Adab musafir seterusnya ialah sekiranya menggunakan kenderaan tradisional seperti kuda dan sebagainya hendaklah bertimbang rasa terhadap haiwan tersebut. Tidak menyakiti nya dengan beban berlebihan. Janganlah beranggapan bahawa haiwan makhluk yang boleh diperlakukan sekehendak hati hingga haiwan itu berjalan dan bergerak penuh kesengsaraan menanggung beban berat berlebihan.
Islam agama rahmat mengajar manusia agar bertimbang rasa dan kasihan belas terhadap apa jua makhluk, manusia berakal sewajarnya berlemah lembut terhadap makhluk, manusia terhadap makhluk yang tidak berakal fikiran. Apa lagi jika untuk perjalanan jauh pula, bebanan berat boleh mendatangkan kecederaan kepada fizikal haiwan tersebut.
Islam agama rahmat mengajar manusia agar bertimbang rasa dan kasihan belas terhadap apa jua makhluk, manusia berakal sewajarnya berlemah lembut terhadap makhluk, manusia terhadap makhluk yang tidak berakal fikiran. Apa lagi jika untuk perjalanan jauh pula, bebanan berat boleh mendatangkan kecederaan kepada fizikal haiwan tersebut.
Begitu pun terhadap kenderaan zaman terkini seperti kereta dan sebagainya beban muatan dihadapkan atas kapasiti dan kemampuan tenaga enjinnya. Walaupun ia hanya besi wang tidak bernyawa, namun kerosakan yang mungkin berlaku kepada kenderaan lantaran lebih muatan. Akhirnya perlukan banyak wang untuk membaikinya yang ditanggung tuannya adalah suatu pembaziran yang boleh dihindari.
Bagi sesuatu tujuan jangan sekali-kali memukul haiwan pada mukanya kerana perbuatan tu ditegah oleh Allah SWT. Demikianlah Islam mengajar manusia agar bertimbang rasa terhadap makhluk tuhan sekalipun ia hanya haiwan. Selain itu juga di galak agar sekali skala turun dari belakang haiwan kenderaan untuk memberi kerehatan kepada haiwan berkenaan. Di samping untuk menyenangkan hati tuan punya haiwan kenderaan tersebut kerana tidak menyusahkan haiwan kenderaan miliknya.
Bagi sesuatu tujuan jangan sekali-kali memukul haiwan pada mukanya kerana perbuatan tu ditegah oleh Allah SWT. Demikianlah Islam mengajar manusia agar bertimbang rasa terhadap makhluk tuhan sekalipun ia hanya haiwan. Selain itu juga di galak agar sekali skala turun dari belakang haiwan kenderaan untuk memberi kerehatan kepada haiwan berkenaan. Di samping untuk menyenangkan hati tuan punya haiwan kenderaan tersebut kerana tidak menyusahkan haiwan kenderaan miliknya.
Juga dengan tujuan agar tubuh haiwan berkenaan mendapat riadah. Dibimbing dengan tiada kerehatan akan mendatangkan rasa lesu kepada haiwan berkenaan akhirnya menjejaskan musafir. Jangan letak bebanan lebih daripada yang disyaratkan walaupun sedikit kerana beban sedikit apabila di himpun boleh jadi banyak. Tindakan itu bererti melanggar apa yang telah dijanjikan mengenai muatan, berjanji adalah wajib di kota dan dihormati.
Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Mubarak telah menyewa kuda kenderaan untuk suatu perjalanan musafir. Ketika Abdullah berada di atas kuda sewaan nya datang seorang minta khidmatnya agar membawakan sepucuk surat kepada seseorang kebetulan berada di destinasi yang sama. Abdullah tidak membawa surat tersebut kecuali setelah belia minta izin daripada tuan kuda untuk membawa sesuatu di luar perjanjian. Begitulah Abdullah bin Mubarak ulama silam yang amat cermat mengenai janji. Meskipun pada pandangan fuqaha’ perkara itu suatu yang dimaafkan. Bagaimanapun sepucuk surat itu dianggap berat akibatnya dari segi janji oleh Abdullah bin Mubarak yang mesti dipatuhi kerana lebihan muatan tidak termasuk dalam perjanjian dengan pemilik hairan kenderaan itu walau sepucuk surat. Beliau bimbang jika perkara itu menjadi halangan di akhirat kelak kerana beliau memilih untuk mengikuti jalan wara’.
Adab musafir seterusnya ialah buat persiapan apa jua bekalan yang melebihi daripada keperluan terutama untuk menghadapi sesuatu kejadian tidak dijangka. Apabila musafir secara berkumpulan di tengah-tengah berjalan jangan cuba mengasing diri untuk berjalan sendirian. Perbuatan tersebut boleh membahayakan diri sendiri. Bersendirian akan memudahkan ditimpa suatu tragedi malang seperti dirompak dan diculik akhirnya ia menyusahkan seakan lain juga. Apabila tidur ketika musafir terutama jika berkhemah hendaklah sentiasa waspada, diadakan giliran berjaga-jaga untuk elak sesuatu peristiwa buruk berlaku.
Disunatkan ketika bawa bersama cermin, gunting kecil, siwak (berus gigi) dan sikat. Orang Islam dikehendaki sentiasa dalam situasi kemas dan tampan, peralatan tersebut adalah untuk mengemaskan wajah dan tubuh badan supaya sentiasa berkeadaan rapi.
Ketika musafir jangan terlalu bercermat dalam perkara air untuk wuduk dan sebagainya hingga sulit dan menyusahkan diri sendiri. Padahal Islam memberikan kemudahan air bolehlah diganti dengan tayamum. Manusia dahulu kala daripada kalangan para sahabat dan tabiin tidak menyusahkan diri mencari air untuk taharah. Yang penting bagi mereka ialah diri sentiasa dalam keadaan suci daripada hadas kecil dan hadas besar sedangkan ia boleh dicapai dengan bertayamum.
Terdapat orang Islam yang sedang menjalani rawatan di rumah sakit telah dinasihati oleh doktor bahawa penyakitnya tidak boleh terkena basah air. Boleh mengakibatkan sukar untuk sembuh atau penyakitnya mudah merebak. Ada antara pesakit tidak memilih rukhsah bertayamum bagi membolehkan untuk sekali solat fardu mereka tidak melakukan tayamum meskipun telah diberi kemudahan oleh syara’. Orang ini tidak mungkin berwuduk dari air yang terdapat pada lopak bekas kubang haiwan. Pada hal air dari sumber mana pun selagi tidak jelas najisnya bererti ia suci boleh digunakan untuk wuduk dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment