Tuesday, 4 February 2020

DI SEBALIK RAHSIA CIPTAAN ALLAH SWT


Membaca Al-Quran perhatilah nama-nama Allah SWT dan sifat-sifatNya supaya segala rahsia Allah SWT yang terlindung akan terbuka jelas. Sejak daripada Nabi SAW hingga kepada para sahabatnya adalah orang yang bertkwa kepada Allah SWT. Mereka tidak merasa takut atau gentar serta tidak sayang pada harta benda serta tubuh badan kerana mereka kenal Tuhan melalui sifat-sifatNya. Adapun mengenali Allah SWT melalui perbuatan pula bererti mencipta langit dan bumi antara kedua-duanya diciptaNya bertrillion bintang yang terapung di angkasa raya. Antara bintang-bintang yang banyak itu tidak berlaku bertembungan walaupun bersimpang siur di ruang angkasa.

Meskipun planet bintang itu kelihatan itu kelihatan kecil pada pandangan mata kasar hakikatnya menurut ilmu astronomi amat besar hingga berbillion kilometer garis puatnya. Bertrilion planet yang terapung di ruang angkasa tidak jatuh dan tidak bertembung sesamanya kerana ada garisan tertentu menyebabkan edaranya tetap stabil. Sebagaimana yang ditegaskan firman Allah SWT yang bermaksud: 

A033
"Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing daripada keduanya itu beredar di dalam garis edarannya." (Surah Al-Anbiya ayat 33)

Jika manusia berfikir tentang kejadian itu mereka pasti mengeluh panjang kerana teringat akan kekuasaan Allah SWT sebagai penciptanya. Allah SWT benar-benarnya Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Pencipta yang wajib diimani sepenuh keyakinan an dipatuhi hukum dan suruhanNya. Justeru walau sebijak mana pun manusia tanpa membaca dan mendengar majlis ilmu, minda bijak tetapi tidak pandai untuk aktif menambah kebijaksanaannya. Sesetengah kanak-kanak yang cerdik tetapi oleh sebab tidak mengaji dan belajar akhirnya jahil juga terselah kebijaksanaan apabila mengaji berbanding budak lain. Walau sebijak mana pun jika tidak mempelajari al-Quran akan jahil juga akhirnya. 
Ibarat penjenayah yang menyelinap dan gagal dikesan oleh pasukan keamanan, mereka merupakan golongan yang bijak dan cerdik.

Oleh kerana kecerdikannya digunakan untuk melakukan jenayah makan mereka tergolong manusia jahil juga. Mensia-siakan kecerdikan bererti membahayakan dirinya tidak tenteram lantaran jadi individu buruan pasukan keselaamtan. Menempah azab di akhirat sebagai balasan Allah SWT atas jenayah yang dilakukan. Tidak baca dan mempelajari al-Quran serta tidak memahami isinya menyebabkan tidak mengenali Tuhannya. Menjadi mereka golongan derhaka kepada Allah SWT. Justeru itu Nab SAW menyatakan bahawa manusia di muka bumi ini terbahagi kepada empat golongan sahaja.


Pertama orang alim (kun ‘aliman), kedua orang yang belajar (muta’alliman), ketiga orang yang mendengar pengajian (mustami’an), keempat ialah selain daripada tiga golongan. Orang yang kenal Tuhan mereka akan lihatNya dari setiap benda. Melihat dengan mata hati berdasarkan ilmu. Oleh itu apabila melihat ciptaan Tuhan jangan hanya melihat ciptaan sahaja sebaliknya lihatlah Penciptanya iaitu Allah SWT. Apabila melihat kesan Penciptaan Allah SWT seperti langit dan bumi serta segala tumbuh-tumbuhan termasuk dirinya sendiri sebagai kesan daripada Ciptaan Allah SWT. Lihatlah betapa bijaknya Allah SWT mencipta manusia daripada setitis mani. Daripada air yang hina terciptalah manusia yang boleh berfikir dan bertutur mendengar serta melihat dan bertindak mengikut kepintaran otaknya. Sedangkan asal kejadian manusia dicipta Allah SWT daripada tanah bermula daripada Adam as dan keturunannya.
Apa jua benda yang dilihat atau yang didengar dan lazat yang dikecap, mendorong memikir sesuatu di sebalik semua itu Penciptanya yang bernama Allah SWT. Apabila orang yang bijak memikir dan membuat sesuatu ia merasa dirinya tidak bijak. Tetapi bersyukur atas kebijaksanaan yang di kurnia oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Bijaksana, Dialah yang mengurniakan otak sebagai minda yang berfungsi, membolehkan merakam ilmu yang berpeluang untuk lebih dekat mengenali dan menyayangi Allah SWT.
Tuhan telah mengemukakan beberapa pertanyaan serta menerangkan proses kejadian manusia seperti firmanya yang bermaksud: 
A058
Maka terangkan lah kepada Ku tentang nutfah (sperma) yang kamu pancarkan. (Surah Al-Waqiah ayat 58)
A059
Kamu kah yang menciptanya  atau Kami kah yang menciptanya?” (Surah Al-Waqiah ayat 59?)
Pertanyaan Allah SWT berikutnya melalui firmanya yang bermaksud:
A063
 “Maka terangkan lah kepada Ku tentang kamu tanam. (Surah Al-Waqiah ayat 63)

A064
Kamu kah yang menumbuhkannya atau kah Kami yang menumbuhkannya?” (Surah Al-Waqiah ayat  64).
Allah SWT bertanya lagi melalui firmanya yang bermaksud:
A068
Maka terangkan lah kepada Ku tentang air yang kamu minum.(Surah Al-Waqiah ayat 68)

A069
Kamu kah yang menurunkannya dari awam atau kah Kami yang menurunkannya?” (Surah Al-Waqiah ayat 69)
Juga ayat yang bermaksud:
A071
“Maka terangkan kepada Ku tentang api yang kamu nyalakan (gosok gosokkan kayu). (surah Al-Waqiah ayat 71)

A072
Kamu kah yang menjadikannya?” (surah Al-Waqiah ayat 72)
Semua pertanyaan yang terhimpun dalam surah Al-Waqiah itu perlu dijawab oleh orang Islam yang berilmu.


 


No comments: