Fadilat ‘qiamullail’ sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah SWT:
Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik; (Al-Baqarah 2:26)
Ayat ini menyatakan tentang manusia yang sanggup merenggangkan lambungnya dari tempat tidur dan bangun berdoa mohon dijauhkan perkara yang menakutkan iaitu neraka Jahim yang amat mengazabkan. Ayat tersebut juga menimbulkan harapan agar Allah SWT kurniakan syurga tiada manusia yang tidak menghendaki syurga. Ini kerana dua perkara itu manusia sanggup bangun malah lantaran takutkan neraka Allah SWT dan berharap mendapat syurga Nya.
Allah SWT memuji hambanya melalui ayat tersebut kerana bukan saja mereka bangun malam untuk qiamullail malah kerana memiliki sifat pemurah sanggup membelanja sebahagian hartanya yang direzekikan Tuhan dinafkahkan kepada pihak lain yang memerlukan. Ertinya orang yang mendapat ujian Allah SWT itu bukan saja rajin bangun untuk solat malam tetapi juga orang yang pemurah terhadap kesanggupan membelanjakan sebahagian daripada harta milikinya.
Mereka dipuji lantaran anggota tubuhnya dipersembahkan untuk Allah SWT melalui solat malam dengan meninggalkan tidur ketika tubuh perlukan tidur dengan cukup dan harta miliknya sedia dikongsi orang lain yang memerlukannya. Sesungguhnya qiamullail itu adalah sebahagian daripada wirid orang mukmin mempunyai kesedaran Islam, menunjukkan bukan sekadar membaca kalimah zikir saja baru dikatakan wirid.
Amalan seperti solat malam atau solat sunat pada siang hari juga tergolong sebagai wirid. Tetapi kefahaman umum kini hanya yang disebut seperti Subhanallah sahaja dikatakan wirid pendapat dangkal akibat daripada kelemahannya dalam pengetahuan Islam. Dalam Islam sewajarnya melakukan perkara seperti qiamullail itu perkara yang tidak wujud dalam ajaran selain daripada Islam.
Umpamanya orang yang tolak perjuangan Islam, diganti dengan dasar kebangsaan dan fahaman-fahaman lain ciptaan manusia. Tetapi anehnya dalam ceramahnya diselitkan dengan nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Jika dasar perjuangan selain Islam maka apakah perlunya menyebut ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW carilah hujah sendiri untuk membuktikan kebenaran dasar fahaman perjuangannya. Boleh jadi mereka tidak sedar atau mempunyai tujuan tertentu bagi mempengaruhi orang ramai. Tidak wajar meminjam ayat al-Quran dan hadis untuk tujuan selain Islam.
Ibarat bina rumah di atas tanah orang lain bahan seperti besi, pasir, simen dan tenaga buruh kepunyaan orang lain tetapi dia mengaku sebagai miliknya. Inilah projek yang pelik. Antara wirid yang disukai Allah SWT ialah qiamullail. Solat walaupun rukunnya 13 seperti qiam, rukuk, sujud dan sebagainya tidak timbul kecuali ‘qiamullail’ dan tidak pula rukun rukuk seperti ‘rukuk’ullail’ atau ‘sujudul lail’.
Dalam ibadah solat rukun qiam dianggap paling utama kerana rukun tersebut perlu masa panjang di banding rukun yang lain. Rukuk tidak begitu memenatkan kerana kedua-dua belah tangannya menongkat ke lutut. Begitu juga sujud yang dibantu dengan tujuh anggota sujud merupakan rukun yang dianggap rehat. Hanya dalam ‘qiam’ diberi peluang untuk membaca ayat-ayat al-Quran sedangkan dalam rukuk dan sujud serta rukun-rukun lain tidak diberi peluang untuk membaca ayat-ayat al-Quran kecuali hanya tasbih doa-doa.
Rukun qiam dibesarkan oleh syarak hingga menjadi nama pada solat malam sebagai ‘qiamullail’, justeru solat terawih juga disebut oleh Nabi SAW sebagai ‘Qoma Ramadan’. Ayat al-Quran berikutnya juga menegaskan mengenai orang mengerjakan qiamullail:
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.(Az-Zumar 39:9)
Inilah pendidikan al-Quran kepada manusia dengan cara melontarkan soalan adakah golongan musyrik lebih beruntung atau orang bangun beribadah waktu malam dengan sujud dan berdiri serta berharap rahmat daripada Allah SWT?
Persoalan yang begitu jelas dan sangat mudah untuk dijawab dengan lidah tetapi sukar tetapi sukar dijawab dengan tindakan dan amalan. Hanya mampu dijawab oleh orang yang ikhlas beramal malukan ‘qiamullail’ kerana Allah SWT. Firman Allah SWT lagi:
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (Al-Furqaan 25:63)
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (Al-Furqaan 25:64)
Antara sifat insan yang dapat sanjungan Allah SWT ialah ketika mereka berjalan di muka bumi dalam keadaan merendah diri apabila orang jahil menyapa mereka menjawabnya dengan bahasa yang sopan. Mereka melalui situasi malam, bangun untuk mendiri solat malam dan sujud kepada Allah SWT. Golongan seperti itu memiliki kelayakan untuk mendamba rahmatnya.
No comments:
Post a Comment