Sunday 25 December 2016

UJIAN MANUSIA




Hidup ini banyak ujian yang perlu kita tempuh. Ujian ini berlaku sama ada dalam diri sendiri, datang perasaan was-was, keluarga terdekat dan masyarakat. Apa yang berlaku di Ronghiya, Syria, Palestin dan kezaliman yang dihadapi oleh manusia lain merupakan ujian  kepada manusia dan ujian umat islam itu sendiri. Apa yang kamu buat?. Sama ada tengok sahaja, bertindak, merancang atau apa?.

Mengapa Allah SWT tidak menengelamkan atau menghancurkan Negara yang jahat menzalimi itu. Sebabnya Allah ingin melihat apa yang manusia buat.

Oleh itu, ujian dunia ini kita jangan putus dengan solat dan sabar. Ujian ini banyak sama ada susah, senang untuk melihat adakah manusia bersyukur atau tidak. Sebab itu, kita diminta untuk khusyuk. Beriman bahawa kita akan dijemput/mati untuk bertemu Allah dan akan ditanya apa yang dilakukan semasa berada dunia. Teruskan perjalanan kita /jalan hidup dengan jalan-jalan hidayah Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberi hidayah kita semua. Amin.

No comments: