Jika ada cinta, pasti ada rindu. Jika ada rindu pasti ada keinginan – ingin bertemu, berbual, bermesra dan sebagainya. Tetapi jika semua itu tiada, mungkin cinta itu sudah tidak ada!
Apa yang kita ada sering dilupakan, apa yang tiada sering diidamkan. Kita kadang-kadang terlupa nikmat jasmani dan nikmat rohani termasuk soal cinta. Jika ada yang sudi, kita biarkan pergi. Kita masih tercari-cari.
Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Setelah hasrat diluahkan untuk berpisah, baru terasa dunia ini gelap. Tiba-tiba tersedar akan kebaikan, ketampanan dan kesediaan lebih terasa.
“Ya Allah! Perpisahan ini amat memedihkan”.
Bukakah terlalu dekat menjadikan kita buta? Ramai orang tidak menghargai semasa bersama, hati masih bergelora mencari. Bila si dia pergi, menangis sayu kerana rindu dan cinta padanya.
Walaupun kita tahu menguji itu Allah, Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. Sedikit sebanyak hati kita “berontak” juga. Allah Maha Mengetahui, kita lemah. Amat sakit akan perpisahan ini.
Percayalah kekadang Allah menghilangkan seketika mentari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita meratap di mana serinya mentari… rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan pelangi yang indah. Oh, itu rupanya hikmah berpisah. Cinta akan menjadi lebih indah!
No comments:
Post a Comment