Tuesday, 24 September 2019

WAJIB MENUTUP KEAIBAN ORANG

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri

Sabda RasulullahSAW bermaksud" "Apabila datang seseorang bercakap sesuatu perkara setelah orang itu beredar makan perkara yang dicakapkan itu menjadi amanah". Amanah itu bererti wajib dijaga dengan sempurna. Hanya perkara yang baik saja boleh diceritakan kepada pihak lain, supaya perkara yang makruf itu kian tersebar serta menaikkan nama baiknya di pandangan masyakarat. Sementara perkara yang buruk wajib ditutup dan melindungi daripada diketahui umum sebagai amanah. Dengan cara begitu keaibannya tidak diketahui umum dan keburukan tersekat daripada merebak.

Adapun orang duduk semajlis dengan kita adalah amanah semestinya banyak perkara dan hal ehwal peribadinya yang diketahui mengenai kawan semajlis. Justeru mengenai perkara buruk itu mesti dijaga sepenuhnya melindungi ehwal kawan semajlis hendaklah berlaku secara timbal balik antara mereka. Seseorang ditanya bagaimanakah menjaga rahsia seseorang sedangkan tidak pernah didengar cerita buruk terbit daripada lisannya? Orang itu menjawab:"Sesungguhnya dadaku adalah kubur bagi rahsia seseorang".

Sebagaimana kubur tidak pernah memuntahkan mayat bersemadi di dalamnya begitu juga apabila seseorang bercakap pelbagai perkara kepadanya. Hakikatnya dia datang hendak semadikan rahsia diri terkubur rapi dadanya. Rahsianya mohon dilindungi. Kerana dia yakin bahawa sahabatnya adalah bilik kebal yang selamat bagi menyimpan rahsianya, sesungguhnya dada bagi orang baik-baik itu adalah kubur yang selamat bagi segala rahsia. Untuk mengenal pasti baik buruknya seseorang itu ialah sama ada rahsia kawannya tersimpan rapi atau terbongkar bersepah merata melalui lisannya. Berkata Saiyidina Abbas kepada Abdullah anaknya:"Sesungguhnya telah kuperhatikan bawah Sayidina Umar dalam majlis besar apabila hendak minta pendapat, seringkali dia mendapatkan kamu lebih dahulu. Oleh itu aku hendak berpesan lima perkara kepadamu:

1) Jangan buka rahsia ketua (Umar)
2) Apabila berada dimajlisnya jangan sekali-kali bercerita tentang keburukan orang lain
3) Jangan diketahuinya yang engkau pernah berdusta walaupun kepada orang lain
4) Jangan sekali-kali derhaka pada perintahnya
5) Jangan sampai dia tahu yang kamu khianat

Seorang alim besar bernama Sya'bi ketika mengulas nasihat Abbas kepada Abdullah itu bahawa setiap perkara yang dipesan oleh Abbas layak dibayar seribu dinar kerana inilah pesanan yang boleh menyelamatkan manusia di dunia dan akhirat. Separuh daripada tanggungjawab lidah ilah senyap daripada bertengkar dan bertelagah di setiap perkara diucap oleh kawanmu ertinya jangan cepat mencelah dan menganggu orang sedang bercakap. 

Abdullah bin Abbas r.a berkata: "Kamu jangan berbincang dengan orang bodoh (safih) kerana dia hanya akan menyusahkan kamu apa yang kita kata walaupun baik tidak akan didengarnya kerana dia tiada kemahiran menilai perkara baik lantaran kesafihannya. Jangan berbalah dengan orang yang perangai dan tutur kata lemah lembut (halim) kerana dia pun akan marah juga. Akibatnya akan merugikan kerana kehilangan seorang halim yang sepatutnya menjadi sahabatnya.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yan tidak berbalah dengan rakannya yang bercakap perkara tidak berguna (mubtilun) diakhirat kelak Allah SWT peruntukkan kepadanya sebuah mahligai di dalam syurga. Sesiapa yang tidak mahligai di dalam syurga. Sesiapa yang tidak bertengkar meskipun dirinya di pihak yang benar (muhiqqun) Allah SWT cadangkan baginya sebuah mahligai di bahagian atas syurga".

Pengajaran mustahak daripada hadis tersebut supaya menghindar perbalahan dan pertengkaran. Sebaliknya dianjurkan supaya bersoal jawab sebagai bertukar fikiran dan nasihat seseorang kemuka pendapatnya untuk kebaikan bersama. Tetapi berbalah iaitu bertegang urat kerana menegakkan benang basalah jelas ia tidak disetujui oleh agama. Kerana asas perbalahan ialah memperlekeh pendapat orang lain di samping hendak menaikkan dirinya.

Sabdanya Rasulullah SAW bermaksud: "Meninggalkan perbalahan dalam situasi sedar dirinya salah (mubtilun) adalah wajib (fardu). Allah SWT menjanjikan syuga baginya". Apabila seseorang sedar dirinya di pihak yang salah, langkah bijak yang perlu diambil ialah senyap untuk elak daripada perbalahan. Sikap tersebut mat terpuji hingga Allah SWT menjanjikan syurga untuknya.

Sabdanya Rasulullah SAW bermaksud: "Sesiapa yang mengelak daripada perbalahan sedangkan dirinya di pihak yang benar semesti derita jiwanya lebih parah daripada berdiam diri atas perkara yang salah. Untuknya dibinakan mahligai di puncak syurga."

Sesungguhnya terlalu derita jiwa orang yang menahan lidah kerana mengelak daripada perbalahan dan pertengkaran sedangkan dia dipihak yang benar dan mampu berdebat dengan mengemukakan hujah dan dalil. Justeru beban derita jiwa yang ditanggung itu tidak sia-sia mampu mengelak daripda berbalah dianggap berjaya menaham sesuatu meskipun jiwanya parah demi mentaati larangan Allah SWT. Sebagai imbalan atas kejayaan itu anugerah Tuhan iaitu pahala yang banyak dan mahligai mewah di puncak syurga sedia menantinya diakhirat kelak. Oleh itu elak daripada perbalahan, digalak pula memberi nasihat dengan hujah dan dalil.

No comments: