Orang Islam menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW setiap tahun tetapi tidak pikul atau mengikut cara Nabi SAW. Ramai orang mengungkap dibibir katakan cinta pada Nabi SAW tetapi perbuatan tidak mengikut Nabi SAW. Cinta kepada Nabi SAW adalah mengikut.
Sekiranya kita tidak mengikut Islam maka kita tidak dapat kerahmatan dari Allah SWT. Salah satu cara untuk mendapat kerahmatan dan ketenangan hati adalah solat. Untuk mengubat penyakit manusia yang keluh kesah semasa musibah atau kesenangan yang hadir sifat dengki, murung, kecewa dan sebagainya adalah solat.
Pada hari ini, ramai orang Islam tidak peduli tentang solat. Sanggup tinggalkan solat dengan pelbagai alasan. Ada orang kata, orang solat dengan tidak solat sama je tetap mengumpat, beli nombor ekor, fitnah dan sebagainya.
Sesiapa yang bersolat akan dapat mengubah personaliti dan sifat yang lebih baik. Firman Allah, maksudnya:
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(Al-'Ankabuut 29:45)
Tetapi malangnya ramai orang solat tapi masih belum mencegah kemungkaran. Walaupun bacaan betul dan cara betul. Mengapa ini masih terjadi?. Jawapannya ialah kita dikehendaki tiap-tiap waktu solat berjemaah, solat on time, solat khusyuk, merasa kehadiran dan keagungan Allah SWT, mengharap keampuan Allah dan malu kepada Allah SWT. Insyallah solat seperti itu akan dapat melahirkan insan yang berkualiti.
Solat dapat menenangkan hati dan menyembuh penyakit hati. Iman tidak boleh tinggal didalam hati yang kotor, maka kita perlu bersihkan hati agar Iman boleh tinggal didalam hati kita.
Akhir tazkirah, ustaz berpesan:"Buatlah amalan paling baik walaupun sedikit tetapi berkekalan".
No comments:
Post a Comment