Monday 14 November 2016

HALANGAN PERUBAHAN (FORCE FIELD ANALYSIS)


Analisis Tekanan Lapangan Kurt Lewin (1974) merupakan satu teknik umum diagnosis bagi membawa perubahan. Dalam model tersebut, terdapat dua tekanan yang bertindak untuk mengimbangi satu sama lain.

Tekanan memacu (driving forces) - Tekanan menganjak kearah perubahan dan membantu (facilitate) usaha perubahan.

Tekanan menahan (restraining forces)  - akan menarik daripada arah perubahan tersebut. Tekanan ini cuba untuk mengelak perubahan itu berlaku.

Walaupun menghadapi tekanan ia seakan-akan seimbang (quasi-equilibrium) akan tercapai. Tujuan model ini adalah untuk mengenalpasti kesemua tekanan dalam persekitaran bagi membolehkan agen perubahan mengambil tindakan untuk meningkatkan tekanan memacu supaya perubahan dapat dicapai.

Tekanan persekitaran dapat diramalkan dengan menentukan kekuatan tekanan yang bertindak keatas individu dan keperluan untuk berubah. Tekanan ini lebih kepada persepsi individu terhadap tekanan. 

Contoh, melakukan sesuatu kerja yang ketua kita suruh kerana persepsi kita terhadap kuasa yang ada pada beliau. Sekiranya kita mempunyai perspesi bahawa dia sangat berkuasa dalam menentukan masa hadapan kita maka kemungkinan kita akan buat kerja itu dengan lebih cepat dan teliti. Tetapi, sekiranya pekerja mempunyai persepsi rendah terhadap kuasa ketua maka besar kemungkinan kerja tersebut tidak akan diberi keutamaan. Dalam keadaan ini tingkahlaku kita merupakan gandingan keperluan kita untuk maju dalam kerjaya dan persepsi kita terhadap kuasa pada ketua. Maka tekanan yang terdapat pada masa ini merupakan tekanan memacu. Sekiranya semasa kita cuba menyelesaikan tugas tersebut, kita dilekakan oleh rakan kita yang mengajak kita minum teh tarik, maka tekanan menahan wujud dalam keadaan tersebut.

Menurut Lewin, tingkahlaku seseorang itu merupakan fungsi personaliti ditakrifkan sebagai motivasi serta keperluan. Suasana atau persekitaran atau tekanan seperti kesibukan kerja akan menyebabkan satu keadaan seakan-akan imbangan yang tidak membolehkan kerja tersebut dilaksanakan. Dengan ini kejayaan tugas tersebut ditentukan dengan kebolehan  untuk meningkatkan tekanan memacu atau mengurangkan tekanan menahan.

Mungkin salah satu cara ialah dengan menambahkan tekanan memacu seperti meningkatkan aspirasi kita untuk maju dalam kerjaya. Untuk mengurangkan tekanan yang menahan atau meningkatkan tekanan memacu kita dapat menganjakkan garisan seakan-akan seimbang ke arah garisan yang di ingini.

Model ini dapat digunakan untuk menganalisi perubahan supaya dianalisis dan tindakan dapat diambil dalam usaha mengurus perubahan. Ianya dapat gambaran jelas berkaitan perubahan yang hendak dilaksanakan serta kepastian yang lebih dalam membawa perubahan ditempat kerja.

No comments: