Friday 28 April 2017

ILMU KEIBUBAPAAN


Peristiwa menyayat hati kita semua rakyat Malaysia kematian adik tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafie, 11. Apa yang sebenarnya pembelajaran yang kita boleh perolehi daripada kes ini?

Anak-anak perlu dilengkapi asas pendidikan, psikologi dan kerohanian yang betul bagi membolehkan mereka berdepan perubahan dunia yang serba mencabar. Ibu bapa merupakan role model kepada anak-anak dan akan mengamalkan apa yang dipelajari daripada rakan serta keluarga. Ramai menganggap ilmu keibubapaan boleh berlaku secara semula jadi.
  
Berdasarkan kepada kajian pendidikan awal kanak-kanak berumur 1 hingga 5 tahun, kanak-kanak mempunyai 10 billion neuron. Ketika ini kanak-kanak sedang mengalami proses pembelajaran. Ibu bapa perlu mengajar dan mencorakkan dengan betul mengenai akhlak, sikap yang baik dan mengambil tahu perkembangan setiap saat.

Ibu bapa perlu mendengar permasalahan anak-anak di rumah dan sekolah. Jika anak-anak tidak mahu ke sekolah, bertanyalah dengan baik. Jika kita tidak membenarkan perlakuan yang salah, terangkanlah kepada anak-anak tanpa perlu terus merotan. Rotan ada tempat dan masa. Itu lebih baik. Melayan anak-anak baik inshaAllah anak menjadi baik. Menjaga anak-anak banyakkan sabar dan sentiasa meningkatkan ilmu keibubapaan.


Kepada ibu bapa, jaga akhlak dan sikap baik kita di mana-mana kerana anak-anak akan mengikuti nilai-nilai tersebut ketika bekerja dan hidup bermasyarakat. 

Bercita-cita mendidik anak-anak supaya menjadi soleh kerana ianya hadiah syurga dunia. Cayok..:)

*Tak jadi ibu lagi...huhu

No comments: