Wednesday, 17 August 2022

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN




Pengenalan:
Membuat keputusan adalah sebahagian aktiviti dalam kehidupan seharian kita. Ini adalah aktiviti mental yang melibatkan pemikiran kritikal dan kreatif, membuat proses penaakulan, menyelesaikan konflik dalaman semasa memilih jalan penyelesaian yang terbaik antara pilihan-pilihan yang ada serta meramal situasi yang bakal terjadi kelak.

Kemahiran Membuat Keputusan:
Helpern menyatakan membuat keputusan merupakan membuat pilihan antara dua atau lebih alternatif yang saling bertentangan yang menyukarkan. Kita mesti boleh memilih  keputusan terbaik berasaskan kriteria tertentu.

Tokoh Yang Mendefinisi Membuat Keputusan:

Presseisen - dalam sesuatu situasi bermasalah, tanggungjawab seseorang itu adalah untuk menyelesaikan kesulitan atau kekangan yang dihadapi. Hasil daripada aktiviti tersebut adalah sesuatu penyelesaian.

Beyer -  membuat keputusan melibatkan membuat pilihan daripada berbilang alternatif yang sedia ada. Penyelesaian masalah berfokus kepada sesuatu jalan penyelesaian. Jika jalan tersebut tidak sesuai, maka sesuatu jalan penyelesaian baru perlu dirancangkan.

Sdorow- membuat keputusan adalah satu usaha kita untuk mencuba membuat pemilihan terbaik daripada alternatif yang ada dalam tindakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan

Dalam membuat keputusan kita menimbangkan 2 faktor iaitu:
a) kegunaan (utility): nilai yang ditetapkan kepada hasil diperolehi
b)kemungkinan (probabality): anggaran yang dijangkakan dimana alternatif yang ada memberi panduan ke arah hasil khusus.

Marzano -melibatkan sesuatu situasi di mana seseorang itu memilih antara dua / lebih alternatif yang ada untuk membuat pemilihan.
Langkah dalam pemilihan:
a) Kenalpasti apa yang dikehendaki dari situasi
b) Kenalpasti kepentingan dari setiap kemungkinan
c) Kenalpasti alternatif yang perlu dipertimbangkan

Solso - menyatakan bahawa membuat keputusan adalah proses ‘inductive reasoning’ dimana sesuatu kesimpulan biasanya dinyatakan dalam bentuk kebarangkalian implisit / eksplisit.

Muhamed Awang - menyatakan membuat keputusan adalah proses menentukan kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa, membuat ramalan tentang masa depan/ buat pilihan daripada dua atau lebih alternatif .

Som dan Dahalan - membuat keputusan adalah keupayaan minda untuk memilih satu pilihan terbaik daripada beberapa alternatif untuk mencapai tujuan / objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.

Poh Swee Hiang - menyatakan ia adalah proses yang memerlukan berfikir secara kreatif / kritis untuk membuat pemilihan terbaik daripada beberapa pilihan alternatif setelah dipertimbangkan dengan teliti.

Kementerian Pendidikan - mendefinisikan ianya adalah proses mental yang perlu berfikir secara kreatif / kritis seperti membanding, beza, membuat ramalan, sahkan sumber maklumat dan menjana idea. Ia memerlukan pemikiran yang rasional, terbuka, tidak sempit dan tidak terburu-buru agar bertindak berdasarkan pilihan terbaik untuk mengecapi sesuatu yang terbaik. Serta memilih satu pilihan daripada beberapa pilihan berdasarkan kriteria tertentu.

Kesimpulan. Membuat keputusan melibatkan proses mental seperti pemikiran kreatif dan kritis dan penaakulan, mengurus konflik dalaman bagi membuat pilihan terhadap alternatif yang ada, melibatkan proses membuat ramalan situasi masa hadapan.

Tujuan Kemahiran membuat keputusan dengan bijak perlu dikuasai untuk Beri peluang individu membuat pilihan yang terbaik, Mengelakkan individu daripada bertindak secara terburu-buru yang boleh merugikan, Menjadikan individu lebih rasional dan bersabar dan Memanfaatkan kesemua informasi yang diperolehi.

Soalan pengurusan lisan di atas membantu kita mengisi borang pengurusan grafik yang disediakan.
Mengapakah perlu membuat keputusan?
Apakah pilihan – pilihan saya?
Apakah akibat yang mungkin untuk setiap pilihan?
Sejauh manakah pentingnya akibat itu?
Pilihan manakah yang paling baik setelah membanding, membezakan akibat setiap pilihan berkenaan?

Langkah-Langkah Menguasai Kemahiran Membuat Keputusan
Kenalpasti fakta tentang isu atau objektif tentang membuat keputusan
Fikirkan apa yang perlu dilakukan
Fikirkan pilihan-pilihan
Bahaskan sama ada hendak menerima atau menolak pilihan
Menilai pilihan
Keputusan 

Prasyarat Menentukan Mutu Keputusan Yang Dibuat
a) Fokus kepada definisi persoalan yang dihadapi.(Tumpukan kepada masalah sebenar)
b) Dapatkan seberapa banyak mungkin pilihan-pilihan jawapan.
c) Faktor menyokong dan faktor menentang
d) Buat pertimbangan pilihan berdasarkan faktor yang terlibat.

Kesalahan Dalam Membuat Keputusan
Tiada kepastian tentang apa yang akan berlaku selepas keputusan dibuat. Keputusan dibuat tanpa pemahaman yang jelas dan menyeluruh terhadap persoalan masalah itu. Tidak mempunyai pengalaman untuk membuat keputusan dalam konteks masalah yang dihadapi.

Kaedah Heuristik (Lazim) Dalam Membuat Keputusan

1.    Kaedah heuristik memberi jawapan. Membuat pilihan jawapan dahulu dan kemudian mencari cara untuk mendapat jawapan yang telah dipilih. Mengambil keputusan dari awal lagi kemungkinan akan berlaku kesilapan. contoh: memilih calon isteri

2.    Kaedah heuristik mudah diingat. Terdapat situasi / peristiwa yang mudah diingat atau baru berlaku. Perkara yang mudah diingat akan mempengaruhi membuat keputusan. contoh: membeli rumah

3.    Kaedah heuristik analogi. Dua situasi / peristiwa yang mempunyai persamaan. Merujuk cara yang pernah kita gunakan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. contoh: memandu kereta

4.    Kaedah heuristik perwakilan. Menggunakan perwakilan untuk maksud rumusan. Membuat keputusan cara ini dianggap sebagai stereotaip dan mungkin berlaku kesilapan. contoh: membeli buah langsat

Model- Ada 4 operasi dengan 12 langkah
Setiap operasi terdiri daripada analisis, sintesis dan penilaian. Sesuai digunakan apabila keputusan yang hendak dibuat melibatkan banyak pilihan. Model oleh Ehrenbergs dan Duffy (1979). Menjelas dan mengesahkan keperluan sesuatu situasi. Kenalpasti, jelaskan dan sahkan ciri setiap alternative. Sahkan pilihan -sebagai pilihan yang boleh memenuhi keperluan situasi. Sesuaikan untuk menentukan yang mana satu daripada beberapa alternatif yang paling baik dalam memenuhi keperluan situasi.

Aplikasi Kemahiran Pengurusan Lisan
Mengapakah saya perlu membuat keputusan?
Apakah pilihan-pilihan saya ada?
Apakah maklumat yang ada tentang akibat pilihan yang telah dibuat?
Sejauhmanakah akibat pilihan yang telah dibuat?
Manakah pilihan yang terbaik jika dilihat dari segi akibat?

No comments: