Ayat balad 4 – sesungguhnya
kami menjadikan manusia dalam keadan susah payah.
Kami buat manusia dalam
keadaan susah. Kami menjadi manusia mula-mula dengan kelahiran ibu dan bayi
sudah susah. Kesenangan yang diperolehi pun sekejap lepas tu susah semula.
Hidup manusia ini susah dan kene berusaha
Apa tujuan jadi susah,
tujuan adalah ujian hidup sama ada kita kembali kepada Allah SWT atau
sebaliknya. Siapa manusia istiqamah dengan ajaran Islam.
Semua manusia susah. Untuk
hidup senang, dia perlu berusaha. Manusia tidak boleh hidup rilek. Senang tidak
lama kerana datang susah semula. Kita tidak akan jumpa manusia hidup mudah dari
kelahiran hinggalah kematian. Manusia hidup susah mengikut laluan
masing-masing. Contoh orang miskin mencari duti untuk sesuap nasi. Manakala
orang kaya susah sebab memikirkan untuk menambah untung.
Dalam senang ada kesusahan
Apa hikmah Allah buat
susah, Allah nak bagi tau penghujung susah adalah menuju akhirat.
Bersusah-susahlah engkau
susah mencari Allah SWT.
"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini. Tetapi barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia."
No comments:
Post a Comment