Tuesday, 10 March 2020

FADILAT AZAN DAN IQAMAT


Saksi mempunyai peranan penting dalam setiap perbicaraan sama ada mahkamah di dunia lebih-lebih lagi mahkamah akhirat. Selain merujuk kepada rekod yang telah disediakan keterangan diambil kira untuk keputusan perbicaraan yang adil. Sebelum seseorang dimasukkan ke syurga atau neraka tidak kira sama ada mereka bertaraf raja atau manusia biasa  semuanya tidak terkecuali dari menghadapi mahkamah Qadhi Rabbul Jalil di mana Allah SWT sendiri menjadi hakimnya di akhirat kelak. Menghadapi hari perbicaraan yang besar itu, apa menjadi pengagungan manusia untuk melepasi perbicaraan itu selain mengharapkan pahala amal yang salih maka peranan saksi menjadi sandaran terakhir.
Untuk mendapat seberapa ramai saksi khususnya untuk perbicaraan di mahkamah akhirat kelak di antaranya adalah dengan melaungkan azan setiap kali hendak menunaikan solat fardu. Berdasarkan sabda Nabi SAW bahawa setiap yang mendengar seruan azan akan menjadi saksi di mahkamah akhirat.
Memukul beduk untuk memanggil orang ramai menunaikan solat fardu berjemaah tindakan itu tidak akan menjadi saksi kerana ia tiada tersenarai dalam sunah Nabi SAW malah ia dianggap bidaah. Seruan azan dimulai dengan laungan ‘Allahu  Akbar’ kalimah paling agung yang membawa maksud hanya Allah Maha Besar selainnya kecil dan kerdil belaka. Di ikuti pula dengan dua kalimah syahadat kalimah yang mengukuhkan keyakinan orang yang beriman terhadap Allah SWT dan juga terhadap RasulNya Muhammad SAW.
Kalimah syahadatain itu menjadikan seseorang sanggup menjadi saksi di hadapan Allah SWT bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah SWT. Sanggup menjadi saksi di hadapan Allah bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah Nabi Nya dan RasulNya yang terakhir di dunia ini. Berhubung dengan azan itu Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Apabila seseorang mendengar seruan azan, maka mereka dikehendaki menjawab sebagaimana yang dikata dalam seruan azan itu, Kecuali apabila di seru ‘Haiya alas solah’ dan ‘Haiya alal falal’ maka hendaklah dijawab dengan ‘Lahaula wala quwata illa billah’ (tiada daya upaya kecuali dengan kudrat Allah SWT).
Nabi SAW mengajar laungan ‘Hiyayatain’ oleh muazzin itu dijawab dengan ‘Lahaula wala quwata illa billah’ kerana solat itu hanya dari Allah SWT seseorang tidak mungkin mampu melakukannya kecuali dengan kekuatan yang dianugerahi Allah SWT. Muazzin ibarat wakil tuhan yang menjemput manusia ke masjid atau musala untuk melaksanakan solat fardu berjemaah. Orang yang mendengar azan adalah pihak yang menerima jemputan itu mereka yang memiliki tenaga kurniaan tuhan. Tidak munasabah jika tenaga yang dikurniakan Allah SWT secara percuma itu digunakan untuk mengingkari perintahNya.


Ketika muazzin melaungkan qamat dengan ‘Qad qamatish solah’ (Sesungguhnya solat yang siap sedia hendak didirikan). Orang yang mendengarnya hendak menjawab dengan ‘Aqmahallahu wa adamaha’ (Semoga Allah jadikan solat yang didirikan itu berkekalan selamatnya). Jawapan untuk seruan qamat yang ringkas itu adalah doa kepada Allah SWT agar dengan pertolongan Nya solat yang didirikan itu akan terus menerus dilakukan oleh manusia dengan berkekalan hingga kiamat. Sama ada ketika situasi sukar atau senang dalam masa aman atau sebaliknya. Apabila muazzin melaungkan seruan tashwit  (pesanan) ketika hendak mendirikan solat subuh, seruan itu berbunyi: ‘As Sholatu Khairun Minan Naum’ (solat itu lebih baik dari tidur).
Orang yang mendengarnya hendaklah menjawab dengan’ Sodaqta wa Barirta’ (benarlah seruan mu tu dan engkau telah mengajar perkataan yang penuh kebajikan) wasiat muazzin yang mengingatkan manusia bahawa solat lebih bauk dari tidur itu bukan saja suatu wasiat yang benar malah termasuk mengajar dan mendidik manusia dalam perkara kebajikan. Mereka telah mengingatkan manusia agar bangkit sari tidur lena semata-mata untuk menyahut seruan Allah SWT yang lebih baik iaitu mendirikan solat Subuh berjemaah di pagi dingin itu.
Setelah meuazzin selesai melaungkan azan hendak melafazkan doa khas kepada Allah SWT yang berbunyi:

Yang bermaksud:” Allahumma wahai Tuhan yang memiliki seruan sempurna dan solat yang sedang di siap sedia untuk didirikan semoga Engkau kurniakan wasilah dan kelebihan dan bangkitkan Nabi Muhammad dengan darjat yang terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya”.
Azan itu adalah seruan paling sempurna kepunyaan Allah SWT sesuai dengan tujuannya mengajak manusia mendirikan solat jemaah serta mengajak mencapai kejayaan. Sama ada kejayaan di dunia dan kejayaan mendapat keredaan Allah SWT supaya berbahagia di akhirat

No comments: