Tuesday 27 December 2016

KIASAN BAHASA



Sungai membisikkan sesuatu…
Mungkin tiupan angin menyampaikan salamku…
lamunanku melambai sekejap dan berlalu tiba-tiba…
Ahhh……………….
Hidup ini umpama cincin di tangan, ada berbatu ada tidak. Nasib tidak serupa antara individu dengan individu lain. Hati hendak semua jadi. Tepuk dada tanya selera. 
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Kadang-kadang kita keliru dengan ragam orang. Kita pun terkata, orang pun terasa. Mmm sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa. Hancur hati bagai kaca terhempas ke batu. Hancur lebur harapannya, tiada bersisa.
Waktu tidak menanti kita. Terima hakikat. Yang pahit itu ubat, yang manis itu racun. Hidup ini sementara kerana suatu hari kita akan meninggal dunia, kembali ke alam baqa.
0hh….hati

No comments: