Thursday 12 September 2019

PEMBACAAN AL-QURAN JADI PERKONGSIAN LIDAH, FIKIRAN HATI NURANI


Perkara sebenar yang dimaksudkan dalam Surah Al-'Ashr ialah al-Quran kerana sejak di Lauh Mahfuz dan diturunkan ke dunia malah hingga ke hari kiamat, al-Quran tetap benar sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah SWT sendiri. Oleh kerana perkara benar itu tidak semestinya dilihat benar oleh semua manusia ada yang menentangnya kerana tidak selari dengan kehendak nafsu mereka. Tiada perkara sebenar akan diterima mudah oleh manusia. Di suruh solat akan ada pelbagai alasan untuk menolaknya. Disuruh berpuasa pelbagai dalih dikemukakannya. Diperintah keluar zakat, sifat bakhil menguasai diri. Diwajibkan haji, tidak mudah melakukannya walaupun berharta serta berkelapangan masa.

Justeru untuk maksud mengajak ke jalan benar, Allah SWT anjurkan agar bersikap sabar. Lebih sukar mencapai tujuannya jika tidak sabar. Tanpa berbekalkan empat sifat, beriman dan beramal salih, berpesan dalam menyeru kepada kebenaran dan berpesan ke arah kesabaran. Ahirnya manusia sentiasa dalam kerugian. Dalil menunjukkan bahawa Alllah SWT ampun dosa dengan bersyarat. Tetapi ada juga dalil yang menunjukkan Tuhan beri rahmat dan ampun dosa tanpa syarat.

Meski kelihatan seperti tidak bersyarat tetapi sebenarnya bersyarat. Cumanya tidak disebut besyarat empat perkara seperti yang dinyatakan dahulu iaitu melalui firman Allah dalam Surah Toha ayat 82. Di mana saja ayat yang tidak menyebut syarat tetap mempunyai syarat secara terhimpun (jami'). Meskipun disebut sepatah kalimah teetapi mengandungi semua syarat di dalaamnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yng berbuat baik." (Surah Al-A'raf ayat 55)

Rahmat bererti kasihan belas dari Allah SWT kepada manusia. Seperti diberiNya kesihatan, ingatan yang kuat, pandangan yang cerah dan banyak lagi. Semuanya rahmat daripada Allah SWT bukan kerana penjagaan makan minum mereka yang berkhasiat dan seimbang itu sekadar ikhtiar yang belum pasti. Allah SWT yang menetapkannya. Pada ayat tersebut tiada syarat sekadar satu kalimah iaitu 'ihsan' sebagaimana firmanNya dalam surah Al-A'raf ayat 55 yang telah dijelaskan. Apabila disebut 'muhsinin' yang bererti orang yang buat baik maka semua syarat tersimpul dalamnya.

Di dalam sifat ihsan mengandungi iman, amal salih berpesan atas kebenaran dan kesabaran serta bertaubat dan istiqamah di atas petunjuk Allah SWT. Sebagaimana yang terdapat dalam surah Al-'Ashr juga ayat 55 Surah Toha. Begitulah keadaan sebenarnya orang yang menelusuri alQuran daripada awal hingga akhir walaupun Allah SWT suka ampun dosa dan beri rahmat tetapi tetap bersyarat. 

Tiada keampunan dan rahmat secara percuma. Perasaan cemas mesti ada sentiasa dalam hti orang Islam yang beriman. Oleh itu orang yang faham alQuran keadan orang itu sepanjang masa akan sentiasa diselubingi oleh perasaan gerun dan runsing. Di hatinya tidak gembira gelak ketawa kerana sentiasa diselubungi rasa bimbang dan takut Allah SWT murka kepadanya.

Jika seseorang membaca alQuran tiada kesan tidaklah mendapat manfaat daripada wahyu Allah SWT yang dibacanya kerana kejahilannya. Yang ada sekadar bibir komat-kamit dan lidahnya bergerak-gerak. Kadang kala dia membaca ayat tidak sedar ayat itu mengutuk dirinya sendiri. Misalnya dia membaca ayat yang bermaksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang membuat dusta terhadap Allah?". Mereka itu akan dihadapkan kepada Tuhan mereka dan para saksi akan berkata: "Orang-orang inilah yang telah berdusta terhadap Tuhan mereka. Ingatla kutukan Allah (ditimpakan) atas orang yang zalim". (Surah Hud ayat 18).

Apabila seseorang berbuat zalim dan membaca ayat ini dalam keadaan tidak faham maksudnya lalu tidak mendatangkan sebarang kesan pada dirinya. Sedangkan ayat tersebut menceritakan laknat Allah SWT terhadap manusia yang zalim. Tidak menyedari dirinya sedang dikutuk oleh Allah SWT dalam keadaan dirinya sedang diberitahu. Yang paling menyedihkan ialah tidak sedar doa sedan melaknat diri sendiri. Begitu juga dengan firman Allah SWT yang bermaksud:"Sangat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu buat". (Surah Ash-Shaf ayat 3).

Nabi Muhammad SAW dinasihati oleh Allah SWT melalui firmanNya yang bermaksud:"Maka berpalinglah (hai Muhammad) daripada orang berpaling daripada peringatan Kami, dan tidak mengingati kcuali kehidupan dunia." (Surah An-Najm ayat 29).

Orang yang telah didakwah tetapi masih juga tidak ingat kepada Allah SWT ingatannya hanya terhadap kesenangan dan kekayaan duniawi tidak mengapa jika diabaikan langsung orang itu. 

Jika membaca alQuran sekadar gerakkan bibir dan lidah terlalu amat sedikit faedahnya meskipun dapat pahala membaca. Bacaan alQuran yang sebenarnya ialah antara lidah  akal fikiran dan hati kongsi bersama. Lidah membaca alQuran sementara akal fikiran menterjemahnya dihantar ke hati untuk menerima kesan. Sama ada perasaan gerun dan gmbira hasil daripada bacaan yang difahami.

No comments: