Wednesday, 30 October 2019

SYARAT KEAMPUNAN ALLAH SWT DAN TINDAKAN

Related image
Ada pendapat bahawa mengingati akhirat dan takut neraka itu akan merencatkan kemajuan dan pembangunan. Tetapi al-Quran menasihati supaya sentiasa mengingati akhirat dan takut azab neraka. Kesannya akan timbul rasa takut yang mendalam untuk melakukan dosa dan mengingkari kewajipan mentaati Allah SWT. Kepada orang yang beriman memanglah tidak ragu bahawa sumber utama nasihat ialah Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Allah SWT apabila beri nasihat akan menasihati bersungguh dengan perkara yang terang dan jelas “Qaulul Haq”. Sejauh mana makrifat terhadap Allah SWT jika makrifat sempurna maka sebanyak itulah rasa gerun kepada Allah SWT menguasai dirinya. Justeru menimbulkan rasa cemas itu fungsi dan peranan ayat-ayat al-Quran. Nabi Muhammad SAW mula bertugas sebagai seorang Nabi ketika menerima arahan dengan firman Nya yang bermaksud: 
A214
Dan berilah peringatan kepada kaum kerabat mu yang terdekat.” (Surah Asy-Syu’ara ayat 214).
Dengan arahan Allah SWT itu, Nabi SAW lantas kerah seluruh keluarga Bani Hasyim, Bani Abdul Mutalib, Bani Manaf dan lain-lain lagi ke bukit Shofa. Setelah Nabi SAW memperkenalkan diri (ta’arruf) dan bertanya sesuatu kepada mereka tentang dirinya hingga seluruh kaum terbesar itu mempercayai bahawa Muhammad seorang amat dipercayai. Mereka akui bahawa Muhammad bin Abdullah seorang yang tidak pernah bercakap dusta, lantas mereka menggelarnya sebagai “Al-Amin” paling amanah dan dipercayai.
Setelah diyakini suasana amat baik dan sesuai untuk menyesuai untuk menyampaikan mesej dakwahnya barulah Nabi SAW menyatakan suatu yang menggetarkan jiwa dengan sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya aku adalah pemberi khabar yang menggerunkan kepada kamu semua bahawa di hadapan kita ada azab (neraka) yang pedih.” Abu Lahab terlalu marah terhadap kenyataan Nabi SAW tetapi situasi ceramah agama diajar timbulkan rasa gerun terhadap ancaman neraka Allah SWT.
Meskipun syurga disebut di dalam al-Quran tetapi ucapan yang menggerunkan wajar melebihi dalam dakwah Islam. Justeru berita gembira tidaklah terlalu menarik perhatian kerana dalam kehidupan ketika manusia bergembira dengan pelbagai nikmat duniawi. Dalam situasi bergembira itu didatangkan secara mengejut ancaman yang menggerunkan supaya menyedarkan manusia daripada kelalaiannya. Meskipun situasi gerun lebih banyak dalam al-Quran berbanding suasana gembira. Namun didapat banyak ayat yang menyatakan bahawa Allah SWT sentiasa kasihan belas “Ar Rahman Ar Rahim” serta suka ampuni dosa manusia.
Walaupun Allah SWT itu bersifat Kasihan Belas umumnya bersyarat dengan syarat yang ditetapkan. Syarat-syarat itu sepatutnya diperhatikan apabila menerung syarat yang ditetapkan akan timbul rasa sebak di dada. Manusia suka pemberian rahmat secara percuma tanpa syarat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:


A082
 “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal salih, kemudian tetap di jalan yang benar.” (Surah Taha ayat 82).
Memang Allah SWT itu Maha pengampun tetapi kepada mereka yang punya dan memenuhi empat syarat:
Syarat Pertama ialah mereka yang bertaubat. Syarat kedua ialah mereka yang beriman. Syarat ketiga bagi mereka yang beramal salih. Syarat keempat ialah bagi mereka yang kekal di jalan yang benar iaitu dengan petunjuk Allah SWT. 

Bertaubat yang bererti undur semula ke jalan Allah SWT setelah melakukan dosa dengan penyesalan yang mendalam dan berazam tidak melakukan maksiat semula. Setelah beriman dengan Allah SWT dengan penuh yakin bahawa apa yang telah dilakukan sememangnya bercanggah dengan syariat Islam.
Yakin jika sebelum sempat bertaubat sudah menemui ajal maka yakinlah bahawa diri akan menjadi bahan bakar api neraka. Yakin bukan sekadar di hati sahaja tetapi diiringi ikrar dengan lidah serta dibuktikan dengan amal perbuatan sebagai bukti keyakinan tersebut. Setelah bertaubat dan beriman dengan keyakinan juga dikehendaki menutup segala kejahatan dengan mengerjakan amal salih.

Jika ambil harta orang dengan jalan yang batal (salah) maka amal salih nya ialah kembalikan semula harta tersebut kepada pemiliknya. Jika mengumpat seseorang maka amal salih nya ialah berjumpa semula dan mohon maaf segala umpatan yang telah dilakukan. 

Setelah itu hendaklah ikuti jalan yang lurus iaitu jalan yang berlandaskan akidah dan syariat Islam terus menerus sehingga akhir hayat (istiqamah). Tidaklah dinamakan bertaubat pada waktu pagi tetapi sebelah petangnya kembali semula melakukan dosa.
Dengan membukti dan melaksanakan empat syarat itu barulah seseorang layak mengharapkan rahmat dan keampunan yang dijanjikan Allah SWT. Jika tidak nescaya bagai mengharap sesuatu yang tidak kunjung tiba. Di samping lakukan untuk dirinya mereka punyai tanggungjawab untuk umat manusia yang lain. Jika tidak dilakukan mereka jadi manusia paling rugi sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:


A001
Demi masa . 


A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,


A003
 kecualian orang yang beriman dan mengerjakan amal yang salih serta nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kebenaran.” 
(Surah Al-‘Ashr 1 hingga 3)

No comments: