Wednesday, 17 August 2022

TAKWA - PERKAHWINAN



Wanita di luar biar memilih jangan tersalah pilih. Agama dan akhlak perlu seiring. Agama bagus tidak semestinya akhlak bagus. Boleh jadi depan anda dia punya ayat manis tetapi pelayan di restoran dilayannya bagai sampah kerana baginya pelayan itu tiada nilai.

Apa jaminan dia tidak akan melayan anda begitu apabila anda juga sudah tiada nilai di sisinya? Akhlak bagus tidak semestinya agamanya bagus. Dia mungkin sopan dan suka menolong tetapi perintah Allah dia tidak jaga maka di manakah pula jaminan dia akan jaga perintah Allah untuk melindungi dan memimpin anda ke Jannah?

Lelaki pula tidak perlu nak belajar pickup line sangat dan ingin isteri seperti Khadijah tetapi belajarlah bagaimana untuk menjadi seperti akhlak Muhammad SAW sebagai suami. Pergilah pickup ilmu agama dan perbaikilah akhlak kerana andai tidak menjumpai Khadijah anda, ianya tidak mengubah anda sebagai seorang suami mengikuti akhlak Muhammad SAW.

Isteri yang solehah "sweet yang sebenar itu bukanlah setakat jalan-jalan bawa pasangan, isteri dan selfie sana sini" akan tetapi membawa isterinya ke majlis-majlis ilmu, masjid untuk solat jemaah, bersama masyarakat dan sebagainya. Mempunyai isteri yang solehah itu adalah bukan dari hal keduniaan, malah ianya adalah salah satu jalan untuk suami itu ke syurga oleh kerana isteri yang solehah. Jika seorang suami itu, dikurniakan isteri yang solehah. Ibaratnya dia telah menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agamanya. Khidmat paling besar seorang isteri itu, bukanlah khidmat kepada Tuan Guru atau masyarakat akan tetapi khidmat paling besar seorang isteri adalah berkhidmat kepada suaminya. Itulah khidmat yang paling besar dan paling terbaik bagi seorang isteri.


No comments: