Wednesday 4 September 2019

MUHASABAH SEORANG PEKERJA

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, dalaman

Muhasabah berasal dari perkataan hasabah atau mahasabatan dan telah dimelayukan menjadi MUHASABAH. Mengapa seorang pekerja perlu muhasabah? Mengapa prestasi kerja merudum?. Seorang penyelidik doktor gigi mendapati, prestasi kerja jatuh adalah disebabkan krisis rumah tangga dan prestasi pekerja berada dalam keadaan statik.
Walau bagaimanapun, prestasi kerja tinggi selalunya terdapat kepada pekerja baharu yang bersungguh-sungguh kerja. Namun, apabila mendapati link rangkaian, pekerja tersebut boleh mengagak bos datang waktu bila untuk memantau pekerja. Waktu itulah pekerja menunjuk-nunjuk kesungguhan bekerja.
Mengapa Muhasabah?
  1. Jangan banding diri dengan orang yang lemah sebaliknya banding lah diri dengan orang yang hebat dan cemerlang. Mengapa dengan orang hebat? Apabila kita bertanding dengan orang hebat, kita terus menjadi orang hebat sebalik apabila bertanding dengan orang corrupt / lemah, maka kita akan menjadi seorang pekerja yang berputus asa. Contoh, negara maju bertanding dengan orang yang maju dan hebat. Mereka terus maju dan meninggalkan negara lain.
    2.    Kerja semata iaitu meningkat kecekapan dan kemahiran semasa bekerja.
  • Contoh negara telah merdeka lebih 60 tahun tetapi mengapa masih ingin semak taip error dan tata bahasa. Ini telah membuang masa. Sebaliknya mesyuarat terus berlangsung tentang masalah dan keputusan yang perlu diambil.
  • Contoh seorang pekerja negara Mesir yang gagah perkasa. Bekerja di pelabuhan mengangkat gandum tetapi mengambil masa selama 3 bulan. Sebab apa? Pekerja Mesir mengangkat 2 guni dan berehat berjam-jam. Berbanding dengan pekerja Jepun mengambil masa 3 hari dengan menggunakan teknologi canggih dan dapat membersihkan kapal tersebut.
3     Masalah Mindset

      Malik bin Nabi berkata kecamuk ketamadunan Islam pada hari ini adalah:
      a) Pemikiran yang mati dan lemah
         Contoh: Buat apa nak kerja? Pangkat macam ni je dari mula jawatan DH41                         bermakna kini dan  selamanya.

     b) Jiwa lemah
        Contoh seorang anak bagi tahu kepada bapa “Abah, Ijat ingin berniaga jual                        burger”. Luah Ijat kepada  bapanya. “Buat apa Ijat nak berniaga, muka mu majar              dan tak akan berjaya”. Nasihat bapa Ijat.   Anak itu pun terus mengiakan dan lemah.

Masalah Pekerja

  1. Ketepatan Masa
         Dr Yusuf AlQadawi berkata: “Jenayah yang paling berat adalah pengabaian masa”.
    Prof Matematik tersohor berkata: “Matematik lah kamu sebelum kamu di matematik”

          Seorang tokoh usahawan barat lagi tersohor. Merupakan pengarah syarikat besar bertaraf A. Gusar  amat sangat. Maka dia pun jumpa Dr Sadler. Di bilik temu janji di penjuru terdapat telefon. Belum sempat pengarah syarikat bincang masalah, Dr Sadler telah menerima panggilan. Apabila jawab doktor menjawab panggilan “saya buat sekarang”. Belum sempat meluahkan masalah, pengarah syarikat kata masalahnya telah selesai. Sebelum pulang, pengarah syarikat itu meminta izin ingin melihat bilik Dr Sadler. Pengarah syarikat itu terkejut kerana di atas mejanya kosong. Sebaliknya biliknya yang penuh dengan fail dan ditambah 3 meja untuk menampung fail yang lain. Sekembalinya dari perjumpaan dengan Dr Sadler, pengarah syarikat itu telah mengasingkan fail “in” & “out” serta menyelesaikan kesemua fail nya. Dia telah menyelesaikan fail “on time” dan “before time”. Pengarah syarikat hebat itu berpesan “ Jangan kata esok ada lagi…”.

    2     Isu Birokrasi

Banyak perkara boleh diselesaikan pantas dan cepat. Sekiranya mengambil masa yang lama walaupun masalah kecil. Manusia menjadi feed up. Untuk menjadi negara maju segala-galanya mesti cepat. Manusia suka kepantasan. Pepatah Arab “ Wahai orang berilmu kamu hendaklah makan cepat, berjalan pantas dan menulis”.

    3      Amat Kurang Kerjasama

          a) Kerja tetapi tidak sama.

          b) Buat penilaian diri adakah kita pekerja di Gred seperti berikut:

              A - Before Time

              B - On Time

              C - Petang Siap

              D - Esok Siap

              E - 2 Hari Siap

        c)  Bekerja seharusnya berkumpulan bukannya one man show kerana semua tindakan orang ada peranannya. Masalah yang akan ringan jika berkumpulan. Contohnya semut bekerja berkumpulan dan tidak berputus asa

4  Hubungan Diapi-apikan
Mempunyai rasa dendam, dengki dan geram. Oleh itu, kita jangan cari musuh walaupun seorang sebaliknya carilah kawan yang ramai.
 
Pesanan Dr Zulkifli
  1. Tambah Ilmu
  • Setiap ilmu ada manfaat dan faedah. Walaupun ketika ini ilmu tidak digunakan tetapi pada masa akan datang ilmu tersebut akan digunakan
  • Hendaklah menambah ilmu. Kunci ilmu ialah menguasai ilmu dalam bidang kita dan diluar bidang kita.
  • Budayakan Iqraq dan membaca buku. Sekiranya tidak ada kerja, membacalah buku.
   2     Layari Kerja Dengan Ikhlas
  • Jangan melihat imbuhan sahaja tetapi konsep agama adalah pahala yang dicari
  • Apabila keluar bekerja, kita seharusnya menjaga air muka, bagi rezeki kepada keluarga dan tolong orang susah. Insyallah Allah SWT akan membantu. Mungkin rezeki yang dapat adalah hasil doa orang-orang lain yang pernah kita bantu. Maka Allah SWT bagi rezeki kepada kita
  • Betulkan niat. Bekerja kerana Allah SWT.





No comments: