Mencari yang halal adalah kefarduan. Sedikit lebih baik dari yang banyak sekiranya yang banyak itu haram atau syubhat. Kita seharusnya bersyukur terhadap rezeki yang sedikit kerana kemurkaan Allah SWT tehadap hambaNya yang terlibat kegiatan mencari secara haram sedangkan Allah telah menyediakan begitu banyak sumber rezeki yang halal.
Firman Allah SWT: “Makanlah yang halal lagi baik dan rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurlah nikmat Allah sesungguhnya hanya kepadaNya kamu menyembah”. Surah an-Nahl ayat 114.
Tiada larangan untuk mencari harta walau sebanyak mana harta kekayaan itu adalah di antara nikmat Allah SWT. Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah SWT suka melihat kesan keagungan sifat ketuhananNya kelihatan pada hambaNya, Allah maha kaya, Dia suka jika nikmat kaya ada pada hambaNya. Tetapi kekayaan jangan sampai menjadi matlamat hidup manusia kerana diciptakan oleh Allah SWT adalah untuk mengabdikan diri dan berbakti kepadaNya, maka harta bahkan dunia ini seluruhnya hanya alat untu berbakti kepadaya.
Kesederhanaan merupakan prinsip hidup Islam, sederhana dari segi mengusaha tempat tinggal akan menghindarkan seseorang dari berlebih-lebihan. Sederhana dalam erti kata memadai dengan tempat kediaman yang sekadar dapat menampung keperluan keluarga, jumlah bilik yang mencukupi untuk anak-anak. Tempat tinggal sekasar dapat berteduh dari panas dan hujan. Yang pentingnya ialah melindungi martabat kemanusiaan kerana akan hina manusia sekiranya hidup merempat tanpa tempat tinggal, apatah lagi jika dia mempunyai keluarga dan anak-anak.
Tempat tinggal sederhana bukan bererti mesti tinggal dalam pondok kecil, kerana ukuran kecil atau besar adalah bergantung kepada keperluan keluarga. Rumah besar adalah dianggap sederhana, jika ia untuk menampung keperluan jumlah keluarga yang besar.
Manusia suka memuja kemewahan dengan menghiasi peralatan & perabot rumah sehingga terperangkap kepada hutang dan riba. Keterlibatan didalam hutang yang banyak meski pun kepada orang yang berpendapatan lumayan, namun ia adalah beban yang sering menyakitkan hidup manusia didunia. Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud “Jauhilah hutang, kerana ia menyebabkan kamu malu disiang hari dan menderita di malam hari”.
Sebaiknya contohi kesederhanaan Nabi SAW dalam urusan pembinaan rumah. Demikian juga pada Khulafa ar-Rasyidin meskipun mereka merupakan ketua keluarga, namun mereka mengharapkan kemewahan yang abadi di akhirat kelak.
No comments:
Post a Comment