Kita hendaklah bergaul dengan masyarakat kerana faedahnya ialah mengambil pelbagai manfaat hasil daripada bergaul dengan manusia dan masyarakat. Antara manfaatnya ialah berusaha. kerana dengan melakukan usaha terlalu banyak faedah yang diperolehi sama ada keuntungan harta kekayaan atau dapat ramai kenalan atau buah fikiran yang berguna. Daripada wang dan harta itu boleh menyara kehidupan keluarga dan anak-anak, malah boleh menyumbang kepada orang miskin dan pihak yang memerlukan pertolongan. Bermuamalah atau berurusan sesama manusia dalam pelbagai perkara yang memberi manfaat.
Ketahuilah bahawa sesiapa juga yang berusaha dengan pekerjaan yang betul di sisi syara' mendapat upah atau keuntungan lalu diinfak atau sedekahkan mereka lebih baik daripada orang mengasingkan diri meskipun sibuk dengan program zikir dan ibdat sunat. Seseorang apabila bergaul dalam masyarakat dapat memanfaatkan hartanya dengan cara membantu orang yang memerlukan dan dapat pula himpun pahala untuk bekalan akhirat. Boleh membantu masyarakat dengan tenaga secara sukarela apa saja tenaga yang diperlukan oleh pihak lain. Di akhirat kelak tidak sia-sia pekerjaan tersebut, sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang di sekeliling mereka dari orang-orang "A'raab" ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh - melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (At-Taubah 9:120)
Amat banyak sunnah Nabi SAW yang telah diabaikan oleh umatnya antaranya ialah "Hisbah" (kerja sukarelawan) sama ada mengajar, menderma, menasihat secara suka rela. Justeru Nabi SAW telah menasihati sahabatnya dengan sabdanya yang bermaksud: "Barang siapa ada kelapangan belakang untanya, hendaklah dia bermurah hati dengan mempersilakan sahabatnya duduk tunggang bersama".
Sabda Nabi SAW itu boleh diibaratkan kenderaan kini yang luas. Contohnya, jika dipandu kenderaan pergi ke masjid terlihat orang berjalan kaki, bermurah hatilah dengan hentikan kenderaan lantas buka pintu, pelawa orang itu naik kereta bersama ke masjid. Banyak pahala yang diperolehi bagi orang yang mengikut sabda Nabi SAW itu, inilah contoh di antara kerja-kerja sukarela yang dianjurkan oleh Islam yang semakin lama kian dilupakan.
Sesungguhnya menunaikan hajat orang Islam dijanjikan pahala yang banyak, kerja-kerja sukarela seperti itu tidak mungkin terlaksana melainkan dengan pergaulan dalam masyarakat. Justeru sesiapa yang berkuasa untuk bergaul dengan keadaan boleh kawal peraturan syara' lebih afdal baginya berbanding mengasingkan diri atau beriktikaf bagi faedah dirinya sendiri.
Antara perkara penting dan manfaat bergaul dalam masyarakat ialah juga "at-taaddub" iaitu sebaliknya merelakan dirinya ditegur oleh orang lain. Menegur dan ditegur merupakan riadhah jiwa jadi amalan dengan menegur dan ditegur hingga fikiran menjadi matang. Jangan hanya tahu menegur kesalahan orang sahaja sedang dirinya hilang kesabaran pula apabila hadapai teguran orang lain.
*Mesti letak dihati
*Mesti letak dihati
No comments:
Post a Comment