Friday, 20 January 2017

EQ DI TEMPAT KERJA



Terdapat lima (5) kecekapan EQ yang telah dibuktikan lebih menyumbang kepada pencapaian di tempat kerja berbanding dengan kemahiran teknikal, kebolehan kognitif dan tret personaliti.

kecekapan sosial iaitu kecekapan yang menentukan bagaimana kita menangani  hubungan antara manusia terdiri daripada institusi dan empati serta kemahiran sosial dan kepimpinan

Institusi  dan empati. Ini terdiri daripada kesedaran kita tentang perasaan, keperluan dan kepentingan orang lain. Kecekapan ini penting di tempat kerja atas sebab berikut:
  • Memahami orang lain dari segi perasaan mereka dan menunjukkan minat terhadap perkara yang mereka utamakan dan yang mereka gemar
  • Orientasi terhadap pelanggan iaitu kebolehan menjangka dan mengenali keperluan pelanggan dan cuba memenuhinya.
  • Perkembangan manusia iaitu kebolehan merasakan apa orang lain perlukan untuk berkembang dan menguasai kekuatan mereka
  • Menggunakan kepelbagaian yang ada untuk mengadakan berbagai peluang untuk dimanfaatkan besama.
Kemahiran sosial dan kepimpinan. Kemahiran ini penting di tempat kerja kerana berikut:
  • Mempengaruhi orang lain iaitu menggunakan teknik dan cara yang berkesan untuk memujuk dan mendapatkan hasil yang dikehendaki
  • Komunikasi: Menyampaikan mesej yang jelas dan meyakinkan ia difahami oleh orang lain.
  • Kepimpinan: Menjadi sumber inspirasi dan pembimbing kumpulan orang tertentu.      Pemangkin perubahan: Memulakan dan mengurus perubahan di tempat kerja.          Penyelesaian konflik: Berunding dan menyelesaikan masalah dengan orang lain.
  • Membina ikatan: membina hubungan instrumental untuk kejayaan perniagaan.
  • kolaborasi dan kerjasama: Bekerja bersama rakan sekerja dan rakan kongsi niaga kearah matlamat bersama.
  • Keupayaan berpasukan: Membina sinergi kumpulan untuk mencapai matlamat bersama.
  • Kecekapan peribadi iaitu kecekapan yang menentukan bagaimana kita mengurus diri sendiri daripada kesedaran kendiri, aturan kendiri dan jangkaan kendiri serta motivasi
Kesedaran kendiri. Mengetahui tentang keadaan dalaman seseorang, kegemaran, sumber dan intuisi. Kecekapan ini penting di tempat kerja atas sebab berikut:
  • Kesedaran emosi: mengenali emosi seseorang dan kesannya kepemimpinan atas orang lain yang ada di sekeliling.
  • Penilaian kendiri yang tepat: mengetahui tentang kekuatan dan batasan seseorang.
  • Keyakinan diri: kepastian tentang harga diri dan kebolehan seseorang.
Aturan kendiri. Meangurus keadaan dalaman seseorang, gerak hati dan sumber. Kecekapan ini penting di tempat kerja atas sebab berikut:
  • Kawalan diri: Mengurus emosi dan gerak hati yang mengganggu.
  • Boleh dipercayai: Mengekalkan standard kejujuran dan integriti.
  • Tanggungjawab: Menerima tanggungjawab dan bertanggunjawab keatas prestasi peribadi.
  • Kebolehsuaian: Mudah menyesuaikan diri dalam mengurus perubahan
  • Inovasi: Bersifat terbuka terhadap idea, pendekatan dan maklumat baru.
Jangkaan kendiri dan motivasi. Kecenderungan emosi yang membimbing atau memudahkan pencapaian matlamat. Kecekapan  ini penting di tempat kerja atas sebab berikut:
  • Desakan pencapaian: Berusaha untuk menambah baik atau memenuhi standard kecemerlangan yang kita tentukan untuk diri sendiri.
  • Komitmen: Berusaha menuju kepemimpinan arah matlamat kumpulan atau organisasi.
  • Daya usaha: Kesediaan untuk bertindak apabila munculnya peluang tanpa perlu diberitahu.
  • Optimism: Ketekunan dalam mencapai matlamat walaupun ada halangan dan kesukaran.
KAJIAN LALU TENTANG KESAN EQ KE ATAS PRODUKTIVITI PEKERJA.
Kecerdasan emosi ialah kebolehan untuk memahami dan menggunakan kuasa emosi sebagai sumber tenaga manusia, maklumat dan pengaruh. Kecerdasan emosi (EQ) terbit bukan hanya daripada pemikiran rasional tetapi daripada hati manusia.
  • Kesedaran kendiri iaitu kebolehan individu untuk mengenal dan memahami mood, emosi dan desakan seseorang dan kesannya terhadap orang lain
  • Aturan kendiri atau kebolehan mengawal atau mengarah gerak hati dan mood serta kebolehan untuk menangguhkan keputusan (judgement) supaya berfikir sebelum bertindak.
  • Empati atau kebolehan untuk memahami emosi orang lain dan kemahiran dalam bergerak balas mengikut reaksi emosi mereka.
  • Kemahiran interpersonal yang menunjukkan kecekapan seseorang dalam mengurus hubungan dan membina jaringan (nework).
  • kemahiran interpersonal juga melibatkan kebolehan mencari asas yang sama dan membina hubungan yang baik (rapport).





No comments: