Monday 1 March 2021

SIAPA SOLEH DAPAT SOLEHAH



…Cinta yang dicari adalah BAIK, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah LEBIH BAIK.

Sukar betul untuk mencari calon isteri yang solehah. Agaknya, sesukar mencari gagak putih di tengah gerombolan gagak hitam. Memang sudah jadi hukum dunia (sunnatulllah), sesuatu yang berharga itu pasti susah mendapatkannya. Sebab itulah agaknya, ramai bujang yang tidak kahwin-kahwin lagi. Mereka berpegang kepada prinsip, biar usia terlebih, jangan tersalah pilih.

25 Doa Untuk Suami | Koleksi Doa-Doa Amalan Untuk Lelaki TercintaAlasan ini tentulah bagi mereka yang punya fikrah Islamiah (committed dengan Islam), tapi bagi yang tidak…kahwin lambat ada kemungkinan disebabkan hendak ‘enjoy-enjoy’ dulu. “Tumpang masih bujang, tiada siapa larang”. Demikian senikata sebuah lagu lama… Buat manusia ‘species’ ini, elok juga tidak kahwin, kerana jika mereka berkahwin dengan sikap dan fikiran semacam itu, mereka hanya akan merosakkan isteri dan keluarga mereka nanti. Percayalah, momentum kejahatan yang dibuat semasa bujang selalunya akan berterusan sehingga berkahwin. Kata Imam Ghazali, “Bukan mudah mencabut pohon kejahatan jika akarnya sudah mencengkam.”
Kita yang “Islamik” kekadang terperangkap dalam dilemma. Mencari jodoh yang sesuai, tidak semudah menekan butang “handphone” untuk menghantar SMS memilih penyanyi pilihan Akademik Fantasia. Hanya soleh mengenal solehah. Jangan harap mengenal manikam jika kita bukan jauharinya!.

Terlalu banyak kriteria solehah yang menjadi penanda aras. Secara ‘simple’nya, ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang wanita itu mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, solat, pandai mengaji, rajin berpuasa sunat dan lain-lain. Jika demikian, mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat semacam itu. Itu baru di sudut lahiriah. Yang lebih sukar ialah ‘menilai’ batiniahnya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hati. Yang menutup aurat pun belum tentu solehah. “Kulit’ baik, belum tentu isinya baik. (Walaupun sudah tentu jika kulit buruk, isinya tentu buruk kerana klit melindungi isi.)

Tapi walau sesukar mana pun masih ramai mengidamkan isteri yang solehah. Caranya cukup mudah. Tidak payah susah-susah hendak diukur, ditelek, nilai dan kaji itu dan ini. Tidak payah ‘meneropong’ iman dan taqwa didalam dada orang lain. Caranya ialah: Jadikanlah diri kita dahulu calon suami yang soleh!.

Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami soleh, kemudian bina semua ciri itu di dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal dalaman… muhasabah iman dan taqwa kita sendiri. Bisikkan ke hati, apakah aku telah soleh atau sedang berusaha menjadi soleh?

Walaupun mencari jodoh adalah usaha ikhtiar manusia, tetapi Allah juga telah menentukan bahawa lelaki yang soleh adalah untuk wanita yang solehah dan begitulah sebaliknya. Sebab itu, jadikanlah lelaki soleh, nanti Allah akan temukan kita dengan wanita yang solehah. Insyallah itulah yang kita harapkan. Tegasnya, usaha sebaik tadbir, kemudian tunggulah sebaik-baik takdir. Allah berfirman:

A024
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Haramnya segala yang tersebut itu) ialah suatu ketetapan hukum Allah (yang diwajibkan) atas kamu. Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu, untuk kamu mencari (isteri) dengan harta kamu secara bernikah, bukan secara berzina. Kemudian mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya (setelah ia menjadi isteri kamu), maka berikanlah kepada mereka maskahwinnya (dengan sempurna), sebagai suatu ketetapan (yang diwajibkan oleh Allah). Dan tiadalah kamu berdosa mengenai sesuatu persetujuan yang telah dicapai bersama oleh kamu (suami isteri), sesudah ditetapkan maskahwin itu (tentang cara dan kadar pembayarannya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa' 4:24)

A026
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur 24:26

Namun, usaha menjadikan diri sendiri soleh (atau solehah bagi wanita) tidaklah menafikan ikhtiar mencari jodoh dengan cara yang makruf dan beradab. Boleh bertanyakan berwakilkan ibubapa, merisik khabar menerusi kawan-kawan dan lain-lain saluran contohnya Baitulmuslim.com yang dibenarkan syariat. Cuma, yang paling penting utamakan diri kita menjadi soleh/solehah terlebih dahulu.

*AMARAN. Hati-hati mencari pasangan melalui apps seperti we chat, mi chat, tinder (lagi kena berhati kerana penipuan dan tawaran seks percuma) dan sebagainya

No comments: