Monday, 3 February 2020

AYAT- AYAT CINTA SENTAP


Berkawan bio beribu...
bercinta sampai empat...
yang spesel tuh satu...
yang lain tu spare part....

angin bertiup menderu-deru
terasa dingin bila menyapa
apalah daya apalah nasibku
menumpang kasih pada yang berpunya

Yang Lalu Telah Tiada
Yang Kini Adalah Realiti
Yang Pergi Takkan Kembali
Yang Bakal Tiba Tiada Siapa Menduga

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.

Cantik tidak semestinya sudah dimiliki.

Kalau betul kita suka seseorang dan ada niat untuk bernikah dengannya, maka perkara pertama ialah bawa berbincang. Janganlah di ajak untuk couple dulu. Pergi jumpa parents dia. Ada berani?

Bukan mudah untuk mengistiharkan perasaan cinta. Banyak kekuatan yang perlu dikumpul.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya.

Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.

Bagi lelaki untuk mendapat keseronokan, mereka berkawan dengan sesiapa saja dengan wanita. Namun, untuk menjadikan teman hidup kaum lelaki tetap memilih wanita baik, bersopan santun, berakhlak mulia dan pandai menjaga kerhormatan diri.


Seorang wanita, jika gagal menjadi muslimah yang berakhlak baik dan bermoral baik, kerana akhlak itu benihnya dari aqidah,padahnya juga akan dikembalikan kepada lelaki.

Jangan menagih cinta makhluk sampai kita derita dan sakit hati dibuatnya. Merajuk pada yang kasih, merayu pada yang sudi… Siapa lagi yang terus kasih dan sudi mencintai kita kecuali Allah.


Pilihlah jodoh dengan dua cara. Pertama, jadilah orang yang baik. Insya-Allah, kita akan mendapat jodoh yang baik. Kedua, ikutlah pilihan orang yang baik. Orang yang baik akan memilih yang baik untuk jadi pasangan hidup kita.”

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim. Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Kecantikan dan ketampanan adalah tiket kebahagiaan tetapi tiket itu tidak valid sepanjang zaman

Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya

Makin dikejar, makin hampir senja.

Carilah pasangan yg cantik, sesunguhnya bila marah masih ada manisnya.








No comments: