Thursday, 1 July 2021

MAKAN KENYANG BUKTI PUASKAN NAFSU

Antara adab makan semasa menghadap sajian hendaklah berniat dengan makan itu bagi mendapatkan tenaga fizikal dan mental. Dengan tenaga itu lebih selera beramal mentaati Allah SWT. Dengan itu semoga bertambah rajin untuk menambah ilmu, mengajar dan pergi berdakwah. Mudah bangun malam untuk bertahajud dan istighfar. Makan jangan hanya untuk memenuhi runtunan selera nafsu. Sebagaimana iklan di kebanyakan kedai makanan yang menjanjikan kepuasan menjamu.











Tujuan iklan itu hanya untuk mengaut untung melalui pelbagai menu yang menggiurkan. Perkara seperti itu perlu diawasi dan dinasihati. Pemilik kedai makan menyelitkan kata-kata mengenai nikmat Allah SWT yang membawa kepada pahala dan menjauhi dosa. Janganlah lupa langsung niat untuk menikmati makanan sebelum perut terasa apar. Makan dalam situasi perut masih kenyang bukti dia hanya memuaskan nafsu selera semata. Lapar adalah sebab utama seseorang itu makan,. Kalau makan ketika perut belum sempat lapar ertinya makan sebelum memerlukannya. Hendaklah berhenti makan sebelum kenyang sesuai dengan  niatnya mendapat tenaga hanya untuk amal ibadat dan bekerja mencari nafkah.
Perut kenyang akan cetuskan mengantuk ketika kenyang jangankan ibadat, untuk bekerja pun tiada terdaya. Niatnya dianggap palsu kerana bercanggah dengan tujuan makan. Jika mengamalkan makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang, insya-Allah kehidupannya jarang memerlukan khidmat doktor. Kerana anasir penyakit jarang mendatangi nya. Melazimkan makan sehingga perut sesak kekenyangan bukan makan untuk keperluan malah bagi mengundang kehadiran penyakit.
Adab makan seterusnya sebelum menyuapkan rezeki yang dihidangkan hendaklah merasa reda dan bersyukur dengan rezeki yang terdapat dalam sajiannya meskipun terlalu sedikit. Nabi SAW apabila masuk ke rumahnya, belum sampai ke bahagian dapur dan melihat sajian lalu beliau memuji Allah SWT dengan doanya yang bermaksud: “Pujian bagi Allah yang memberi rumah padaku, menyebabkan aku boleh hidup dan berpada dengannya kerana begitu ramai di dunia ini orang-orang yang tidak memiliki rumah tempat berteduh.”
Bersyukur Nabi SAW kepada Allah SWT meskipun rumahnya sekadar pondik pisang sesikat yang bumbungnya boleh dicapai tangan. Jika manusia sering mengenang budi lebih-lebih lagi budi Tuhan, insya-Allah tidak akan bertemu kesusahan kerana susah itu sifatnya nisbi. Bagi orang kaya jika tidak dapat memiliki kenderaan mewah adalah suatu kesusahan. Tetapi bagi si ,miskin tidak sakit lutut ketika berjalan kaki adalah suatu tuah dan bahagia hidupnya.
Adab makan seterusnya ialah berusaha meramaikan orang dalam majlis jamuannya tidak melazimkan makan sendirian. Sejarah membuktikan Nabi SAW sepanjang hayatnya tidak pernah makan berpendirian baginda berusaha sebolehnya makan berjemaah bersama keluarga atau para sahabat r.a. Budaya makan berjemaah semakin dilupakan masyarakat Muslimin. Apatah lagi budaya makan di kedai semakin mengambil tempat, masing-masing menghadap makan secara sendirian.
Lama kelamaan jadi kelaziman seseorang hanya perhati sajian sendiri inilah budaya yang memunahkan sunah Nabi SAW ajaran agama menganjurkan menikmati sajian cara berjemaah. Untuk hidupkan sunah itu terutamanya bagi mereka yang berkeluarga hendaklah himpun ahli keluarga lebih dahulu seboleh mungkin makan secara berjemaah. Setelah berdoa dan diaminkan bersama barulah menjamah makanan dengan lebih dahulu mengambil makanan yang terhampar dalam sajian. Tidak mengambil makanan awalnya melangkau di hadapan orang ia menyalahi adab makan secara sunah. Makan berjemaah selain daripada ajaran agama ia juga akan melahirkan hubungan kasih mesta dengan sesuatu keluarga.
Isteri boleh membuang tulang di pinggan suami dan sebaliknya. Alangkah mesranya antara suami isteri dalam mencetuskan kasih sayang menurut Islam. Jangan sesekali wujud sikap memberitahu bahawa makan sudah siap di dapur, silalah ambil dan layang diri sendiri. Ini bukti tiada kasih sayang dalam keluarga. Jika begitu tiada kasih sayang dalam keluarga,. Jika begitu layanan terhadap suami sebagai ketua keluarga, orang nombor dua selepas Allah SWT. Itulah bibit kehancuran yang disemai dalam rumah tangga.
 Nabi SAW memberitahu sekiranya ada manusia yang boleh disembah selepas Allah SWT sesungguhnya suamilah orangnya. Tetapi tidak keharusan dalam Islam menyembah sesama manusia yang boleh  disembah selepas Allah SWT, sesungguhnya suamilah orangnya. Tetapi tiada keharusan dalam Islam menyembah sesama manusia oleh itu tidak wujud situasi sedemikian.
Wanita sebagai isteri solehah semestinya tidak terajuk dengan maklumat tersebut kerana memang kedudukan ajaran Islam. Suami mempunyai kewajipan mencari rezeki sejak pagi pulang petang, bukan saja untuk menyara diri malah untuk keluarga dan orang di bawah tanggungannya. Penat lelah suami mencari rezeki dihargai oleh isteri. Keletihan suami akan segera hilang jika disambut dengan senyum simpul si isteri yang solehah.

No comments: