TRANSFORMASI PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
Zuraidah binti Muda
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan
Malaysia
Kertas konsep
ini membincangkan mengenai transformasi pendidikan teknik dan vokasional selari
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan sumber modal
insan yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovasi. Dalam memartabatkan
hasrat tersebut, perubahan dalam sistem Pendidikan Teknik dan Vokasional perlu
diterapkan. Antaranya ialah dengan menggunakan teknologi secara meluas,
pembangunan kurikulum seiring kehendak semasa, wujud kolaborasi pihak industri
dan menyediakan pelbagai inisiatif bagi memberi peluang kepada guru untuk
mempertingkatkan kualiti guru melalui perkhidmatan dan peningkatan kompetensi.
Oleh itu, setiap guru hendaklah melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran
yang seiring dengan perkembangan di era globalisasi. Oleh itu, guru yang
berkualiti perlu menguasai kandungan kurikulum, berkemahiran dalam pengajaran
dan pembelajaran dan mewujudkan hubungan yang baik dengan pihak industri.
Selain itu, guru juga perlu menguasai kemahiran teknologi supaya dapat
diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasrat
kerajaan untuk melahirkan pekerja yang berkemahiran dan professional serta
berpendapatan tinggi rakyat dalam cabaran Wawasan 2020.
Kata-kata kunci: Pendidikan Teknik dan Vokasional, Pendidikan Teknikal
No comments:
Post a Comment