Sunday 30 May 2021

SEGERA BERAMAL SEBELUM DATANGNYA 7 PERKARA


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud : “Segeralah beramal sebelum datang tujuh perkara iaitu kefakiran, kaya sangat, sakit, tua, kematian, dajjal atau kiamat".

Allah SWT mentadbir seluruh alam termasuk manusia. Oleh itu, Nabi SAW sentiasa berpesan kepada umatnya supaya berkejar-kejar atau segera melakukan kebaikan kerana kita tidak mengetahui bilakah 7 perkara tersebut datang atau terjadi dalam hidup kita.

Pertama Kefakiran
Nasib ekonomi seseorang pada masa hadapan kita tidak tahu. Sebab itu Nabi SAW sentiasa memohon kepada Allah SWT jauhi daripada kefakiran kalau miskin ok lagi kerana hidup dalam kefakiran akan melarat hidup manusia malah untuk makan sesuap nasi pun kena bermohon kepada orang lain apatah lagi ingin bersedekah jauh sekali.

Kedua Kekayaan
Apabila Allah SWT menduga seseorang dengan kekayaan yang terlampau menyebabkan kita sebuk untuk menguruskan saham, duit, harta benda sehingga kita tidak ada masa untuk membuat kebaikan/kebajikan

Ketiga Sakit
Sihat adalah anugerah Allah SWT. Gunakanlah waktu sihat ini untuk melakukan perkara kebaikan yang sebanyak-banyaknya kerana apabila Allah SWT takdirkan kita jatuh sakit segala perbuatan kita akan diberi pahala sewaktu kita sihat. Maka apabila jatuh sakit pergerakan kita untuk melakukan kebaikan terbatas.

Keempat Tua
Janganlah menunggu untuk melakukan kebaikan untuk tunggu waktu tua. Belajar fardu ain pun tunggu waktu sudah tua. Semua kudrat waktu sudah tidak larat cakap pun dah telo. Membaca mengajikan pun dah tidak betul. 

Kelima Kematian
Semua manusia yang bernyawa akan merasai mati. Waktu mati bila-bila dan semua orang tidak mengetahui. Bila ajal telah hampir maka cita-cita untuk melakukan kebaikan tidak dapat dilaksanakan.

Keenam Dajjal
Fitnah Dajjal. Dashyat fitnah dajjal ni apabila muncul di muka bumi kerana boleh membatalkan/merosakkan iman seseorang kerana fitnahnya. Oleh itu, menjadi kewajipan setiap umat Islam mengetahui cerita-cerita dajjal ini. Ibubapa pun perlu menceritakan tentang dajjal ini kepada ahli keluarga.

Ketujuh Kiamat
Hari perhitungan manusia. Sudah tutup untuk melakukan kebaikan.

Semoga kita diberi pertolongan Allah SWT untuk melakukan kebaikan/kebajikan.
Buatlah berbaik ketika kita berada dunia, kaya ingat Allah, miskin ingat Allah, belum berjumpa fitnah buat baik, muda buat baik dan sihat buat baik. Itu tanda bentuk kesyukuran.

No comments: