Monday 21 June 2021

RAHSIA KEKALKAN KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

Fazura Bertudung Setiap Kali Ramadan - 7 Gambar Cantik Fazura 

Hilang kemesraan selepas bergelar suami isteri, inilah dilemma yang sering melanda pasangan, terutama setelah mempunyai anak. Alasan yang diberikan, kini mereka hidup di alam nyata. Bukan lagi di zaman pencintaan yang penuh dengan khayalan. Apa yang perlu difikirkan kini ialah bagaimana untuk membesarkan anak dan mencari duit bagi mengukuhkan kedudukan rumah tangga.

Sebenarnya apa yang mereka lakukan itu memang baik iaitu ingin menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah SWT. 

Tetapi apa yang tidak betulnya ialah mengapa mesti hilang kemesraan bersuami isteri hanya kerana ingin melaksanakan amanah Allah. Sebagai mukmin yang beriman, kita disarankan agar sentiasa hidup dengan sunnah Rasulullah SAW. Dengan mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda, kita akan diberikan ganjaran pahala. Jadi dalam melayari bahtera berumahtangga, seharusnya kita mencontohi cara yang dilakukan oleh baginda demi mengekalkan keharmonian rumah tangga antaranya:

1. Tidur dalam satu selimut bersama isteri

Daripada Atha bin Yasar, dia berkata. ‘sesungguhnya Rasullah S.A.W. dan Aishah R.A biasa mandi bersama dalam satu bejana. Ketika baginda berada dalam satu selimut dengan Aishah, tiba-tiba Aishah bangkit. Baginda kemudian bertanya, ‘Mengapa engkau bangkit?’ Jawab Aishah, ‘kerana saya haid,wahai Rasullah.’ Sabda Rasullah, ‘kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah dan dekatkanlah kepadaku.’ Aku pun masuk dan berselimut dengan beliau’ (Riwayat Sa’id bin Manshur)

2. Memberi Wangi-wangian Pada Aurat

Aisyah berkata, “Sesungguhnya Nabi SAW apabila meminyakkan badannya, baginda akan memulai daripada auratnya menggunakan nurah (sejenis serbuk pewangi) dan isterinya baginda meminyaki bahagian lain tubuh Rasulullah.” (Riwayat Ibnu Majah)

3. Mandi Bersama Isteri

Dari Aisyah RA, beliau berkata, “ Aku biasa mandi bersama Nabi SAW menggunakan satu bejana. Kami bersama-sama memasukkan tangan kami (ke dalam bejana tersebut).” (Riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah)

4. Disikat Oleh Isteri

Dari Aisyah RA, beliua berkata, “Saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid.” (Riawayat Ahmad)

5. Meminta Isteri Meminyaki Badan

Dari Aisyah RA, “Saya meminyaki badan Rasulullah SAW pada hari raya Aidiladha setelah beliau melakukan jumrah aqabah.” (Riwayat Ibnu Asakir)

6. Minum Bergantian Pada Tempat Yang Sama

Dari Aisyah RA, dia berkata, “Saya biasa minum dari cawan yang sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut dan meletakkan mulutnya, lalu baginda minum. Kemudia saya mengambil cawan tersebut dan lau menghirup isinya, kemudian baginda mengambilnya dari saya, lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat saya letakkan mulut saya, lalu baginda pun menghirupnya.” (Riwayat Abdurrazaq dan Said Manshur)

7. Membelai Isteri

Suatu riwayat menceritakan, “Adalah Rasulullah SAW tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua (isterinya) seorang demi seorang, Baginda menghampiri dan membelai kami tetapi tidak bersama sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yang menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya.” (Riwayat Ahmad)

8. Menciumi Isteri

Dari Aisyah R.A, bahawa Nabi SAW biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian baginda bersembahyang dan tidak mengulangi wuduknya. (Riwayat Abdurrazaq) Dari Hafshah, puteri Umar Al-Khattab, beliau berkata, “Sesungguhnya Rasulullah SAW biasa mencium isterinya sekali pun sedang berpuasa.” (Riwayat Ahmad).

9. Berbaring Di Pangkuan Isteri

Dari Aisyah R.A, beliau berkata, “Nabi SAW biasa meletakkan kepadanya dipangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian baginda membaca al-Quran.” (Riwayat Abbdurrazaq)

10. Memanggil Dengan Panggilan Mesra

Rasulullah SAW biasa mmanggil Asiyah dengan beberapa nama panggilan yang disukainya seperti Aisy & Humaira (pipi merah delima).

11. Menyejukkan Kemarahan Isteri Dengan Mesra

Nabi SAW biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah dan baginda berkata, “Wahai Uwaisy, bacalah doa: “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, bilangkanlah kekerasan hatiku dan lindungilah diriku daripada fitnah yang menyesatkan. “ (Riwayat Ibnu Sunni).

12. Membersihkan Titisan Darah Haid Isteri

Dari Aisyah R.A, dia berkata, “Aku pernah tidur bersama Rasulullah SAW di atas satu tikar ketika aku sedang haid. Apabila darahku menitis di atas tikar itu, baginda mencucinya pada bahagian yang terkena titisan darah dah baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda sembahyang ditempat itu pula. Kemudian baginda berbaring kembali disisiku. Apabila darahku menitis lagi diatas tikar itu, baginda mencuci pada bahagian yang terkena titisan darah itu saja dan tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang diatas tikar itu.” (Riwayat Nasai).

13. Memberikan Hadiah

Daripada Ummu Kaltsum binti Abu Salamah, dia berkata “Ketika Nabi SAW menikah Ummu Salamah, baginda bersabda kepadanya, “Sesungguhnya aku pernah member hadiah kepada Raja Najasyi sehelai pakaian berenda dan beberapa botol minyak kasturi, namun aku ketahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia dan aku mengagak hadiah itu dikembalikan. Jika hadiah itu dikembalikan kepadaku, aku akan memberikannya kepadamu.” Dia (Ummu Kaltsum) berkata “Ternyataan keadaan Raja Najasyi ternyata seperti telah disabdakan Rasulullah SAW dan hadiah itu dikembalikan kepada baginda, lalu baginda memberikannya kepada masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi dan pakaian tersebut baginda diberikan kepada Ummu Salamah.” (Riwayat Ahmad).

14. Segera Menemui Isteri Apabila Tergoda

Dari Jabir, sesungguhnya Nabi SAW pernah melihat wanita, lalu baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, untuk melepaskan keinginan Baginda kepadanya. Baginda kemudian keluar dan bersabda, “Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan, apabila seseorang diantara kamu melihat wanita yang menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya kerana pada diri isterinya ada hal yang sama dengan yang ada pada wanita itu.” (Riwayat Tirmizi)

Begitu indah kemesraan Rasulullah SAW kepada isteri baginda, memberikan gambaran betapa Islam sangat mementingkan sikap kerana sikap perbuatan baik cara yang paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih dan sayang antara suami dan isteri. Ini lah teladan yang perlu diteladani!

No comments: