Tuesday 8 November 2016

DEMING


Deming telah memperkenalkan satu sistem pengurusan menyeluruh yang mencontohi stail pengurusan Jepun pada tahun 1950. Total Quality Management (TQM) menggunakan kaedah statistik kawalan kualiti  sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti produk secara berterusan. Falsafah Deming adalah produktiviti akan meningkat melalui pengurangan kerosakan. Deming juga menganjurkan penglibatan pekerja dalam membuat keputusan. 

TQM dalam organisasi tidak mengamalkan budaya mengarah sebaliknya mengamalkan budaya partisipatif (kerjasama) iaitu berasaskan kumpulan. Sangat menggalakkan penglibatan pekerja dan membudaya kerja secara teamwork. Oleh itu, TQM menggangap pekerja adalah pakar “kuasa minda” iaitu melibatkan semua pemikiran pekerja digabungkan dan bukan pemikiran seorang sahaja iaitu ketua/bos.

Pekerja dan organisasi mampu untuk bersaing dengan mengubah sistem ganjaran bagi menggalakkan teamwork & inovasi sebagai inisiatif kepada usaha kerja dengan meningkatkan prestasi kerja dan dapat mencapai KPI. Ganjaran dan prestasi atas insentif kapasiti teamwork berdasarkan kepada kejayaan seluruh "team". Sektor awam pula agak sukar melaksanakan kerana limitasi kewangan. Syarikat swasta boleh laksanakan. 

Untuk mendapatkan pekerja yang cemerlang, latihan pekerja seharusnya konsisten untuk meningkatkan kualiti dan mempertingkatkan pengetahuan pekerja kita antaranya meyediakan sokongan alat dan dapat melaksanakan ilmu yang dipelajari.

Jadikan “learning organisation” sebagai langkah meningkatkan kemahiran dengan menganggarkan 1-5% masa pekerja akan digunakan untuk latihan, adakan “cross” training untuk mengajar pekerja melaksanakan tugas lain juga. Disamping itu, sentiasa berkongsi maklumat dengan setiap orang dalam organisasi.

Jangan terlalu bergantung dengan ínspection’ untuk hasilkan produk dan perkhidmatan berkualiti kerana akan menghasilkan tiada  peluang untuk penambahbaikan berterusan.

Budaya menyalahkan orang lain akan melemahkan pekerja dan mewujudkan ‘budaya’ takut berubah. TQM adalah untuk memperbaiki proses bukan untuk menyalahkan pekerja.
Usaha untuk penambahbaikan berterusan dalam semua proses/produk/perkhidmatan.


W. Edwards Deming 14 Prinsip TQM

  • Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti produk & perkhidmatan
  • Gunakan filosofi kualiti menyeluruh (a new way of thinking)
  • Perbaiki kesalahan apabila ia terjadi. Jangan tunggu di saat akhir  terlambat
  • Jangan fikirkan “harga” murah & korbankan kualiti
  • Amalkan penambahbaikan berterusan
  • Adakan latihan untuk meningkatkan kualiti staf
  • Adakan kepimpinan bukan jadi “bos” coaching, bukan controlling
  • Jangan tanamkan rasa takut – galakan staf beri cadangan
  • Hapuskan benteng pemisahan antara staf mereka mesti bekerjasama
  • Buangkan “slogan” atau “matalamat” yang superficial
  • Hapuskan kuota – hasilkan kualiti bukan kuantiti
  • Hapuskan faktor yang mengurangkan motivasi pekerja – adakan suasana untuk mendapat penghargaan
  • Adakan peningkatan pendidikan dan latihan staf – ajar mereka cara menambah kualiti
  • Ketua/pemimpin jadi model untuk berubah melalui TQM

No comments: