Terimalah kedatangan tetamu dengan hati lega dan terbuka kerana segala rezeki telah ditentukan oleh Allah SWT sejak azali lagi. Apabila kita berkerut dahi dengan kedatangan tamu, bererti kita cuba menyanggah ketentuan Allah SWT. Sampai bila pun tidak akan berjaya mencanggah kerja Tuhan.
Sikap orang Muslim apabila menyambut tetamu ialah menjadikan mereka umpama keluarga sendiri. Bagi tetamu pula guna kemudahan yang ada seperti rumah sendiri, kehadirannya sedikit pun tidak menyusahkan sesiapa sebagai tuan rumah.
Sekadar demikian itu adalah darjah (tahap) yang paling minimum dalam bersahabat iaitu guna kemudahan sedia ada bagai rumah sendiri. Bijak dengan pandangan saksama antara keluarga tetamu dengan keluarga sendiri dari segi kebaikan yang wajar diberikan kepada tamu kita.
Tetapi apabila seseorang berasa lebih pandai atau lebih istimewa daripada orang lain berasa dirinya tidak dilayan selayaknya bererti orang itu telah mempelekuh dan menghina sahabatnya.
Sabda Nabi SAW:
“Sudah memadai seseorang itu dianggap jahat sekiranya dia menghina kawannya sesama Islam”.
Bukan melakukan jenayah baru seseorang dikira orang jahat tetapi cukuplah sekadar berasa dirinya lebih baik daripada orang lain. Kerana sikap itu bererti dia telah menghina sesama Islam. Sebahagian tanda sempurna hati dan tidak suka menyusahkan sahabat ialah dengan mengadakan mesyuarat dan minta pendapat serta serta nasihat daripada orang ramai menerima fikiran mereka sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
Seorang masyhur di kalangan cendekiawan Islam bergelas Ibnu Muqasysya’ iaitu seorang hakim , philosophy dan sasterawan berkata: “Kalau kamu melihat kawan mu duduk sekali dengan musuhnya janganlah sekali-kali kamu cepat timbul marah kepadanya, kerana kawan mu mungkin jenis manusia baik dan jujur”.
Saat yang paling baik baginya untuk mempertahankan kamu ketika dia rapat dengan musuh mu, kemungkinan bercakap untuk menggagalkan rancangan jahat yang hampir dilakukan terhadap mu. Demikianlah kata-kata hikmah Ibnul Muqayasya’ yang terdapat dalam kitabnya bernama “Ad-Durratul Yatimah” (Mutiara tunggal).
Apabila bersahabat, janganlah lakukan sesuatu yang menyusah dan membebankan orang lain, misalnya dalam perkara pandangan mata. Hendaklah kamu memandangkan nya dengan pandangan yang menimbulkan kasih mesra (mawaddah) yang boleh difahaminya, bukan dengan pandangan serong yang mencurigakan.
Memandangkan kawan hanya terhadap perkara yang baik sahaja dan membutakan mata terhadap perkara yang mengaibkannya. Jangan alihkan pandangan ketika kawan datang kepadamu dan sedang bercakap denganmu. Apabila sahabat menemuimu semestinya berhajat hendak bertemu mata denganmu. Sedangkan kamu tidak beri perhatian sepenuh kepadanya, dia berasa kehadirannya tidak mendapat sambutan selayaknya dari anda. Yang demikian melukakan hatinya.
No comments:
Post a Comment