Fitnah hidup lebih kerap terdedah ketika manusia suka menangguh-nangguhkan amal kebaikan yang sudah jelas di hadapannya. Kupasan lengkap tentang perbezaan makna Kabad, Kadih dan Nasab, berkaitan "Kelelahan".
WAHAI DIRI KAMU AKAN PENCEN SETELAH JUMPA ALLAH SWT. SEKEJAP SAHAJA. JUMPA ALLAH SWT DENGAN TANGAN KANAN
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (Ash-Syar-h 94:7)
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya); (Al-Balad 90:4)
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,(Al-Ghaasyiyah 88:3)
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.(Adh-Dhuha 93:4)
Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya). (Al-Insyiqaaq 84:6)
A. NASAB - Al-Ghaasyiyah / Ash-Syar-h 94:7 (Sibuk Giler jatuh dan bangun)
-Nasabu bermaksud berdiri tegak iaitu istiqamah. Meletakkan sesuatu seperti batu.
-Melepaskan sesautu untuk ditegakkan
-Kerja beramal Keletihan/kepenatan berterusan tanpa henti (sibuk giler)
-tiasa luang masa untuk berehat tetapi tetap ada aktiviti
- Letih keadaan sibuk jadi ambil bahagian hendaklah bertemu dengan Allah SWT. Minta dengan Allah SWT untuk menyudahi dengan sibuk juga.
Tadabbur Al-Ghaasyiyah
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi? (Al-Ghaasyiyah 88:1)
Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina, (Al-Ghaasyiyah 88:2)
Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah, (Al-Ghaasyiyah 88:3)
Iaitu hidup sibuk dalam dunia berjuang/bertukus lumus . Akhirat sibuk juga untuk melepaskan diri daripada neraka.
Untuk berehat berhubung terus dengan Allah SWT (doa, zikir, Quran)
B. KABAD - Al-Balad 90:4 (Bekerja dan berhubung dengan Allah)
Lebih baik sibuk didunia daripada sibuk akhirat. Dunia sibuk masih dengan kemampuan kita berbanding akhirat yang dasyat.
Kabadi adalah hati bererti sakit hati. Bermakna sakit hati adalah sibuk aktiviti menyumbang fikiran masyarakat tetapi selepas sibuk untuk dinikmati oleh orang lain bukan dirinya. Orang Kabad yang meniti jalan berliku-liku. Jalan berliku-liku adalah kemampuan menguasai syahwat kita. Orang yang melaksanakan ketaatan akan bergaduh dengan hati dan syahwat. Orang yang melawan dipanggil akoba yang menghalang itu derita hati. Hati penat.
Manusia memang secara tabiat suka bersama dengan keluarga dan tidak mahu dengan orang lain. Apabila mengetahui syariat, akan berlaku setting hati, syahwat/nafsu untuk pembentukan ahklak.
Pembentukan akhlak/perilaku daripada tabiat negatif berhubung dengan Allah dan mengambil contoh akhlak Allah untuk menuju taklif.
Manusia memang secara tabiat suka bersama dengan keluarga dan tidak mahu dengan orang lain. Apabila mengetahui syariat, akan berlaku setting hati, syahwat/nafsu untuk pembentukan ahklak.
Pembentukan akhlak/perilaku daripada tabiat negatif berhubung dengan Allah dan mengambil contoh akhlak Allah untuk menuju taklif.
C KADIH -Al-Insyiqaaq 84:6
Orang hidup dengan hatinya. Bekerja keras kemuncak tenaga al mahjuhdi bertukus lumus seluruh kekuatan dirinya. Ada sifat persaingan hingga tidak mahu kalah untuk kerja dateline. Orang yang bekerja ada jangkaan masa. Bekerja sehingga kita pencen iaitu mati. Perkataan 'insan' cenderung kepada jalan petunjuk kepada Tuhannya atau tidak. Kedua-keduanya akan berhenti berjumpa Tuhannya dalam keadaan saidun "bahagia".
Usaha maksima memberi manfaat kepada orang lain. Rasakan pergolakan dalam hati kita. Menahan diri tidak mahu untuk memberi manfaat kepada orang lain akan dimasukkan ke dalam neraka.
Mengambil bahagian kita segera berjumpa Allah SWT.
Tindakan bekerja semaksima bukan sambil-sambil/ala kadar/sampingan tetapi serius. Sebab kita yakin aktiviti kita berjumpa dengan Allah SWT.
Usaha maksima memberi manfaat kepada orang lain. Rasakan pergolakan dalam hati kita. Menahan diri tidak mahu untuk memberi manfaat kepada orang lain akan dimasukkan ke dalam neraka.
Mengambil bahagian kita segera berjumpa Allah SWT.
Tindakan bekerja semaksima bukan sambil-sambil/ala kadar/sampingan tetapi serius. Sebab kita yakin aktiviti kita berjumpa dengan Allah SWT.
Syahwat
Fitnah syahwat ialah perbuatan yang dapat melemahkan dan mengikis iman seseorang disebabkan oleh hawa nafsu. Kesan syahwat ialah malas beribadah, tidak segan melanggar perintah Allah dan mengerjakan apa yang dilarang. Disebabkan oleh hawa nafsu berserta tentera dari iblis yang sentiasa mengiringi dan membuat iman semakin lemah. Syahwat adalah segala sesuatu yang berhubungan dengan dunia, kesenangan, dan yang membangkitkan hawa nafsu.
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (A-li'Imraan 3:14)
No comments:
Post a Comment