Setiap wanita mahu sentiasa kelihatan jelita, lelaki mahu kelihatan perkasa atau maskulin. Maskulin didefinisikan untuk sifat kelelakian, sifat yang yang menjadi idaman setiap lelaki. Selalunya maskulin dikaitkan dengan kesempurnaan seorang lelaki. Benar-benar jantan.Seorang lelaki maskulin adalah seorang yang perfect “Jaguh dan sempurna”.
Namun keperkasaan seorang lelaki adalah dia sanggup bangun awal untuk menunaikan solat subuh dan menunaikan solat secara berjemaah disurau atau masjid. Sekiranya bangun setelah matahari tinggi di atas kepala maknanya dia bukan maskulin. Alahai bertanding dengan ayam jantan pun sudah ketinggalan jauh. Tidak jaguh lagi rupanya. Lagi teruk meninggalkan solat subuh yang hanya 2 rakaat. Macam mana nak jadi perkasa?. Tahukah anda sembahyang fardu lima kali sehari semalam sebenarnya menyamai 164 gerakan atas pecahan 17 rukuk, 34 sujud, 94 takbir, 9 takhiyat dan 10 salam. Jadi, jagalah solat kita.
No comments:
Post a Comment