Kita semua ingin keluarga bahagia. Tanpa rahmat Allah, sukar untuk membina keluarga bahagia. Tanggungjawab keluarga besar.
Dengan rahmatMu kurniakanlah pasangan yang terbaik. Untuk mendapat jodoh yang terbaik, kita mesti baiki diri kita menjadi lebih baik. Jodoh merupakan peluang manusia ikhtiar. Islam telah memberi panduan untuk memilih calon. Harapan kepada pasangan adalah untuk membantu diri menjadi lebih baik ibadah dan akhlaknya. Perjalanan akhirat sangat panjang. Keputusan pilih calon biarlah yang manfaat sebab manusia akan dibangkitkan oleh Allah. Bangkit untuk jawab amanah dan tanggungjawab.
Dengan rahmat Allah SWT juga, banyakkan berdoa agar tidak berjumpa calon yang menurunkan iman dan merosakan akhlak kita serta yang suka mempermainkan perasaan. Perbuatan seperti ini amat mengecewakan dan menyedihkan hidup. Emosi terganggu. Doa banyak-banyak semoga Allah SWT memandu jiwa kita ini.
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".(Al-Kahfi 18:10)
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".(Al-A'raaf 7:151)
Ketua keluarga yang faham akan memastikan membawa balik rezeki halal. Dunia hari ini kita hadapi
ujian rezeki syubhah. Banyakkan berdoa seperti di bawah
Keluarga bahagia bukanlah sekumpulan orang dewasa dan kanak-kanak yang
berkumpul dan tinggal di dalam satu rumah semata-mata. Keluarga terjalin
daripada ikatan kasih sayang yang suci dan anak-anak adalah amanah dari Tuhan. Membina
keluarga umpama membina sebuah rumah. Jika asasnya kuat, maka kukuhlah rumah
tersebut. Begitu juga sebaliknya.
No comments:
Post a Comment