Nuftah atau air mani jika dilihat dengan mikroskop terdapat berjuta-juta baka manusia yang bergerak aktif. Berenang melalui saluran falop mendekati dan bercantum dengan telur wanita. Pertemuan luar biasa dalam rahim itu sebagai permulaan kejadian insan. Jika ditakdirkan tiada izin Allah SWT persenyawaan baka lelaki dan telur wanita itu menjadi makhluk. Maka telur wanita akan bertukar jadi darah haid yang menjadi kitaran bulanan selagi tidak hamil. Penemuan baru dalam dunia sains perubatan menyebabkan manusia semakin rapat dengan Allah SWT.
Ahli sains dan doktor berkaitan yang mempunyai asas ilmu agama akan menggeleng kepala kerana mengagumi dan menyedari kebijaksanaan Allah SWT Yang Maha Pencipta. Sebaliknya jika para saintis dan doktor tidak mempunyai asas agama mereka akan merasa dirinya bagaikan tuhan kerana boleh buat apa saja yang luar biasa melalui kepakaran. Bukan saja daripada nutfah yang mengandungi baka terlalu seni akan menjadi pelbagai jenis anggota tubuh insan.
Dari air yang hina itu juga terbentuk sifat-sifat yang terpuji (mahmudah) seperti berani, pemurah, simpati kepada penderitaan seseorang. Juga sifat sebaliknya iaitu sifat-sifat tercela (mazmumah) seperti takabbur, dusta, jahil dan suka berbalah dengan orang lain dan sebagainya. Daripada mani juga akan lahir anak yang menyalin iras wajah ibu bapanya. Malah mengikut kejadian pakar bahawa kemungkinan menyalin perangai ibu bapanya hingga ke peringkat datuk keturunan yang ketujuh. Sayangnya terdapat manusia yang tidak bersyukur atas kejadian dirinya yang telah diciptakan oleh Allah SWT malah jadi penentang sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan apakah manusia tidak memerhatikan bahawa Kami menciptakan dia daripada setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata!” (Surah Yasin ayat 77)
Jika manusia sedar bahawa dirinya dicipta daripada air mani yang hina sepatutnya dia bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kuasanya manusia boleh hidup di dunia ini. Boleh mengenali Allah SWT Maha Pencipta serta boleh mengecap nikmat kesegaran air dan aneka makanan dan pelbagai nikmat. Yang penting ialah nikmat ilmu, iman dan Islam. Wujud dirinya bukan semata disebabkan ibu dan ayahnya kerana ada ketika ibu mandul seorang daripada orang tuanya mandul pun tidak memungkinkan dirinya wujud. Lantaran Allah SWT takdirkan ibu bapanya subur tidak mandul dapatlah dirinya lahir ke dunia ini untuk menikmati segala-galanya.
Sepatutnya manusia memerhati keajaiban yang berlaku di muka dunia ini, hampir semua kejadian di dunia ajaib ini termasuk kejadian dirinya yang unik. Cuba perhatikan buah ciku semasa putiknya sungguh kelat tiada yang lau memakannya. Daripada putik yang kelat itu setelah melalui proses seterusnya setelah cukup tua dan ranum akan bertukar menjadi amat manis. Renungkanlah ke mana perginya rasa kelat semasa buah ciku putik itu daripada mana pula rasa manis yang menggantikan kelat setelah ia masak ranum?
Banyak lagi contoh yang boleh dinyatakan semuanya ganjil dan penuh rahsia jika direnung dengan teliti dan mendalam. Malah kejadian makhluk pertama iaitu Adam a.s daripada tanah, diikuti kejadian keturunannya daripada nutfah (air mani) adalah terlalu ajaib jika dikaji dengan terperinci. Oleh sebab segala-galanya berlaku setiap hari di depan mata lantas tidak terasa pelik, tetapi jika di fikir dengan cermat tiada benda yang wujud di dunia tiada benda yang wujud di dunia yang tidak ganjil. Semuanya ciptaan Allah SWT paling sempurna. Manusia hanya melihat kejadian yang wujud di depan mata, sepatutnya hati dan fikiran merenung perkara yang disebaliknya iaitu Penciptanya ialah Allah SWT.
Insha’Allah hingga ke hari kiamat dalil tersebut amat penting kepada manusia untuk mengenali ke ajaibNya. Jika manusia hidup sekadar memenuhi kemahuan nalurinya maka tidak akan bertemu hakikat sebenar. Sebaliknya jika dia sedar bahawa tugas hidup amat mustahak ketika itu dia akan menggunakan pemikirannya untuk bertemu dengan Allah SWT. Dalam al-Quran selain menceritakan kejadian alam serta hukum dan syariat untuk jadi landasan hidup manusia.
Terdapat juga kisah sejarah manusia yang baik-baik juga sejarah manusia yang sangat jahat seperti Firaun dan selainnya. Orang yang baik-baik bakal menghuni syurga ialah para nabi a.s wassalam. Siddikin iaitu golongan yang menerima dan membenarkan apa jua yang disabdakan oleh Nabi SAW. Jika para syuhada golongan yang gugur di medan jihad, melawan musuh Allah dan Islam. Solihin iaitu golongan ang meneruskan kerja dan perjuangan para nabi a.s.
Adapun ehwal para nabi dibangkitkan lantas didustai oleh kaumnya pernah serang dan dipukul oleh penentangnya malah sebahagian mereka ada yang dibunuh. Kemudian didapati mereka ditolong oleh Allah SWT di penghujung hayatnya. Fahamlah bahawa segala-galanya dengan kudrat dan iradat Allah SWT untuk menolong kebenaran yang dibawanya. Sungguh menyayat hati apabila membaca sejarah para nabi a.s, para nabi yang berdakwah tidak semuanya diterima oleh kaumnya
No comments:
Post a Comment