Masalah berat badan ni memang masalah dunia la..Sukar nak menurunkan berat badan kecuali ada direction, intensity dan persistence. Contohnya, seorang wanita beratnya 70kg dan ingin berkahwin dengan kekasihnya berat 60kg pada Disember tahun 2016. Jadi, wanita tersebut sudah mempunyai motivasi diri. Motivasi maksudnya kuasa dalaman. Sudah ada direction iaitu akan berkahwin pada tahun ini dengan kekasihnya berat 60kg, target turun berat 55kg. Intensity pula gerak kerja atau tindakan yang perlu dibuat iaitu menjaga kalori makan dan senaman. Persistence pula adalah istiqamah bukannya hangat tahi ayam.
Menyentuh tentang berat badan ini, ada satu pekerjaan yang memerlukan pekerja mereka berat badan yang ideal dan cukup BMI. Pekerjaan itu adalah pramugari. Selalunya perkara ini telah dipersetujui di dalam collective agreement / Perjanjian kolektif merupakan sebuah perjanjian bertulis yang dicapai di antara majikan dan kesatuan sekerja yang mengandungi terma dan syarat-syarat pekerjaan yang telah dipersetujui. Contoh isi kandungan tersebut adalah seperti berikut:
3 Maternity Leave
(e) If her weight is more than 3 kg of her weight prior to her pregnancy she will be granted a further 30 days unpaid leave and shall thereafter report for work on the 91st day after her delivery.
(f) If her weight continues to be more than 3 kg of the weight prior to her pregnancy, the company will be consider her for alternative ground employment subject to her suitability anda availability of suitable vacancies.
Kalau baca mengenai perjanjian ini seolah diskriminasi gender tapi perkara ini telah dipersetujui bersama antara kesatuan pekerja dan majikan. Kalau nak bawa perkara ini ke mahkamah pun atas faktor diskriminasi memang tidak bolehlah sebab perjanjian ini adalah persetujuan bersama. Bawa ke mahkamah pun, memang kita kalah la.
Bukan mudah seorang wanita ingin menurunkan berat badan selepas bersalin. Sengsara beb... Pramugari pula perlu kekalkan berat badan asal sebelum bersalin dan kalau naik pun tidak boleh lebih daripada 3kg..hhuuh...kalau tak, memang tak boleh terbang awam biru atau bertugas pentadbiran atau lebih kejam kena di berhentikan...
Kesimpulannya, kesatuan pekerja perlu peka dan berhati-hati menulis collective aggrement. Biarlah adil bersama.
3kg
of her weight prior to her pregnancy she will
be granted a further 30 days unpaid leave and shall thereafter report for
work on the 91st day after her delivery
No comments:
Post a Comment