Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (Al-Munaafiquun 63:9)
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh ". (Al-Munaafiquun 63:10)
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.(Al-Munaafiquun 63:11)
Perbincangan ayat ini punca keuntungan yang membawa ke syurga. Punca kerugian yang ke neraka kerana kesibukan iaitu tidak zikrullah. Zikirullah itu adalah hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji & segala ibadah.
Kita sekarang berurus niaga dengan Allah SWT. Apakah perniagaan kita itu ada untung atau rugi. Jangan sibuk dengan perkara remeh temeh sahaja menyebabkan kita akan rugi tak mampu lalu titian sirat dan masuk syurga. Timbangan Mizan berat amalan baiknya.
Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini). (Al-Hasy-r 59:20)
Perbincangan Al-Munaafiquun 63:9, panggilan Allah kepada orang beriman. Orang yg beriman di sini kita di panggil Allah dan melarang kita sibuk dan lupa zikkrullah. Ayat 9 ini untuk jaga iman dan tinggikan kualiti keimanan kita.
Allahwu-hiburan..menyebokkan diri dengan sesuatu yang remeh temeh dan meminggirkan perkara yang penting tabiat suka berhibur. lahwun=lalai kerja yang nikmat bila rasa terhibur..
Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-Hadiid 57:20)
Dunia adalah permainan dan hiburan. Lahwun=menyibukkan diri dgn perkara2 remeh sehingga lupa kpd perkara2 besar/penting. Bentuk-bentuk lalai menurut AlQuran;
Al-Munaafiquun 63:9 - harta dan anak-anak
At-Takaathur 102:1 - Kemegahan (rumah besar, anak belajar luar negara,...)
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), - (At-Takaathur 102:1)
An-Nuur 24:37 - perniagaan dan jual beli (Attijarah - perniagaan dan jual beli dilakukan untuk hanya kepentingan dunia, sehingga lupa pada Allah- Tak baca Quran,solat lewat dll)
(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. (An-Nuur 24:37)
Akibatnya, kata Allah SWT:
1) Hati Sibuk Gila
Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hambaNya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezekiNya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Ia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambaNya, lagi Melihat dengan nyata. (Asy-Syuura 42:27)
Apa bentuk-bentuk kelalaian manusia? Qalbun. Hati menjadi sibuk. La hiyatan qulubuhum - membuat hati menjadi sibuk. Semua ini adalah perkara remeh. Manusia lebih besarkan perkara remeh. Tetapi Allah SWT kata yang lebih besar adalah zikrullah.
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-'Ankabuut 29:45)
2) Hati Lalai
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi 18:28)
3) Lupa
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". (Al-Kahfi 18:24)
kesan al-lahwu --> sibuk hati --> lalai hati --> lupa --> silap (ghati'ah) sebab ada hawaa.. wattaba'a hawa.. sebab ittiba' ul-hawa..terikut dgn nafsu
4) Silap
Kekuatan oleh syahwat manusia (harta benda manusia). Yang cenderung meluahkan segala bentuk syahwat dunia. sakit yg kedua akibat sibuk itu ghafilah ,lalai dan kmd naasiyah, lupa , kmd khothiah , silap ini terjadi kerana ada hawa mengikut hawa cenderung luas segala bentuk syahwat yg mana terkait dgn harta benda dunia nafsu amarah dan syahwat kmd jadi hawiah jatuh ke neraka.
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, - (Al-Qaari'ah 101:6)
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (Al-Qaari'ah 101:7)
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, - (Al-Qaari'ah 101:8)
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" (Al-Qaari'ah 101:9)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Al-Qaari'ah 101:10)
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar. (Al-Qaari'ah 101:11)
Kepada siapa neraka "Haawiyah" iaitu Kamu telah dilalaikan (At-Takaathur 102:1) dan (Al-Hadiid 57:20)
Tujuan syaitan ialah untuk merosakkan timbangan amalan orang beriman.
Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; (Al-A'raaf 7:16)
"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".(Al-A'raaf 7:17)
Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, dengan sebab mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya). (Al-A'raaf 7:9)
5) Isteri
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taghaabun 64:14)
Renungan
Jadi, buat rumah bukan utk bermegah.. --> labaghau --> alhumazah, al-lumazah. Apa yang kita lakukan hari ini sebetulnya?. Renungan, apa sebetulnya kita cari harta dulu baru cari ilmu atau cari ilmu kemudian cari harta.
Pekerjaan paling utama ialah bersyukur. Penuhilah akal kita dengan Al quran agar kita tidak lalai. Jangan menerjuni dunia dengan akal yang kosong. Mesti penuhkan akal dengan ilmu al Quran.
Mengingati Allah itu ibarat mendaki menuju Allah, jadi mmg agk susah. Melupakan Allah itu mudah, seperti 'turun'/jatuh ke neraka. Jangan harta dan anak jadi finah yg melalaikan. Ingatlah nasihat Allah dgn ZIKIRULLAH utk capai keberuntungan.
Tindakan Zikrullah
Asas zikrullah ialah iman, orang beriman mendapat keamanan, ketenangan dgn mengingati Allah.
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w). (Al-Maaidah 5:83)
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28)
Jangan sempitkan definasi zikir dan bukan sekadar ritual. Mengapa zikrullah itu perkara paling besar. Zikrullah itu AlQuran (baca, faham, amal, menreapkan alquran dalam kehidupan). Motif/kunci utk meraih kasih Allah dan syurga Allah dengan cara memikirkan alam semesta yg disaksikan dgn keagungan dan kebesaran Allah, Alam semesta sbg mana yg dimanifestasikan oleh AlQuran.
Orang beriman akan berasa aman.
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (Al-An'aam 6:82)
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (A-li'Imraan 3:191)
Metod zikrullah melalui pemikiran dan penyaksian. Nabi ibrahim mencari ketenangan melalui method penyaksian, memerhatikan alam semesta.
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah 2:260)
Akhirnya, terbentuk keyakinan. Yakin dgn akhirat, hidup di dunia jadi tenang. Kusyuk dlm solat krn yakin kita akn jumpa Allah. Zikrullah tidak terbatas kpd ucapan ritual semata,
Kena faham hubungan AlQuran dgn Alam
Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami. (As-Sajdah 32:24)
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (Al-An'aam 6:75)
Orang munafik sebab harta benda. Infaq - Nafaq - munafiq. Berinfaq supaya tidak taksub dunia dan menjadi munafiq. Maka infaklah.Sedekah= membenarkan iman.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (An-Nisaa' 4:142)
No comments:
Post a Comment