Thursday 8 September 2016

UTAMAKAN DETIK AFDAL BERDOA


Oleh kerana berdoa mohon sesuatu daripada Allah SWT itu adalah ibadat, maka ia mempunyai adab tertebtu bagi menunjukkan kesopanan akhlak yang mulia kepada Tuhan Yang Maha Mulia. Adab tatasusila berdoa itu ada 10 perkara. Pertama, meskinpun boleh berdoa setiap waktu sepanjang hari namun tidak abai mencari saat yang mulia menurut pandangan Islam. Sebagaimana kegiatan harian seperti makan minum, tidur baring ada waktunya yang baik dan sesuatu. Apatah lagi berdoa kepada Allah SWT ada beberapa ketika Tuhan anjurkan sebagai detik yang baik untu mendapat kemustajaban dan keberkatanNya.

Misaknya sekali setahun ialah 'Hari Arafah' pada sembilan Zulhijah pada hari para hujjaj berhimpun di padang Arafah melengkapkan haji. Sama ada pada hujjaj atau oang yang tidak terlibat dengan ibadah haji sekalipun digalakkan seboleh-bolehnya berdoa kepada Allah SWT pada hari kemuncak ibdah haji itu. 

Sebagai orang mukminun berwaspada menunggu detik yang mulia itu. Semoga Allah SWT akan dikurnikakan saat mustajab jika bersua dengan Hari Arafah yang mulia itu. Mudah-mudahan boleh beramal lebih baik pada Hari Arafah yang telah llu. Hidup sebagai orang Islam diajar supaya semakin meningkat usia kian bertambah amal ibadahnya. Saat yang paling baik pada Hari Arafah itu ialah ketika matahari tegak di atas kepada sebelum menjelang. Zuhur. Seolah-olah kepala kita setentang dengan pintu langit mengharapkan rahmat Allah SWT.

Apabila sebut langit tidak bererti Tuhan itu bertempat, sebaliknya langit itu adalah tempat yang tinggi sekadar menggambarkan kemuliaan Tuhan Yang Maha Tinggi.Untuk bulanan pula ialah sepanjang bulan Ramadan bulan diwajibkan ibdat puasa bagi mingguan pula ialah pada hari jumaat. Bagi harian pula ialah pada hujung malam ketika waktu sahur sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan diakhir-akhir malam mereka mohon ampun (kepada Allah)."(surah Az-Zariat ayat 18).

Pada penghujung malam mereka bangun berdoa sama ada berdoa dengan doa semata-mata atau mendirikan solat yang bererti doa juga. Satu antara makna solat ialah doa kerana dalam solat itu cukup lengkap. Ada takbir, tahlil, tahmid, taqdis, tasbih dan semua perkara yang tergolong ibadat terhimpun dalam solat. Bagi mereka yang bagun hendak sahur pada bulan Ramadan atau sahur puasa sunat, dia berwuduk dan mendirikan solat tahjud juga witir dan sebagainya.

Yang kedua termasuk dalam adab berdoa ialah rebut peluang pada ketika yang mulia seperti ketika pasukan tentera Islam bergerak menuju medan perang menentang musuh. Sebelum berlaku peperangan mereka telah berusaha sedaya upaya agar peperangan dapat dielakkan. Apabila terpaksa hadapi peperangan tentera Islam tidak hanya bergantung dengan kecanggihan senjata kerana senjata bagi Islam ada dua jenis satu senjata lahir yang dimilikinya dan kedua ialah senjata doa. Bagi tentera Islam apabila berada di medan perang tidak seorang pun yang lupa pada Allah SWT ketika mereka ingat pada Tuhan maka ketika itu masa yang paling baik dan afdal.

Untuk mereka mendapat perhatian daripada Allah SWT rebutlah peluang untuk berdoa bagi mendapat bantuan atau keredaanNya. Peperangan pada zaman mutakhir ini ada perang menggunakan senjata tetapi ada pula peperangan bentuk politik. Kedua-dua jenis peperangan itu mempunyai tujuan yang sama dari segi mencapai kemenangan. Saat manusia berduyun ke medan pertempuran berdasarkan keunggulan akidah ke medan perang untuk membaa kembali semula suasana dan kerajaan Islam ke dalam negara. Ketika berada di medan hendaklah tidak lupa menggunakan senjata doa kepada Alllah SWT supaya kemenangan dan keselamatan akan dianugerahi Tuhan.

Ketika berada di medan hendaklah tidak lupa menggunakan senjata doa kepada Allah SWT supaya kemenangan dan keselamatan akan dianugerahi Tuhan. Seterusnya dikira saat yang baik juga ialah ketika hujan turun, menurut Islam ketika itu rahmat Allah SWT turun bersama turunya hujan dari langit. Nabi SAW ketika melihat mendung segeraberdoa di antara doanya ialah doa yang bermaksud: "Wahai Tuhan, aku mohn kebaikan yang ada di dalam awam mendung itu, aku mengkehendaki hanya yang baik terkandung di dalamnya. Bukan perkara buruk di sebaliknya seperti ribu tofan puting beliung yang memusnahkan." " Aku mohon air untuk menyuburkan bumi supaya tumbuhan jadi subur mendatangkan rezeki, bukannya air membawa banjir yang menjadi bencana kepada harta benda dan jiwa."

Bukan sekadar doa yang bersangkut dengan hujan sajaha tetapi termasuk doa selainnya seperti mohon diampun dosa dan pahala bertambah, kesihaatan diri dan keluarga. Juga mohon dikurnikakan anak yang salih serta apa yang saja yang baik. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh agar dimustajabkan oleh Allah SWT. Termasuk juga masuk yang baik untuk seseorang berdoa ialah ketika muazzin melaungkan iqamah, ia boleh menambahkan khusyuk dalam solat. Sejak iqamah lagi ingatannya sudah tertumpu kepada Allah SWT, ingatan itu akan terbawa ke dalam solat yang boleh menghindar daripada kelalaian.

Jika semasa muazzin iqamah dia masih lalai tidak berdoa, bererti apabila mendirikan solat dia tidak mempunyai persiapan untuk khusyuk. Apatah lagi jika dia baru tiba dari tempat umum seperti pasar dan sebagainya segala kekalutan dan hiruk pikuk tempat awam itu masih terbaw dalam fikirannya.

No comments: