Tahun 2020 - Abad 21 dan Industri Revolusi 4.0
Pengenalan Wanita Solehah
Wanita solehah merujuk kepada seorang perempuan yang beragama dan
memiliki maruah (adab) dengan menjadikan agama sebagai petunjuk dalam setiap
perkara. Lelaki yang memiliki wanita solehah akan mendapat keuntungan di dunia
dan akhirat. Sabda Nabi SAW:
“Pilihlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu.”-Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Berikut surah At-Tahriim ayat 5 memberitahu ciri-ciri wanita yang baik.
Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara. (At-Tahriim 66:5
Nabi SAW memerintahkan para pemuda sekiranya mereka menjumpai
perempuan yang baik agamanya, maka janganlah mereka berpaling untuk mengubah
pilihan kepada perempuan lain. Hikmah pemilihan wanita yang beragama dan
berakhlak adalah kerana agama akan terus kukuh bersama-sama peredaran zaman.
Manakala akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu, di
samping pengalaman hidup. Apabila setiap pasangan menjadikan agama dan akhlak
sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang
yang berkekalan. Wanita yang solehah ialah wanita yang menggembirakan
suami apabila dilihat, mentaatinya apabila disuruh, dan memelihara kehormatan
suaminya apabila ketiadaannya pada diri dan juga hartanya. Solehah termasuk
dalam perkara kebahagiaan dalam hidup. https://zuraidahmuda.blogspot.com/2019/09/dan-di-antara-tanda-tanda-yang.html
Cabaran Wanita Abad 21
Penglibatan wanita terhadap
bidang kerjaya telah menunjukkan kedudukan wanita yang bekerjaya tidak hanya
sekadar berada di rumah malah mereka telah mencapai suatu pencapaian yang
membanggakan semua pihak. Tapi sejauh mana persediaan wanita bekerjaya ini
dalam menempuhi cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam
memastikan peranannya dalam institusi keluarga dan kerjaya tidak
terjejas. Cabaran-cabaran ini telah menimbulkan pelbagai implikasi kepada diri dan
orang yang berada di sekeliling mereka.
Penglibatan wanita hampir setiap sektor sama ada
ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya. Budaya hidup masyarakat di negara
ini juga sudah menerima wanita sebagai penyumbang kepada ekonomi keluarga, apatah
lagi dengan keadaan kos sara hidup yang semakin tinggi seperti sekarang.
Cabaran masa
dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Kesibukan menguruskan kerjaya haruslah
diseimbangkan kerjaya dan urusan rumahtangga. Tanggungjawab ini layanan suami, anak-anak dan mengurus rumah. Wanita yang bergelar
isteri merupakan sumber inspirasi kemajuan suami.
Tentunya
seorang ibu memainkan peranan yang amat penting dalam melahirkan satu generasi
yang berkembang baik daripada aspek rohani dan jasmani. Ibu adalah insan yang
paling dekat dengan anak lebih-lebih lagi dalam fasa pertama masa kanak-kanak.
Dialah yang menanamkan akhlak keluarga. Masa depan anak-anak bergantung cara anak-anak dibesarkan dan perlu menunjukkan teladan yang baik agar tidak tersalah arah.
Seseorang
wanita yang bekerjaya turut mempunyai peranan sebagai seorang pekerja dan memiliki sikap profesional serta tidak terbawa-bawa masalah rumahtangga ke
tempat kerja.
Oleh itu,
wanita juga tidak terlepas mengalami masalah emosi yang perlu diurus dengan
baik untuk mengelak diri daripada stres. Wanita tidak terlepas dari masalah kehidupan. rujukan Quran, Hadis dan sahabat Rasulullah perlu dijadikan panduan untuk melayari kehidupan yang redai Allah SWT.
Cita-cita Isteri Solehah
(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (At-Taubah 9:112)
Cita-cita Ibu Terbaik
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf 46:15)
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim).
Berikut Kurikulum Kehidupan Wanita Muslimah Abad 21
A) DIRI WANITA
a) Cantik
b) Sayangi Diri
Wanita muslimah perlu menerima diri seadanya. Apa-apa sahaja yang Allah SWT berikan diri kita. Cantik yang dimaksudkan disini adalah melihat kepada fungsi setiap anggota badan kita. Contohnya, kita mempunyai sepasangan mata yang cantik. Fungsi mata adalah untuk melihat keindahan ciptaan Allah SWT, membaca AlQuran. Contoh seterusnya, telinga fungsinya untuk mendengar perkara-perkara yang baik dan menjauhi menadah telinga untuk mendengar mengumpat. Ini kerana, muslimah mesti yakin dan mengetahui bahawa semua deria kita ini akan dipertanggungjawabkan diakhirat seperti ayat-ayat Quran dan hadis dibawah. Maka, wahai muslimah, hargai dan gunakan anggota badan kita untuk mentaati perintah Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:- “Tidak akan terlepas kedua kaki seorang anak Adam itu semasa (berada di Padang Mahsyar) pada hari kiamat sehingga disoal kepadanya empat soalan; Pertama: Tentang umurnya, dimanakah dihabiskan; Kedua: Tentang ilmunya, apakah diamalkan dengannya; Ketiga: Tentang hartanya, bagaimana diperolehi dan bagaimana digunakan; Keempat: Tentang kesihatannya, bagaimana digunakan.” Hadith Riwayat at-Tirmidzi
Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan. (Yaa Siin 36:65)
Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. (An-Nuur 24:24)
Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Fussilat 41:21)
b) Sayangi Diri
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."(Yusuf 12:53)
c) Diri Dimanfaat
Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. (Ar-Ra'd 13:17)
B) RAHSIA LUAR BIASA
a) Keyakinan Akidah
Merujuk kepada AlQuran, wanita-wanita yang hebat telah tercatat dalam Quran. Wanita yang cantik dan solehah seperti Siti Khadijah, Asiah, Aishah dan Siti Fatimah. Semua wanita muslimah perlu membaca, mempelajari, memahami dan mengambil pengajaran.
Merujuk kepada AlQuran, wanita-wanita yang hebat telah tercatat dalam Quran. Wanita yang cantik dan solehah seperti Siti Khadijah, Asiah, Aishah dan Siti Fatimah. Semua wanita muslimah perlu membaca, mempelajari, memahami dan mengambil pengajaran.
b) Tawakal Sungguh-sungguh
Dan katakanlah: "Segala puji tertentu bagi Allah yang tiada mempunyai anak, dan tiada bagiNya sekutu dalam urusan kerajaanNya, dan tiada bagiNya penolong disebabkan sesuatu kelemahanNya; dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakanNya dengan bersungguh-sungguh!" (Al-Israa' 17:111)
c) Pengorbanan
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasy-r 59:9)
C) RAHSIA KAYA
a) Cukup Apa Yang Ada
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An'aam 6:165)
b) Yakin Disisi Allah
c) Mencari Keberkatan
"Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "(Al-Mu'minuun 23:29)
D) CUACA EMOSI
a) Pengurusan Emosi
Rasulullah SAW" "Jangan pandang rendah pada amal kebajikan meskipun hanya senyum ceria pada saudaramu"
Rasulullah SAW" "Jangan pandang rendah pada amal kebajikan meskipun hanya senyum ceria pada saudaramu"
b) Amanah dan Tanggungjawab
c) Komunikasi Berkesan
Terima kasih - Menerima sesuatu
Minta Maaf - melakukan kesilapan
Minta Tolong - minta bantuan orang lain
Minta izin - ketika meminjam barangan orang lain
Bertutur dengan perkataan yang terbaik
Terima kasih - Menerima sesuatu
Minta Maaf - melakukan kesilapan
Minta Tolong - minta bantuan orang lain
Minta izin - ketika meminjam barangan orang lain
Bertutur dengan perkataan yang terbaik
E) WANITA CERDIK
a) Persiapan Untuk Mati
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (A-li'Imraan 3:185)
b) Manfaat Ilmu
c) Pengurusan Masa
F) RAHSIA KUAT
a) Sabar
b) Memaafkan
c) Berbuat Baik
G) DOA
G) DOA
Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa. Riwayat al-Tirmizi.
Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin bahawa ianya akan dimustajabkan. Dan ketahuilah kamu bahawa Allah SWT tidak akan memustajabkan doa yang datang daripada hati yang lalai lagi alpa. Riwayat al-Tirmizi.
Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (Al-Anbiyaa' 21:90)
Kesimpulan Wanita Muslimah Abad 21
Wanita perlu kuat untuk masa-masa akan datang fizikal dan spiritual. Semua aktiviti kehidupan dilakukan sebaik-baiknya seperti firman Allah SWT:
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.(Al-Kahfi 18:7)
No comments:
Post a Comment