Syair Imam Syafi'i - Ilaika
إِلَـيْــكَ إِلـَــهَ الْـخَـلْـقِ أَرْفَــــعْ رَغْـبَـتِـْي
Ku persembahkan kepada Mu tuhan sekelian makhluk, harapanku
وَإِنْ كُـنْـتُ يـَـا ذَا الْـمَــنِّ وَالْـجـُـوْدِ مُـجْـرِمـَا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah
وَلَـمَّــا قَـسَــا قَـلْـبِـيْ وَضَـاقَــتْ مَـذَاهِـبِــيْ
Tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku
جـَعـَلـْتُ الـرَجـَـا مِـنِّــي لِـعَـفْـوِكَ سُـلَّـمَــا
Ku jadikan rayuan daripada ku sebagai jalan mengharap keampunan Mu
فَـمَـا زِلْــتَ ذَا عَـفْـوٍ عَــنِ الـذَّنْـبِ لَــمْ تَـزَلْ
Maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini
تــَجُــوْدُ وَ تَـعْــفُــوْ مِــنَّـــةً وَتَـكَــرَّمـَـا
Kurniaan Mu dan keampunan Mu adalah rahmat dan kemuliaan
أَلَــسْــتَ الَّــــذِيْ غَـذَيْـتَـنِـيْ وَهَـدَيـْتَـنِــيْ
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku
وَلاَ زِلـْـــتَ مَـنَّـانـًـا عَــلَـــيَّ وَمُـنْـعِـمَــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni’mat itu kepadaku
عَـسَـى مَــنْ لَــهُ اْلإِحْـسَــانُ يَـغْـفِـرُ زَلَّـتِــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
وَيَـسْـتُــرُ أَوْ زَارِي وَمـَـــا قَــــدْ تَـقَــدَّمـَـا
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu
فـَـإِنْ تـَعْـفُ عَـنِّــي تَـعْــفُ عَـــنْ مُـتَـمَـرِّدٍ
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
ظـُـلُــوْمٍ غُــشُــوْمٍ لاَ يُـزَايِـــلُ مَـأْتـَـمـَـا
Kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan
وَ إِنْ تَنْـتَـقِـمْ مِــنِّــي فَـلَـسْــتُ بـَـآيـِـسٍ
Dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
وَلـَــوْ أَدْخُـلُــوا نَـفْـسِـيْ بِـجَــرْمِ جَـهَـنَّـمَـا
Sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka
فَصِيْـحًـا إِذَا مَــا كَــانَ فِـــي ذِكـْــرِ رَبـِّــهِ
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya
وَفِيْماَ سِوَاهُ فِي الْوَرَى كَانَ أَعْجَمَا
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu
يَـقُــوْلُ: حَبِـيْـبِـيْ أَنْـــتَ سُـؤَلـِـيْ وَبُغْـيَـتِـي
Dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap
كـَفَــى بـِـكَ لِلـرّاجِـيْـنَ سُـــؤْلاً وَمَـغْـنَـمَـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon
أُصُـــــوْنِ وِدَادِي أَنْ يُـدَنِّــسَــهُ الْـــهَـــوَى
Kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
وَأَحْــفَــظُ عَــهْــدَ الْــحُـــبِّ أَنْ يـَتَـثَـلَّـمَـا
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
فَـفِـيْ يَقْظَـتِـي شَــوْقٌ وَفِــيْ غُـفُـوَّتِـيْ مُـنًـى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap
تــُلاَحِــقُ خُــطْــوِّي نَـشْــوَةً وَتـَرَنَّــمَــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang²
فـَجْـرُمـِي عَـظِـيْـمٌ مِـــنْ قَـدِيـْـمِ وَحـَـــادِثٍ
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
وَعَـفْــوُكَ يَـأتِــيَ الْـعَـبْـدَ أَعْـلَــى وَأَجْـسَـمَـا
Sedang keampunan Mu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia
................................................
Sangat tawadhuk, minta ampun kepada Allah, tidak menunjukkan kebaikan, mengaku kekurangan, merasa dirinya hina, sangat berharap (rajak) untuk jumpa dengan Allah. Imam al-Syafi'i ketika berhadapan dengan kematiannya, harapannya dibina atas Akal Albab-nya merujuk Surah 39: 53-54 di sebalik kesedarannya bahawa ia juga manusia memiliki kesalahan dan dosa.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar 39:53)
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. (Az-Zumar 39:54)
Orang yang
cerdas adalah orang yang sentiasa mengingati mati. Kekuatan untuk orang cerdas
akan penderitaan dan kepedihan yang akan dihadapinya ketika sakaratulmaut.
Kesannya, kebanggaan terus berkurang. Kematian dekat dengan disekitar kita.
Maka kita akan menjadi lebih cerdas untuk bersiap-siap untuk berjumpa Allah.
Takutkan
kematian. Bekerja amal soleh kerana ketenangan menghadapi kematian.
Bukan kah
Allah yg beri makan, beri segala nikmat, pelihara urusan dunia, beri hidayah,
sentiasa tutup kesalahan. Berdoa semuga Allah yg amat baik akan maafkan segala
kesalahan, Semuga Allah yg maha baik. Memaafkan diri Yg sentiasa zalim, yb
sentiasa melakukan maksiat. Tidak akan putus asa jika Allah tidak ampunkan,
rasa takut yg luar biasa kerana dosa yg sangat banyak, semoga kemaafan Allah
lebih besar dari dosa. cukup lah ALLAH tempat meminta. Berdoa juga Agar cinta
pada Allah di jaga, kesucian jiwa tidak di cemari, tidak tercalar dgn dosa. Semoga
kita merasa kemanisan iman, agar dikurniakan Husnul khotimah
Mengharapkan Rahmat
Allah SWT dalam bentuk kemaafan, keampunan, nikmat syukur (syurga). Maka berbekal&berkemaslah hamba Allah utk
belayar di dunia ini. Sabar merawat qalbu. Bersabarlah dengan musibah,
sabar itu indah, kebaikan di tambah.
Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti. (Al-Israa' 17:57)
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. (Ibrahim 14:27)
Sediakan Bekalan:
a) Amal salleh (kapal/kenderaan yg dibina di dunia)
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". (Al-Kahfi 18:110)
b) Tinggalkan Maksiat
(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Yusuf 12:83)
c) Berdoa dengan kesabaran. Dosa akan dipadamkan
(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah ia: "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (Yusuf 12:83)
d) Iktibar - Nabi Muhammad SAW sebagai role model ke akhirat
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Al-Ahzaab 33:21)
No comments:
Post a Comment