Tuesday, 8 November 2022

MANUSIA LALAI BAHAN GELAK KETAWA SYAITAN




Siapa yang belum belajar dan mendalami ilmu Islam bererti mereka telah mensia-siakan umurnya. Pada keseluruhannya orang seperti ini menghabiskan masanya untuk tidur atau memikir sesuatu yang tidak menentu. Kalau boleh dihabiskan masa mereka hanya untuk berwirid duniawi. 

Malangnya hati dan tubuh dirinya telah terpedaya dan tertipu. Anehnya dia merasa tindakannya benar belaka malah menganggap orang lain yang tidak melakukan sepertinya dipandang salah dan rugi. Manusia seperti itu jika diteliti dengan mendalam sebahagian besar daripada umurnya menjadi bahan gelak ketawa syaitan tetapi dia merasakan dirinya termasuk kalangan ahli ibadah.

Terlalu banyak ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT, Nabi SAW mengajar dan membimbing manusia di dunia ini mengambil masa 23 tahun. Itulah tempoh masa bagi menyelesaikan sukatan pelajaran yang didatangkan Allah SWT untuk mengasuh manusia seluruh alam. 

Ilmu adalah tunjang bagi agama.  Kedudukan orang jahil adalah sebagai makhluk buruan syaitan laksana binatang ternakan jadi buruan haiwan ganas seperti singa atau serigala. Bukti si jahil jadi buruan syaitan ialah ketika mereka terdengar seruan azan atau orang mengadakan kuliah agama dan mengadakan usrah mereka asyik bersembang di warung-warung kopi atau lepak di tepi-tepi jalan. 

Mendapat pahala besar bagi orang yang mengajar ilmu agama, jika guru yang mengajar atau murid yang belajar ikhlas kerana Allah SWT. 

No comments: