Tuesday 8 November 2016

EGOKAH AKU…



Manusia merupakan makluk sosial suka menjalin hubungan. Ingin menjadi menarik dan diberi perhatian oleh manusia lain. Tarikan akan dirasai apabila terdapat persamaan, boleh saling melengkapi, ingin membuat pendedahan kendiri, tempat mengadu dan berkongsi perasaan.

     Namun, wanita lebih baik dalam menjalinkan dan mengekal hubungan kerana kesetiaan. Suka mendedahkan maklumat peribadi kerana merasakan amat penting dalam menjalinkan hubungan peribadi berbanding dengan lelaki. Tetapi lelaki suka menjalin dan mengekalkan hubungan melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama. Selalunya mereka yang ingin menjalinkan hubungan akan menunjukkan keikhlasan bukan cerita menipu atau rekaan. Orang yang berminat untuk menjalinkan hubungan akan saling membalas atau reciprocity iaitu kita suka orang yang sukakan kita.

       Berdasarkan kepada Teori Pertukaran Sosial, kita mahukan hubungan yang memberi faedah atau ganjaran dari segi tangible atau intangible. Manakala Teori Pertukaran (Homan, 1961) menyatakan kita mencari orang yang boleh berikan balasan atau reward (fizikal atau emosi).

      Bukan semua orang suka untuk menjalinkan hubungan dengan kita kerana tidak serasi, status, pekerjaan dan sebagainya. Ada tanda-tanda orang tidak mahu menjalinkan hubungan antaranya senyap sepi, mengurangkan kontak tanpa penjelasan atau penjelasan yang samar-samar, kepura-puraan (pseudo-deescalation) atau ada yang menyatakan secara terus terang untuk tidak mahu menjalinkan hubungan tanpa mengira perasaan orang. Bagi mereka yang beradab menyatakan secara jujur keinginan untuk memutuskan huungan dan menghargai nilai hubungan dan diri individu itu.

Hasil hubungan ikut nasib….

No comments: