Tuesday, 30 November 2021

ADAB BERKAWAN

Jenis manusia dan adab pergaulan dengan mereka. Manusia yang berkait dengan hakmu terbahagi kepada 3:

1. Teman

2. Kenalan atau saudara - tahu syarat persahabatan dan berkawan, jangan bersahabat kecuali dengan orang yang sesuai di jadikan teman atau saudara, kata Nabi SAW, seseorang itu akan mengikut agama temannya, jika nak cari teman, hendaklah berasaskan 

1. akal kecerdikan -  tak ada kebaikan bersahabat dengan orang bodoh

2. Akhlak yang baik - jangan bersahabat dengan orang buruk akhlaknya iaitu yang tidak boleh menahan diri ketika marah dan daripada nafsu syahwat.

3. Baik dan soleh - jangan bersahabat dengan orang fasik yang melazimi dosa besar kerana orang yang takutkan Allah tidak akan berbuat dosa terus-menerus seperti Bal'ab bin Bal'ura, orang hafiz yang bergaul dengan Firaun akhirnya menentang Nabi Musa A.S

4. Dia tidak tamakkan dunia - bergaul dengan orang yang tamakkan dunia ialah racun yang membunuh kerana tabiat manusia di ciptakan untuk meniru dan menuruti sesuatu

5. Jujur - jangan bersahabat dengan orang yang selalu berbohong kerana kamu boleh terjatuh dalam tipu dayanya. Dirinya umpama fatamorgana yang mendekatkanmu dengan yang jauh dan menjauhkanmu dengan yang dekat.

Tugas kedua -

Meraikan hak-hak persahabatan - Nabi SAW pernah masuk semak lalu memetik 2 kayu siwak. Nabi SAW beri kayu lurus kepada sahabat tersebut dan menyimpan ranting yang bengkok untuk diri Baginda SAW.

3. Orang tak di kenali - tak ikut serta dalam tutur bicara, kurangkan mendengar ucapan dusta mereka, mengabaikan ucapan/ kata kasar mereka, jauhkan diri daripada selalu bertemu dan berhajat kepada mereka, mengingatkan kemungkaran yang mereka lakukan dengan lemah lembut dan memberi nasihat ketika ada harapan mereka boleh menerimanya, kalau terpaksa bergaul ucapkan kata-kata yang baik, kalau tak mampu ucapkan salam dan tinggalkan mereka

Jika tak temui ciri-ciri sahabat seperti dinyatakan oleh Imam al Ghazali, lakukanlah:

1. Beruzlah, bersendirian

2. Bergaul dengan orang ramai melihat kepada ciri-ciri mereka dengan mengetahui bahawa saudaramu terbahagi kepada 3,:

A) saudara untuk akhiratmu, maka jangan perhatikan pada dirinya melainkan agamanya

B) saudara untuk duniamu, maka jangan perhatikan dirinya melainkan akhlak yang baik

C) saudara untuk bergaul mesra, maka jangan perhatikan dirinya melainkan keselamatan daripada kejahatan, firnah dan keburukkannya

Manusia ada 3 jenis:

1. Dirinya ibarat makanan yang selalu di perlukan

2. Dirinya ibarat ubat yang hanya diperlukan dalam waktu tertentu sahaja

3. Dirinya ibarat penyakit yang tidak diperlukan sama sekali tetapi ia ada kaitan dengannya.

Imam Malik Bin Anas, Imam tempat penghijrahan Nabi SAW. Ada anaknya yang sibuk bermain dengan lumba anjing. Ujian buatnya.

No comments: