Ketika membaca “Bismillah”
dituntut dengan bacaan jahar (kuat) supaya mengingatkan orang lain yang
mendengarnya. Dituntut makan dengan tangan kanan, Nabi SAW menegah makan dengan
tangan kiri kerana syaitan makan dengan tangan kiri.
Tuhan jadikan tangan kanan
dan kiri. Tangan kanan untuk perkara yang baik termasuk makan kerana ia
mulia di sisi agama. Tangan kiri untuk perkara yang kurang baik seperti
basuh najis dan sebagainya.
Dituntut oleh agama supaya
dikecilkan suapan seperti yang diriwayatkan bahawa Nabi SAW apabila menjamah
makanan mengguna 3 anak jari sahaja. Supaya tidak dianggap terlalu gelojoh
atau pelahap.
Kunyah makanan hingga
lumat. Selagi makanan dalam mulut belum ditelan kerana belum lumat, janganlah
suap makanan lain ke dalam mulut. Jika menelan makanan belum lumat atau menyuap
makanan ke mulut dengan segera sedangkan makanan di mulut belum ditelan adalah
perangai gopoh ketika makan, ia perangai syaitan yang wajar dihindari.
Seseorang
tidak boleh memperkecilkan atau peleceh makanan jika ia tidak sedap kerana
kurang garam ataupun mentah serta hangus dan sebagainya. Jika hendak makan
teruskan makan dengan tidak kompelin kerana rezeki daripada Allah SWT.
Nabi SAW lebih dahulu
makan makanan yang dekat dengan kedudukannya kecuali buah-buahan.
Perbuatan membazir menjadi
kawan syaitan. Dilarang meniup makanan panas dengan sabdanya:”Janganlah kamu
makan api.” Kerana api itu simbol azab.
Seterusnya ditegah himpun antara buah tamar dengan bijinya dalam satu talam, jangan sesekali meletakkan sisa makanan yang telah dipepah, diletakkan ke dalam talam hidangan yang dikongsi bersama. Perbuatan itu boleh mengundang rasa jijik di kalangan yang berkongsi talam. Jangan terlalu minum terlalu banyak ketika makan kecuali terlekat makanan ataupun terlalu dahaga yang memerlukan air. Tidak menjadikan kebiasaan minum sambil makan yang utama.
Seterusnya ditegah himpun antara buah tamar dengan bijinya dalam satu talam, jangan sesekali meletakkan sisa makanan yang telah dipepah, diletakkan ke dalam talam hidangan yang dikongsi bersama. Perbuatan itu boleh mengundang rasa jijik di kalangan yang berkongsi talam. Jangan terlalu minum terlalu banyak ketika makan kecuali terlekat makanan ataupun terlalu dahaga yang memerlukan air. Tidak menjadikan kebiasaan minum sambil makan yang utama.
Satu lagi adab minum ialah
mencapai cawan atau gelas minuman hanya dengan tangan kanan, sambil berkata: “Bismillah’
dengan nama ‘Allah’. Dengan itu dapat dirasai bahawa orang yang minum kerana
Daulat Allah ialah kerana menghargai nikmatNya. Minum kerana Allah kerana
perkara minum itu ada yang dibenarkan olehNya seperti minuman yang baik dan
berkhasiat. Sebaliknya minuman yang diharamkan minumnya iaitu jenis memabukkan
seperti arak dan sebagainya yang memahami maksud “Bismillah’ tidak akan sampai
hati meneguk minuman terlarang.
Setelah membaca “Bismillah’ barulah minum secara beradab
dengan menghirup, tidak secara meneguk hingga kedengaran berdegap-degap air
yang menerjah kerongkongnya. Dilarang minum air sabil berdiri atau
berjalan-jalan kerana perbuatan itu tidak menunjukkan minum sebagai keperluan
anggota tubuh sebaliknya minum sebagai kerana memuaskan dorongan nafsu. Jangan sendawa
dan bernafas ketika minum. Jika tidak dapat dielak maka berpalinglah ke arah
lain, sekiranya tidak berpaling, udara cemar dari perut itu akan memasuki ruang
cawan minuman.
*Sejahil-jahil orang Islam tidak baca Bismillah ketika
hendak hisap rokok kerana perbuatan hodoh dilarang oleh agama. Jika baca juga
terasa perbuatannya telah mengejek Allah SWT
No comments:
Post a Comment