Solat fardu adalah ibadat asasi berasaskan nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ia jug merupakan satu cara kaum Muslimin mengabdikan diri dan bermunajat (berinteraksi) dengan Allah SWT. Selain solat fardu ada juga solat sunat untuk menzahirkan rasa kesyukuran dan mengakui keanggunan Tuhan serta mengiktiraf kan bahawa hanya Allah SWT Tuhan Yang Maha kuasa. Allah SWT memerintahkan terlebih dahulu bertaharah atau berwuduk sebelum seseorang itu menunaikan fardu solat. Bertaharah memberi makna bersuci dari najis dan juga adas. Wuduk bukan semata mencuci anggota zahir seperti muka, tangan, kepada dan kaki. Sebenarnya berwuduk lebih suci dan lebih cemerlang kerana wuduk juga mencuci jiwa dari dosa.
Ia mencucikan kekotoran maknawi yang diertikan sebagai ‘hadas kecil’ jenis kekotoran yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar. Dengan berwuduk, hadas kecil itu terangkat dari diri seseorang. Wuduk yang dianjurkan oleh Islam bagi melayakkan seseorang melakukan ibadat solat yang difardukan oleh Allah SWT. Perintah wuduk itu berasaskan firman Allah SWT yang bermaksud:
Jika seseorang dalam musafir atau sukar mendapatkan air untuk berwuduk dan mandi untuk mengangkat hadas besar (junub) Allah SWT memberikan kemudahan alternatif (rukhsah) mengangkat hadas dengan bertayamum sebagaimana firmanya yang bermaksud:
Dengan kaedah tayamum itu akan mudahlah orang Islam untuk menunaikan kewajipan solat meskipun sukar mendapatkan air atau sakit yang tidak boleh terkena air. Walaupun kelihatannya begitu sulit terutama bagi orang yang tinggal di kawasan sukat mendapatkan air namun sebenarnya Allah SWT menghendaki supaya orang-orang yang beriman sentiasa dalam keadaan bersih dan suci dari hadas. Sebagaimana firmanya yang bermaksud:
Jika seseorang dalam musafir atau sukar mendapatkan air untuk berwuduk dan mandi untuk mengangkat hadas besar (junub) Allah SWT memberikan kemudahan alternatif (rukhsah) mengangkat hadas dengan bertayamum sebagaimana firmanya yang bermaksud:
Dengan kaedah tayamum itu akan mudahlah orang Islam untuk menunaikan kewajipan solat meskipun sukar mendapatkan air atau sakit yang tidak boleh terkena air. Walaupun kelihatannya begitu sulit terutama bagi orang yang tinggal di kawasan sukat mendapatkan air namun sebenarnya Allah SWT menghendaki supaya orang-orang yang beriman sentiasa dalam keadaan bersih dan suci dari hadas. Sebagaimana firmanya yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.(Al-Maaidah 5:6)
Kebersihan itu suatu tuntutan dalam Islam dan Allah SWT menyukai orang yang bersih, manusia diasuh kan oleh Islam hingga mengenali cemar dan suci, tidak sekadar zahir malah yang maknawi seperti hadas kecil dan hadas besar. Justeru itu, Allah SWT datang kan para rasul dengan syariat untuk mendidik manusia agar sentiasa suci dari cemar yang maknawi itu kerana Allah SWT menyukai orang-orang yang sentiasa bersih suci. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).(At-Taubah 9:108)
Allah SWT turunkan pelbagai ayat mengenai taharah. Para ulama fiqh menghimpunkan sebagai satu kaedah berkempen supaya kaum Muslimin sentiasa gemar untuk membersihkan diri dan bersuci terutamanya dari cemat maknawi iaitu hadas kecil dan hadas besar. Setelah dikemukakan dalil dari nas al-Quran mengenai taharah kini disusuli pula dengan nas Sunah Nabi SAW sebagai dalil mengenai kewajipan bersuci. Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Bermula kunci solat itu ialah bersuci (wuduk)”.
Solat merupakan buah tangan yang dipersembahkan oleh manusia kepada Allah SWT. Gedung solat itu mesti dibuka dengan anak kunci khas. Nabi SAW menyatakan bahawa anak kunci solat ialah “At-Tohur” (bersuci). Dengan pengertian bahawa solat orang yang tidak didahului dengan bersuci (wuduk), tidak diterima Allah SWT.
Hadis Nabi SAW lagi bermaksud: "Bermula agama (Islam) itu terima di atas kesucian (kebersihan).”
Jika agama diibaratkan bangunan maka kehebatan dan kekukuhan bangunan itu terletak kepada bersesuaian dan kekukuhan tapak yang disediakan. Nabi SAW menegaskan bahawa kebersihan (At-Tohur menjadi tapak asas kekukuhan binaan agama. Kuat atau tidaknya agama kepada seseorang bergantung sebanyak mana kebersihan (At-Tohur) yang ada padanya. Dengan berdalilkan nas Al-Quran dan Sunah Nabi SAW memberi ingatan supaya umat Islam benar-benar menjadi insan yang sentiasa dalam keadaan bersih.
Memandangkan kepada dalil-dalil sya’ei yang dikemukakan maka orang yang berakal fikiran semestinya memahami kenyataan-kenyataan itu. Bahawa perkara yang paling penting dalam pengajian agama ialah tanggungjawab membersihkan hati. Serta menjaganya agar hati sentada bersih. Meskipun dalil nas al-Quran dan sunah Nabi itu menujukkan perkara yang membersihkan zahir namun jauh dalam kefahaman orang yang beriman mengenai sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Kebersihan (At-Tohur) itu sebahagian dari (tuntutan) iman”.
Kalau yang zahir pun dituntut oleh agama supaya bersih (suci) maka tidak munasabah agama tidak memberi perhatian kepada kebersihan yang batin lalu anggota rohaniah dibiarkan kotor dan cemar.
No comments:
Post a Comment