Sunday, 27 June 2021

SYARAT-SYARAT PENGHUNI SYURGA FIRDAUS

Image result for solat fazura"

Semua hamba yang beriman ingin masuk ke syurga. Syurga yang tertinggi iaitu syurga Firdaus. Adakah sebut dibibir "aku ingin masuk syurga Firdaus" tanpa melihat apakah kriteria atau syarat masuk ke Syurga Firdaus. Analogi begini, seorang pelajar ingin sambung belajar dalam bidang kejuruteraan, tentu sekali perlu melihat kelayakan untuk menyertai program tersebut. Berikut syarat-syarat untuk masuk ke syurga Firdaus:
A001
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (Al-Mu'minuun 23:1

A010
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - (Al-Mu'minuun 23:10)

A011
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Al-Mu'minuun 23:11 A076

Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.(Al-Furqaan 25:76)


Syarat 1

A002

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:2)

A009




Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:9)



Solat hendaklah dilaksanakan diawal waktu, berjemaah dan ada ilmu pengetahuan solat. Apa itu khusyuk?. Khusyuk zahir dan batin. Di dalam hati mesti menyedari bahawa dia sedang berdiri di hadapan raja segala raja (Allah SWT) bermunajat kepadaNya. Hati mesti menyakini bahawa solatnya akan dipersembahkan kepada Allah SWT. Antara kaedah untuk dapat khusyuk adalah:

a) Tadabbur Bacaan Ayat - Bacaan iaitu mengamatinya kerana boleh menghasilkan maksud khusyuk dan beradab dalam solat. 

b) Membaca Secara Tertil - Membaca dengan perlahan-lahan

c) Tadabbur Zikir- Memahami zikir yang mengucapkan SubhanaAllah misalnya dalam keadaan hati lalai daripada mentadabburkan maksudnya iaitu mensucikan Allah, dia tetap mendapatkan pahala daripada tasbih yang diucapkan.

d) Mendirikan Solat Dalam Keadaan Cergas - Mendirikan solat dengan cergas tanpa rasa malas, lesu dan mengantuk. Maksud malas ialah melambatkan dan melengah-lengahkan melakukan solat.

e) Mengosongkan hati dan memahami bacaan - Mengosongkan hati daripada segala kesibukan urusan dunia kerana cara itu lebih membantu untuk mendapatkan rasa kehambaan dan khusyuk. Memikirkan urusan-urusan akhirat tidak menjadi masalah manakala berfikir tentang lafaz-lafaz bacaan yang sedang dibacanya dalam solat amat disukai Allah SWT

Syarat 2
A003



Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (Al-Mu'minuun 23:3)

A072
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (Al-Furqaan 25:72)

Syarat 3

A004


Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); (Al-Mu'minuun 23:4)

Syarat 4

A005



Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - (Al-Mu'minuun 23:5

A068






Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (Al-Furqaan 25:68)

Syarat 5
A006






Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - (Al-Mu'minuun 23:6)


Syarat 6
A007
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; (Al-Mu'minuun 23:7)

Syarat 7
A008

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; (Al-Mu'minuun 23:8)

Syarat 8


A008
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; (Al-Mu'minuun 23:8)

Syarat 9

A063






Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (Al-Furqaan 25:63)

Syarat 10

A064



Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (Al-Furqaan 25:64)

Syarat 11
A065






Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan (Al-Furqaan 25:65)

A066



Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk. (Al-Furqaan 25:66

Syarat 12
A067


Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.(Al-Furqaan 25:67)

Syarat 13
A070






Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-Furqaan 25:70)

A071



Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (Al-Furqaan 25:71)

Syarat 14
A073



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.(Al-Furqaan 25:73)

A018






Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. (Az-Zumar 39:18)


Syarat 15
A074






Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.(Al-Furqaan 25:74)

Syarat 16

A075



Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,(Al-Furqaan 25:75

No comments: