Wednesday, 17 August 2022

CINTA MEDSOS



Dalam zaman yang serba canggih dan perkembangan teknologi yang pesat membangun, cinta juga menerima tempiasnya dengan kegunaan alat-alat teknologi ini. Dua alat yang penting dalam percintaan kini ialah telefon bimbit dan internet. Masyarakat hari ini menerima cinta secara digital kerana ia dapat membernihkan cinta sesama manusia.

Dengan keadaan menjadi lebih canggih, cinta turut menjadi mudah dan kompleks. Mudah dalam erti kata tidak perlu berasa segan untuk berkongsi perasaan. Kompleks dalam erti kata kejujuran dan keikhlasan orang yang menyampaikan hasrat hati itu sering dipersoalkan kerana banyak perkara yang masih terselindung antara satu sama lain, terutamanya identiti sebenar “pengirim cinta” tersebut.

ZURAIDAH MUDA: 02/01/2019 - 03/01/2019Persoalannya, bagaimana cinta boleh berputik melalui internet? Adakah cinta pandang pertama sudah tidak relevan lagi kerana tidak boleh pandang memandang? Bolehkah anda percaya kepada seseorang yang tidak pernah anda jumpa, tidak kenal dirinya mahu pun latar belakang keluarganya? Berhati-hatilah supaya tidak mudah tertipu dengan cinta internet.

Tidak dinafikan bahawa kepesatan teknologi pada hari ini turut membantu individu sendiri untuk mendirikan rumahtangga. Buktinya beberapa orang teman “berjumpa” jodoh melalui chatting dan laman-laman jodoh lain. Artis Wardina Saffiyah juga berjumpa jodoh melalui email.

Kadang-kadang bertanya bagaimana cinta internet boleh sampai ke jinjang pelamin. Mereka tersenyum dan mengatakan keyakinan diri, sembahyang istikharah dan siasatan lanjut di luar internet.

Individu perlu yakin kewujudan diri pasangan yang sebenar melalui informasi yang konsisten, maknanya tidak ‘nampak’ unsur-unsur penipuan dalam tempoh berkenalan dalam internet kerana peribadi pasangan yang suka berterus terang dan telus dalam perbincangan. 

Sembahyang istikharah pula adalah cara untuk memohon kepada Allah agar memberikan jodoh yang baik lantaran tawakal yang tinggi kepadaNya. 

Seterusnya, siasatan lanjut diluar internet adalah perlu bagi mengetahui latar belakang individu. Contohnya mengenai ahli keluarga, kawan-kawan dan rakan sekerja. Jangan percaya dengan individu yang suka menipu diawal perkenalan kerana biasanya dia akan terus pandai menipu apabila sudah berumahtangga. Kejujuran dan sifat amanah adalah penting dalam pergaulan.

Sebaik-baik lelaki gentleman adalah menawar diri untuk ke rumah gadis untuk berkenalan dengan keluarganya. Lebih cantik lagi apabila dia membawa rombongan merisik dan seterusnya rombongan cinta.

Bagi pihak perempuan janganlah tergesa-gesa menerima pinangan lelaki tersebut dan janganlah pula menolak mentah-mentah jika anda belum terbuka hati untuk menerimanya.

Tempoh perkenalan tidak perlu terlalu lama kerana ia akan membuka ruang yang lebih besar untuk melakukan kemasiatan tanpa sedari. Sekiranya kita berjumpa untuk dua atau tiga kali kita sudah pun boleh mengagak pasangan kita baik atau tidak.

Walau apa cara yang anda gunakan untuk bertemu jodoh adalah bergantung pada niat. Sekiranya niat adalah untuk membina rumahtangga yang sah, menegakkan hukum Allah dengan memelihara kehormatan anda, maka diharuskan untuk saling berhubungan dengan syarat adat-adat pergaulan dijaga rapi. Sebaliknya, jika sekadar ingin bermain-main, test market, rasa sunyi, mencari mangsa, menambah calon pasangan simpanan, atau tanpa matlamat khusus lebih baik lakukan aktiviti lain yang lebih berfaedah. Jangan menganggu emosi wanita sudahlah!!!.

@ Hati-hatilah kerana nasib sesetengah dari kita tidak sebaik Wardina Saffiyah

No comments: