Itulah tujuan utama perkahwinan. Tidak syak lagi. Isteri perlu menghiaskan diri sebaik-baiknya hanya untuk suami. Titik. Tiada perbahasan tentangnya.
Sekarang mari kita bercakap aspek lain dalam rumahtangga selain 30 minit di ranjang.
Isteri dicuci minda dialah kena bangun pagi, memasak, bekalkan makanan pada anak dan suami, kemas rumah, menyusukan badan, mengepam susu, kalau bekerja masuk kerja, kalau suri rumah disuruh tambah pendapatan, pastikan anak makan 3-4 kali sehari, kemas rumah lagi, ambil dan hantar anak ke sekolah, pagi dan petang, balik sekolah, kena tengok kerja sekolah, suami balik rumah kena kemas sekali lagi, pakai kena gemerlapan, malam muka kena sweet saja tak boleh bau bawang atau petai. Barulah isteri mithali kalau buat semua ini. Kalau tak buat, habislah segala gelaran buruk diberikan pada isteri.
Suami pula bangun pagi semua tersedia, lepas makan, pergi kerja, balik rumah dah siap kemas, anak dah wangi dan mengharapkan layanan ibarat pelacur kelas atasan.
Dalam rutin harian ini ada tak sebut aktiviti untuk diri isteri?
Contohnya dapat mandi 30 minit, skrub, hot bath, mewangikan dan mencantikkan setiap inci badan, sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Ada tak masa untuk keluar shopping baju cantik, berehat menenangkan fikiran sambil minum kopi hipstur setiap hari, supaya bila suami balik hilang semua stress di muka.
Ada tak masa anak tak mengempeng nak susu, supaya rambut sentiasa kemas sentiasa.
Itulah beza isteri dan pelacur. Isteri tak perlu pun buat semua rutin itu kalau suami mampu sediakan semuanya. Pembantu rumah, tukang masak dan pengasuh.
Isteri tidak memberi layanan seks kerana duit. Malah semua rutin isteri tradisional yang terasa sesak dada mendengarnya pun tak berbayar.
Tanggungjawab memastikan ada makanan dan menjaga anak adalah tanggungjawab suami. Tetapi dalam budaya melayu, semua isteri yang buat.
Suami stoking pun kalau boleh isteri yang tanggalkan. Bukan semua, adalah segelintir.
Kalau isteri macam pelacur, tak payah buat apa pun rutin di atas, hanya tunggu sang arjuna menyinggah, memang isteri pun tip top malah lebih lagi.
Itu pun dalam Islam suami perlu menyediakan nafkah hanya untuk belanja peribadi isteri walaupun isteri goyang kaki saja. Itu pun ada yang culas walaupun suami mampu tukar sport rim kereta dan modify motosikal dengan kerap. Rokok dua kotak sehari.
Inilah patriaki tuan puan. Isteri diibaratkan macam hamba. Hamba memang buat semua benda termasuk memberikan seks tanpa bayaran. Islam tidak mengajar wanita dilayan seperti ini.
Lepas itu, 5 tahun pertama perkahwinan, asyik mengandung beranak, mengandung beranak, tak sempat pun nak pastikan badan kembali sihat, cantik, mengandung balik. Suami buaya mulalah kata isteri tak cantik, isteri tak pasang badan dan lain-lain. Mulalah nak pasang 2-3 padahal spenda isteri pun sejak kahwin tak bertukar.
Lepas itu, tiap-tiap bulan, kadang tiap-tiap minggu atau seminggu 2-3 kali kena pergi pemeriksaan antenatal. Nanti jadi apa-apa isteri jugak disalahkan. Makan tak kena, buat itu tak kena.
Begitulah rutin isteri tradisional. Sesak dada mendengarnya. Itu kalau berhenti beranak lepas kahwin 5 tahun. Isteri yang terus beranak sampai menopos? Bila masanya nak menguruskan diri kalau suami tidak sama-sama menguruskan rumahtangga?
Orang selalu mengata, dah menjanda cantik pula. Saya rasa jawapan dah ada dekat atas. Buang suami dalam persamaan kehidupan, banyak masa isteri dia nak menjaga diri.
Inilah yang masih berlaku di sudut-sudut kehidupan. Hari ini ramai suami yang hebat. Suami yang sama-sama memahami tanggungjawab sebenarnya. Suami yang sama-sama nak pahala ketika isteri menyusukan anak.
Dia uruskan peralatan menyusu, basuh dan sterilkan. Ramai suami tidak kisah isteri letih tak larat masak. Malah ada yang lagi pandai masak banding isteri. Ramai suami yang boleh mengemas rumah dan cebok berak anak. Ramai anak-anak yang melekat dengan bapanya yang aktif membesarkan anak bersama ibu.
Ramai sebenarnya. Tetapi jangan kita lupa, ada isteri yang masih tidak mendapat semua ini malah dapat pakej sepak terajang. Sampai mati pun ada.
Ada juga isteri kononnya dialah isteri tersolehah sekali sehingga menyebabkan isteri-isteri lain menderita jiwa.
Jawapan kepada masalah kita satu saja, kembalilah pada agama. Letakkan hak pada tempatnya.
Bukan menyamakan isteri dengan pelacur.
No comments:
Post a Comment