhala. Agak-agak antara 2 ni yang mana lebih tepat? Yang mana lebih menunjukkan taubat dia ikhlas? Dalam tafsir kata, yang paling ikhlas, yang saling membunuh sesama sendiri. Bunuh siang hari dan dia sedar siapa yang dibunuh. Dalam tafsir al-Maraghi kata 3,000 orang.
ذٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ عِنْدَ بَارِئِكُمْ
Allah kata, bunuh diri untuk bertaubat lebih baik daripada tak bunuh diri. Bani Israel pilih yang terbaik di sisi Allah. Kalau kita pilih yang mana? Kalau bunuh diri, habis kehidupan dunia. Tapi sebenarnya lebih baik sebab kalau mati, taubat diterima boleh masuk syurga.
Kalau tak bunuh diri, tak bertaubat, kekal syirik, masuk neraka. Bunuh diri, sakit sekejap tapi masuk syurga. Nabi didik, lebih baik mati dan masuk syurga daripada hidup tapi masuk neraka.
Perempuan berzina, jumpa Nabi. Aku telah berzina, dirikan hudud ke atas aku. Kamu waras tak? Nabi suruh balik, lepas bersalin datang. Lepas bersalin dia datang. Nabi suruh balik menyusukan anak. Lepas dua tahun, dia datang balik bawa roti. Tanda anak dah habis menyusu. Akhirnya Nabi rejam dia. Apa pengajarannya?
Kes macam ni, hakim boleh bagi pilihan. Tapi dia tetap pilih untuk direjam sampai mati. Sebab dia tau taubat dia pasti diterima oleh Allah dan dijamin masuk syurga. Kalau dia taubat, mungkin diterima mungkin tak diterima. Mungkin dia masih buat dosa lagi. Tengok, kesan didikan Rasulullah saw. Sahabat lebih takut hidup dalam dosa.
Begitu juga kisah Maiz bin Malik, berzina dan kena rejam sampai mati. Jadi sama kisah ni dengan Nabi Musa. Sebab tu kalau kita tadabbur, kita akan utamakan hidup tanpa dosa. Lebih baik terbaring sakit dan dijamin syurga.
Kisah Yusuf, ketika digoda. Kalau duduk di luar mungkin buat maksiat. Persatuan isteri-isteri menteri goda. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَىَّ مِمَّا يَدْعُونَنِىٓ إِلَيْهِ ۖ وَإِلَّا تَصْرِفْ عَنِّى كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُنْ مِّنَ الْجٰهِلِينَ
"Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya."
(QS. Yusuf 12: Ayat 33)
Apa kelebihan penjara? Sempit. Penjara lebih aku cinta daripada mereka ajak aku buat maksiat. Terkongkong, sempit, pkp, tak apa asalkan tak buat dosa. Kadang lepas pkp lagi kurang dosa. Semua tak boleh buat. Rentas negeri tak boleh, kenduri kahwin tak boleh. Jadi pkp ni rahmat sebenarnya.
فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
Nikmat umat Nabi Muhamad, nak bertaubat hanya perlu istighfar. Bersyukur pada Allah. Di mana-mana, bila-bila masa. Sesungguhnya dia penerima taubat dan Maha Penyayang. تَّوَّابُ sighah mubalaghah, menunjukkan banyak. Allah ampunkan dosa yang banyak pada bila-bila masa.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَإِذْ قُلْتُمْ يٰمُوسٰى لَنْ نُّؤْمِنَ لَكَ حَتّٰى نَرَى اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصّٰعِقَةُ وَأَنْتُمْ تَنْظُرُونَ
"Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami). Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 55)
Nabi Musa pilih 70 orang untuk ikut pergi ke Tursina. Sebahagian kata, wahai Musa, kamu dah bercakap dengan Allah tapi kami tak percaya. Dia bagi syarat. Kami tak akan beriman kepada engkau sehinggalah kami melihat Allah secara jelas/nyata, nampak dengan mata.
Boleh tak minta lihat Allah? Lalu petir menimpa mereka dan mati. Sekarang pun ada kena petir mati terus. Mereka minta benda yang tak sepatutnya. Tanggujawab manusia dengar dan patuh perintah Allah bukan tengok Allah.
Yang tak minta tengok, dia tengok kawan dia kena petir. Nabi Musa pernah minta lihat Allah tapi tak kena petir. Apa beza? Bahkan bila Musa minta, Allah kata, kamu takkan dapat lihat Aku tapi lihatlah gunung. Kalau gunung tak berlaku apa-apa kamu nampak. Tapi gunung pecah dan Nabi Musa pengsan. Surah al-A'raf ayat 143.
Musa minta dalam keadaan yakin tapi bani Israel minta dalam keadaan tak yakin. Nabi Ibrahim pun minta. Minta nak tengok bagaimana Allah hidupkan yang mati. Bukan tak percaya tapi supaya lebih yakin. Pengajarannya apa untuk kita?
Kalau macam nabi Musa dan Ibrahim pun minta nak mantapkan iman, kita yang bukan Nabi lagi perlu mantapkan iman. Kalau tak iman kita akan semakin mundur. Lihat surah al-Muddathir ayat 36-37. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
نَذِيرًا لِّلْبَشَرِ
"Yang menjadi amaran bagi umat manusia,"
(QS. Al-Muddassir 74: Ayat 36)
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
لِمَنْ شَآءَ مِنْكُمْ أَنْ يَتَقَدَّمَ أَوْ يَتَأَخَّرَ
"(Iaitu) bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju (dalam mengerjakan kebaikan) atau yang mahu mundur (daripada mengerjakannya)."
(QS. Al-Muddassir 74: Ayat 37)
Al-Quran ini memberi peringatan kepada manusia. Allah nak bagitau manusia ni samada semakin maju atau semakin mundur iman. Kalau ada orang kata iman dia maintain je, tak betul.
Bani Israel nak juga tengok Allah secara nyata. Sebenarnya mereka tak percaya. Kenapa Allah tak bagi dia nampak? Allah nak uji. Kita beriman tak dengan yang ghaib. Tapi banyak tak bukti Tuhan yang tak nampak tu. Langit bumi, semua ciptaan Allah menunjukkan ada pencipta.
Pengajaran daripada ayat 54;
1. Wajib ke atas setiap pendakwah guna bahasa yang paling lembut dan menyentuh hati mad'u agar mereka bersedia untuk dengar mesej dakwah walaupun mereka paling jahat dan dosanya besar.
2. Sesiapa saja yang lakukan maksiat dan kemungkaran, dia sebenarnya menzalimi diri sendiri.
3. Antara nikmat yang terbesar ialah bertaubat dan kembali kepada Allah walaupun membawa kepada kematian.
4. Hidup bebas daripada dosa walaupun dalam musibah jauh lebih baik daripada hidup dalam dosa walaupun dalam nikmat.
Pengajaran ayat 55;
1. Manusia tak pernah puas dengan nikmat yang diberi oleh Allah walaupun lepas lakukan dosa besar dan taubatnya diterima Allah dan ia akan terus lakukan dosa.
Ayat 55, Nabi Musa bawa 70 yang terpilih bermunajat di Tursina. Bila Musa kata bercakap dengan Allah mereka minta bukti nak lihat Allah dengan nyata. Allah turunkan petir dalam keadaan mereka melihat sesama mereka dipanah petir dan mati. Lepas tu apa jadi?
-Mula-
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
ثُمَّ بَعَثْنٰكُمْ مِّنۢ بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu mati (atau pengsan dari sambaran petir itu), supaya kamu bersyukur."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 56)
Ni cerita bani Israel zaman Musa. Tapi Allah bercakap dengan Yahudi zaman Nabi seolah mereka yang kena panah petir. Kenapa? Sebab kesalahan Yahudi zaman dahulu, mereka tak pernah ingkari. Zaman sekarang, orang dulu buat bid'ah orang sekarang tak buat tapi tak ingkari.
Maksud لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ supaya kamu bersyukur. Kalau terjemah semoga, macam Allah mengharap daripada mereka.
Mati kat dunia dan dihidupkan semula di dunia ada berapa peristiwa? Nabi Isa hidupkan orang mati dalam kubur. Dalam surah Al-Baqarah, pukul mayat dan hidup semula. Yang Allah matikan 100 tahun. Burung yang mati. Kisah Allah hidupkan yang mati ada dalam ayat 56, 243, 259, 260, semua dalam surah Al-Baqarah.
Apa pengajaran? Bani Israel, adakah mereka minta tengok Allah satu dosa? Allah sangat sayang pada hambanya. Walaupun dah mati, Allah nak mereka kembali pada Allah. Jadi jangan putus asa dengan rahmat Allah. Petir nikmat, mati nikmat.
Allah sayang kat bani Melayu, bagi covid19. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَظَلَّلْنَا عَلَيْكُمُ الْغَمَامَ وَأَنْزَلْنَا عَلَيْكُمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوٰى ۖ كُلُوا مِنْ طَيِّبٰتِ مَا رَزَقْنٰكُمْ ۖ وَمَا ظَلَمُونَا وَلٰكِنْ كَانُوٓا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
"Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu Mann dan Salwa, (serta Kami berfirman): Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 57)
Nikmat, kami teduhkan mereka dengan awan. Mereka panas. Bila? Bila mereka keluar dari Mesir ke Palestin. Jabbarin, kami takkan masuk sehinggalah mereka keluar. Mereka penakut.
Pening 40 tahun, Allah bagi nikmat awan. Keluar ke Palestin tak ada pokok, tak ada rumah. Bila panas matahari, apa yang kita cari? Pokok untuk berteduh. Jadi, pokok adalah 1 nikmat. Padang mahsyar 50,000 tahun. Siapa yang dapat teduhan? Pemimpin yang adil, orang yang selalu hatinya di masjid, 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah, pemuda yang membesar dalam beribadat kepada Allah, orang yang bersedekah tangan kanan, tangan kiri tak tahu, lelaki muda yang diajak berzina oleh wanita yang cantik dan kaya dan berkata aku takut pada Allah, orang yang berzikir seorang kemudian menangis.
Al-manna turun dari langit, bukan syurga. Wahai orang beriman jangan kamu batalkan pahala sedekah kamu yang ikhlas, bil manni wal aza.
Berapa ramai yang sedekah ikhlas jadi pahala, last-last padam. Sebab? Dia ungkit balik walaupun dah bertahun sedekah. Manna makna sebenar ialah anugerah. Asalnya madu. Bani Israel tak payah susah-susah cari makanan. Dari pagi sampai petang ada makanan. Tak payah beli, siram, tanam.
Bila kita bagi sedekah, kita rasa ini anugerah saya kepada awak. Azaa memalukan dia. Kalau kita kata, dulu pak cik ni miskin, saya yang bantu dia. Terbatal pahala.
كُلُوا مِنْ طَيِّبٰتِ مَا رَزَقْنٰكُمْ
Manusia buat dosa macam mana pun, sesat macam mana pun, Allah jamin rezeki dia. Jadi kenapa kita nak takut dengan rezeki?
وَمَا ظَلَمُونَا وَلٰكِنْ كَانُوٓا أَنْفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
Bani Israel ada tak buat kezaliman? Dia ingkar perintah Allah bila Allah suruh masuk bumi palestin. Tapi dia tak rasa dia buat dosa. Kata Hasan al-Basri, orang beriman lagi buat amal soleh lagi dia takut. Orang yang buat maksiat tapi dia rasa aman je. Orang yang rasa tak ada sifat munafik, maknanya dialah munafik.
Bani Israel sama bani Melayu. Tak rasa zalim pada diri. Cuma orang tak nampak. Rahmat Allah. Lawan perintah Allah, Allah sesatkan 40 tahun. Lepas tu Allah bagi teduhan, bagi makanan.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَإِذْ قُلْنَا ادْخُلُوا هٰذِهِ الْقَرْيَةَ فَكُلُوا مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ رَغَدًا وَادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُولُوا حِطَّةٌ نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطٰيٰكُمْ ۚ وَسَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: 'Ya Allah ampunilah dosa kami'; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 58)
Allah sebut nikmat kepada bani Israel. Qaryah tempat kecil yang ada orang. Masuklah ke negeri ini. Ada kata Palestin. Makanlah mengikut kehendak kamu sepuasnya. Tengok pasal rezeki tak ada masalah. Rezeki dijamin. Kalau Allah suruh sembah Dia, tapi Dia tak bagi, maknanya Dia zalim. Macam ayah nak bagi anak dengar cakap, kena bagi makan dulu. Pengajaran, syarat nak suruh manusia beriman, setelkan dulu makan minum dia. Barulah mudah dia beriman.
Allah kata, masuklah melalui pintunya dalam keadaan sujud dan sebutlah حِطَّةٌ. Maksud حِطَّةٌ ampunkan dosa kami. Allah suruh sebut sepatah je. Allah tak kata bila masuk baca syair. Pengajarannya apa? Perintah Allah paling mudah. Tapi walaupun perintah Allah senang tapi manusia jadikan ia susah.
Kami akan ampunkan dosa-dosa kamu dan kami akan tambah kepada orang muhsinin, berbuat baik. Buat baik macam mana?
Apa makna ihsan. Ada 2, 1. Ihsan kepada Allah, 2. Ihsan kepada makhluk. Jibril jumpa Nabi tanya pasal Islam, mukmin, muhsin. Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya. Jika kamu tak dapat rasakan, maka sesungguhnya Allah melihatmu.
Ihsan kepada makhluk, buat baik pada orang yang buat jahat pada kita. Orang letak sampah depan rumah kita, kita bagi buah epal kat dia. Selalu buat baik pada orang jahat, dia akan malu.
Hasan al-Basri dapat tahu ada orang mengumpat dia, dia suruh pembantunya bagi rutob pada orang tu. Akhirnya orang tu berhenti mengumpat. Manusia masuk syurga dengan rahmat Allah, jadi kena sentiasa jadi muhsinin. Sesungguhnya rahmat Allah dekat sangat dengan orang yang muhsinin. Jadi, kalau nak masuk syurga, suka lah berbuat baik dengan orang. Jangan pentingkan diri.
Tak ada seorang pun yang baca Al-Quran walaupun ayat azab melainkan dia rasa rahmat Allah.
Surah maryam 58. Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
أُولٰٓئِكَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِّنَ النَّبِيِّۦنَ مِنْ ذُرِّيَّةِ ءَادَمَ وَمِمَّنْ حَمَلْنَا مَعَ نُوحٍ وَمِنْ ذُرِّيَّةِ إِبْرٰهِيمَ وَإِسْرٰٓءِيلَ وَمِمَّنْ هَدَيْنَا وَاجْتَبَيْنَآ ۚ إِذَا تُتْلٰى عَلَيْهِمْ ءَايٰتُ الرَّحْمٰنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا
"Mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi yang telah dikurniakan Allah nikmat yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih.
Apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis."
(QS. Maryam 19: Ayat 58)
Setiap ayat Al-Quran ada rahmat Allah termasuklah ayat celakalah bagi pengumpat, sebab Allah tak nak kita mengumpat. Tapi kita ada tak setiap kali baca ayat Al-Quran menangis?
Surah Al-Baqarah ayat 59-60
Pengajaran ayat 55-56;
Bani Israel takkan beriman sehingga dapat melihat Allah secara jelas. Tugas nabi bukan melihat Allah tapi laksanakan perintah Allah. Lalu, Allah matikan mereka. Kemudian dengan rahmat Allah, Allah hidupkan mereka kembali.
1. Allah sentiasa ingatkan bani Israel tentang nikmat Allah kepada mereka.
2. Kebodohan bani Israel. Mereka beriman kepada Nabi Musa tapi ada ketika mereka kata mereka tak beriman sehingga nampak Allah.
3. Minta perkara yang tak mungkin, maka akan dihukum. Allah balas di dunia lagi.
4. Penderitaan terhadap azab lebih terasa bila lihat sendiri azab yang menimpanya.
5. Kekuasaan Allah hidupkan hambanya yang dah mati.
6. Wajib bersyukur dengan setiap nikmat diberi Allah kepada manusia.
Pengajaran ayat 57;
1. Mendapat teduhan daripada kepanasan adalah nikmat Allah kepada hambanya. Pokok, rumah, payung.
2. Antara nikmat yang besar kepada bani Israel ialah manna dan salwa. Allah beri tanpa mereka perlu bersusah payah dan penat lelah mencari.
3. Daging burung adalah daging yang paling enak dan antara makanan yang paling lazat di dunia.
4. Makanan adalah antara nikmat Allah. , Bila ada makanan dan kita makan, itu tanda syukur. Bila ada makanan kita biarkan, itu tanda kita kufur nikmat.
Pengajaran ayat 58;
1. Antara nikmat Allah kepada bani Israel, Allah izinkan mereka masuk ke bumi Palestin yang suci dan subur dengan tumbuh-tumbuhan.
2. Asal semua makanan adalah halal, sehingga ada dalil yang mengatakan haram.
3. Wajib ke atas sesiapa yang dapat kemenangan daripada Allah dan berjaya buka sesuatu negeri, hendaklah masuk dengan merendah diri tanda syukur. Nabi Muhammad masuk Mekah dengan menundukkan kepala tanda syukur kepada Allah subhanahuwata'ala.
-Mula-
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُوا قَوْلًا غَيْرَ الَّذِى قِيلَ لَهُمْ فَأَنْزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِّنَ السَّمَآءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ
"Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka)."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 59)
Badal, maknanya ganti. Telah mengganti, menukar. Allah perintah bani Israel masuk dalam keadaan sujud dan sebut hittoh. Bani Israel ikut tak? Tak. Mereka tukar. Apa yang mereka tukar? قَوْلًا غَيْرَ الَّذِى قِيلَ لَهُمْ kata-kata yang bukan dikatakan kepada mereka. Mereka tukar kepada hintoh. حنطة gandum. Apa hukum dia?
Bukan tukar perkataan, ayat. Tambah satu huruf je. Sepatutnya Allah guna, mereka menukar, tapi Allah guna الَّذِينَ ظَلَمُوا. Beza tak antara ayat mereka menukar perkataan dan orang-orang zalim menukar? Beza. Allah nak bagitau siapa saja yang menukar, tak kira bani Israel bani Melayu.
Sebab ada macam-macam menukar. Istawaa, maknanya bersemayam dia tukar makna jadi menguasai, istawla. Siapa tukar dia zalim.
Macam yadullah (tangan Allah) dia tukar qudratullah (kudrat Allah). Dengan sengaja. Tukar makna laaikrahafiddin.
Al-Quran walaupun turun kepada puak tertentu tapi pengajarannya untuk semua. Kesalahan boleh berlaku kepada sesiapa saja.
Kenapa susah sangat nak ikut? Sebab nafsu memang tak suka kepada perintah Allah. Solat berjemaah di masjid. Susah, sebab berlawanan dengan nafsu. Pergi kerja 2 jam sanggup pergi. Perintah Allah tak susah tapi berlawanan dengan nafsu.
فَأَنْزَلْنَا عَلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا رِجْزًا مِّنَ السَّمَآءِ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ
Maknaرِجْزًا azab. Allah ulang sebut zalim. Kalau dah sebut zalim, sebut mereka dah cukup. Apa hikmahnya? Tadabbur tu. Mesti ada hikmahnya. Bila Allah sebutرِجْزًا mungkin orang terbayang bani Israel. Tapi sebenarnya untuk orang zalim. Tak nak kena azab jangan zalim.
يَفْسُقُونَ
Fasaqa, maknanya tertanggal. Ghafara, ampun. Minta ampun, istaghfara. Ini masih kisah Bani Israel sesat di padang pasir selama 40 tahun. Al-Maidah, sesungguhnya ia diharamkan ke atas mereka 40 tahun. Merayau kebingungan. Apa dosa mereka? Mengikari perintah Allah masuk Palestin dan berjihad.
Pokok tak ada, makanan tak ada, rumah tak ada. Allah nak dera ke nak tarbiyah? Tarbiyah. Allah nak tarbiyah sebab tu turun makanan dari langit. Ada pendapat dekat Syam dan Jordan. Contoh, kita nak keluar dari Bukit Jelutong, nak jalan-jalan, last-last jumpa bukit jelutong balik, selama 40 tahun.
Kenapa 40 tahun, bukan 100 tahun? Ini proses tarbiyah. Manusia matang 40 tahun. Kalau tak baik umur 40 dia akan jadi jahat. Surah Al-Ahqaf ayat 15. Wajib berbuat baik kepada ibu bapa. Ibu mengandung dan menyusukan kita.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَوَصَّيْنَا الْإِنْسٰنَ بِوٰلِدَيْهِ إِحْسٰنًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُۥ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُۥ وَفِصٰلُهُۥ ثَلٰثُونَ شَهْرًا ۚ حَتّٰىٓ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُۥ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلٰى وٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صٰلِحًا تَرْضٰىهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)."
(QS. Al-Ahqaf 46: Ayat 15)
Mungkin tak berlaku pada kita? Berlaku. Mereka merayau tak jumpa cari hidayah dan tak jumpa cari jalan keluar. Kita umat Nabi tak jumpa cari hidayat. Ada tak umur 40 baca Al-Quran tapi tak dapat hidayat? Baca lain, buat lain. Selalu pergi umrah tapi isteri tak tutup aurat. Pergi masjid hisap rokok. Orang macam ni akan dapat kemurkaan Allah.
Bulan Ramadan buat majlis maksiat pakai seksi, panggil ustaz baca doa minta Allah berkati majlis. يتيهوا (yatiihuu-sesat) tak? Tak malu. يتيهوا dalam bentuk sekarang dari segi sunnah, buat benda tak ikut sunnah Nabi. Ustaz pun sama. Nabi kata siapa tengok munkar, ubah, bukan doa. Nabi pergi berdakwah last sekali baru doa.
يتيهوا dalam bentuk pemikiran.
Adakah Nabi Musa bersama? Ada. Tapi rasa tenang. Sebab Allah janji siapa bertakwa Allah jaga dia walaupun duduk tempat yang sama.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَإِذِ اسْتَسْقٰى مُوسٰى لِقَوْمِهِۦ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ ۖ فَانْفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا ۖ قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ ۖ كُلُوا وَاشْرَبُوا مِنْ رِّزْقِ اللَّهِ وَلَا تَعْثَوْا فِى الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: Pukullah batu itu dengan tongkatmu, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 60)
Kenapa minta air? Kaum minta air kepada Musa, Musa minta air kepada Tuhan. Musa minta untuk kaum dia. Menunjukkan Musa tak dahaga. Pengajaran, kalau pengikut jahat, tak dengar cakap, sikap kita sepatutnya layan.
Pukul mana-mana batu dengan tongkat engkau, terpancar 12 mata air. Telah mengetahui setiap manusia tempat minum mereka. Kenapa 12? Kenapa mesti 12 puak, 12 pancutan air. Allah bijak, tak bergaduh. Kedua, supaya tak berebut.
Kenapa Allah suruh pukul batu dengan tongkat? Sebab Allah nak bagitau yang memberi tu Aku. Aku boleh beri walaupun dengan cara yang tak masuk akal. Allah nak kamu berusaha. Kenapa batu bukan tanah. Tanah lagi ada air. Yang lebih menunjukkan kuasa Allah hebat, batu atau air? Batu. Batu yang keras pun keluar air. 2. Allah nak bagitau bani Israel yang selalu lawan Tuhan supaya kenal kebesaran Allah. Caranya, turunkan manna dan salwa. Pukul batu dan tongkat keluar air. Macam mana hati kamu yang tak la sekeras batu, tapi tak boleh mengalirkan air mata.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
ثُمَّ قَسَتْ قُلُوبُكُمْ مِّنۢ بَعْدِ ذٰلِكَ فَهِىَ كَالْحِجَارَةِ أَوْ أَشَدُّ قَسْوَةً ۚ وَإِنَّ مِنَ الْحِجَارَةِ لَمَا يَتَفَجَّرُ مِنْهُ الْأَنْهٰرُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَشَّقَّقُ فَيَخْرُجُ مِنْهُ الْمَآءُ ۚ وَإِنَّ مِنْهَا لَمَا يَهْبِطُ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ ۗ وَمَا اللَّهُ بِغٰفِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 74)
Allah nak bagitau semakin seseorang itu ingkar perintah Allah, semakin keras hatinya. Semakin kurang ingkar, semakin lembut hati seseorang. Kenapa tak kata besi? Mana lebih keras? Batu ke besi? Batu. Apa bukti? Sekeras besi bila lebur dalam api dia akan cair.
Ada batu yang boleh memancarkan sungai. Hati kamu lebih keras kerana setitik air mata pun tak keluar. Ada juga batu yang terjatuh sebab takut kepada Allah. Kenapa kamu tak boleh tunduk kepada perintah Allah.
Kenapa Allah kata makanlah dan minumlah? Sebab sebelum ni pasal makanan. Allah larang buat kerosakan di bumi dalam keadaan kamu lakukan kerosakan. Ada kerosakan yang dibenarkan. Ada kerosakan yang membaiki. Apa contoh? Khidir pecah kapal orang miskin, Khidir bunuh budak kecil.
Kita ada telefon, anak main game, kita pecahkan, boleh tak? Boleh. Sebab dengan telefon tu merosakkan iman dan agamanya.
40 tahun mendidik bukan mendera. Allah bagi makan minum. Jadi, jangan risau pasal rezeki. Yang jahat pun Allah bagi rezeki.
Tujuan Allah bagi makan minum. Supaya akhirnya mereka sembah Allah. Boleh tak kita suruh orang sembah Allah selagi kita tak bagi makan? Solat dulu pakcik kalau tak kami tak bagi beras. Tak boleh.
Bila Nabi Musa perintah masuk, dia kata, masuklah engkau dan Tuhan engkau, dan pergilah berperang. Kami nak duduk sini je, relaks. Biadap. Tapi Allah turunkan manna salwa, air. Ya Allah, rahmatNya Allah.
Dalam surah Al-Fatihah Allah kata ada 3 golongan. Pertama, golongan yang diberi ilmu dan beramal. Kedua, ada ilmu tapi sombong. Dia rasa dia bangsa terpilih, terbaik. Bila Nabi akhir bukan bangsa dia, dia tolak. Ketiga, ramai tak sembah Tuhan sebab jahil? Kadang kita pun sama. Dah tahu sunnah Nabi tapi tak amal pun. Buka aurat, sombong.
Pengajaran, jangan marah kepada orang yang buat maksiat. Rahmatilah mereka. Doa saja tak jadi juga. Kena berdakwah. Orang macam Firaun yang mengaku tuhan pun Allah suruh Nabi Musa berdakwah. Allah dah tau tak Firaun akan mati dalam kafir? Tau. Jadi apa faedah cakap lembut-lembut? Allah nak bagitau Islam rahmat kepada semua. Kedua, Firaun tak ada alasan nak kata Musa tak pernah berdakwah kepadanya.
No comments:
Post a Comment